Gangguan pencernaan umumnya disebabkan beberapa hal, seperti makan berlebihan, makan terlalu cepat, makan makanan berlemak dan mengandung banyak minyak. Selain itu terlalu banyak mengambil kafein, alkohol, dan cokelat ataupun perasaan gugup dan trauma juga dapat menyebabkan gangguan pencernaan. Cobalah Anda mengambil beberapa jenis tanaman herbal yang biasa digunakan sebagai bahan memasak seperti berikut ini.
Jintan hitam Jintan hitam bermanfaat untuk membantu mengatasi gas berlebih dan menjaga kestabilan asid perut, serta meringankan kekejangan usus. Daun Jintan hitam juga dapat digunakan sebagai teh menafaat yang sangat banyak.
Halia
Halia telah lama digunakan sebagai obat herbal di Asia,
India, dan Arab. Di Malaysia, Halia diolah menjadi minuman berkhasiat yang dapat
memanaskan tubuh,mengeluarkan angin dan melancarkan sistem pencernaan. Sekarang
ini, ahli kesihatan masih menyarankan Halia sebagai bahan alternatif untuk masaalah
mual dan muntah. Halia merupakan ubat anti mual yang unik dibanding dengan yang
lainnya, kerana dapat bereaksi secara terus pada perut, sedangkan obat lain terpaksa
melalui otak terlebih dahulu.
Daun Pudina
Daun Pudina digunakan untuk meringankan sakit perut dan
melancarkan pencernaan. Daun Pudina juga dapat membantu mengatasi sakit kepala,
iritasi kulit, rasa mual akibat cemas, sakit perut, senggugguti, dan perut
kembung. Selain itu, Daun Pudina mampu menguatkan otot-otot yang berkontraksi
melawan gas pencernaan dan meningkatkan aliran kelenjar hempedu untuk
pencernaan lemak., untuk pesakit gastroesophageal reflux disease atau
GERD, hindari pengunaannya.
Kunyit Kunyit memiliki berbagai menafaat bagi kesihatan, selain sebagai bahan masakan. Dalam pengubatan tradisional, kunyit biasanya dicampur dengan madu dan asam jawa untuk membantu mengurangi sakit perut. Menafaat lainnya adalah mengatasi gangguan fungsi hati, arthritis, dan mengatur perjalanan Haid.
Untuk menguatkan usus dan memudahkan sistem pencernaan,pengambilan Oat sangat digalakkan kerana oat mengandungi serat yang tinggi .
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Penyakit buasir atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia
terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di
sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu : Buasir Luar.
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia
mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa
pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan
tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple. Buasir Dalam.
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir
jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari
masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala
sesetengahnya hanyamenderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic
haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini
menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira
sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh
penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk
bila adanya pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).
Kebiasaan
tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun memberi tekanan
semasa membuang air besar. sehinggakan rasa sangat sakit kalau nak
keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada lapisan saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, najis akan
bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit .Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda seperti berikut bolehlah berjumpa Doktor sedera untuk mengelakkan dari berlarutan ;
Tahap 1Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.
Tahap 3Keadaan
yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada
di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la
tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but
keluaran HPA dan lain- lain.
Tahap 4:Darah
pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir
akan berada di luar kawasan dubur. Ini berlaku kerana buasir akan bercantum menjadikannya membesar menyebabkan tiada ruang lagi didalam untuknya, ini menyebabkan ia terjulur keluar.
FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR
sha3622.blogspot.com
1. Regangan yang optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau perut rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;
Tekanan (pressure)
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif
terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir.
Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia
secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada
saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa
yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat
kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan
tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih
berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan
berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus
membengkak atau terkeluar.
Sembelit
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk
membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada
salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi
buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan
ditolak keluar.
Berat badan berlebihan
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
Mengandung
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku
bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar.
Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya
meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit
tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita
mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini
memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses
mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita
yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu
mengurangkan masalah ini.
Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;
1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
2. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ. 3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Jika
ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu
memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat
buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti
pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa
disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang
tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit
perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana
kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang
diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:
1. Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2. Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3. Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4. Ketumbuhan pada kawasan dubur.
KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
Anemia
: Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia (kurang
darah merah) .Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah
badan .
Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak (gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?
Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit
yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung
menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin
kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.
Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?
Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah
diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan
oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal
penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat
pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda,
atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah
telah bercampur dengan najis).
Pencegahan
Pemakanan yang sihat
sha3622.blogspot.com
Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit.
Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat
kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap
buasir.
BERBAGAI KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN UNTUK BUASIR
Kaedah rawatan dengan herba atau tumbuhan Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih. minumlah
air tersebut 2 kali sehari.Insya Allah dalam dua hari akan segera
sembuh.Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis,buah
pinggang dan lemah jantung. Wallahualam. Cara mengubatikan buasir secarasemulajadi Penyakit buasir sangat menyakitkan bagi para penderitanya, namun buasir pada umumnya dapat sembuh apabila kita kerap melakukan pengubatan dan pencegahan. Buasir yang terlambat ditangani atau diubati pastinya akan membuat buasir menjadi lebih membengkak dan akan semakin parah.
Berikut ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengubati buasir, iaitu :
Ambillah ubat penghilang rasa sakit dan anti-inflamasi untuk mengurangi rasa sakit dan peradangan. Anda dapat mengambil Pemberian gel lidah buaya (aloe vera) pada area dubur juga dapat membantu mengurangi peradangan. Cara lainnya, Anda dapat menggunakan ubat semulajadi berbasis daun ungu (graptophyllum pictum) untuk melawan buasir. Daun ungu adalah tanaman yang berasal dari New Guinea dan Polinesia. Saponin, alkaloid, glikosida dan zat lain yang terkandung pada daun ungu dapat melawan peradangan buasir dan membantu proses pencernaan yang membuat keselesaan semasa membuang air besar. Kesan anti-inflamasi saponin cukup kuat untuk mengatasi buasir yang parah sekalipun.
Bersihkan area dubur dengan baik setiap selesai buang air besar. Anda tidak perlu menggunakan sabun karena dapat membuatkannya semakin parah, untuk mengeringkan daerah sekitar buasir, Anda bolehlah menggunakan tisu lembut yang biasa digunakan untuk bayi.
Kurangi rasa sakit dengan duduk dalam air suam (sitz bath) tiga atau empat kali sehari selama 10 sampai 15 minit, anda juga dapat meletakkan bungkusan berisi ais atau jeram dengan air sejuk pada daerah dubur selama anggaran sepuluh minit, tiga atau empat kali sehari untuk mengurangi pembengkakan pembuluh darah.
Cegah atau kurangi sembelit. Pilihlah makanan berserat tinggi (sayuran, buah-buahan dan biji-bijian) dan perbanyak minum air putih. Hindari teh dan kopi untuk sementara waktu.
Cara mengubati buasir secara semulajadi merupakan suatu tindakan tepat dalam mengubati buasir
Cara mengubati buasir secara semulajadi dengan tanaman ubatan ditujukan untuk mempermudahkan pembuangan air besar dan secara umum memperbaiki fungsi-fungsi organ atau sel yang rosak yang menyebabkan buasir.
Ramuan Untuk Mengubati Buasir Secara Semulajadi
Akar limau nipis 15-20 gram dan daun ungu segar 10-15 gram. Cara pembuatan dan pemakaian mengubati buasir secara semulajadi. Kedua bahan dicuci bersih, kemudian direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih dan berbaki 1 gelas. Kemudian minum ½ gelas sehari.
Ambil daun dan batang bayam duri segar secukupnya. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih, kemudian angkat dari tempat perebusan. wap yang keluar digunakan untuk menguwapi buasir, sedangkan air rebusan yang masih panas digunakan untuk merendam buasir.
Ambil 20 gram daun duduk segar, bersihkan, lalu direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. setelah sejuk, ditapis. Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari.
Ambil 25 gram daun setawar segar. bersihkan lalu direbus dengan 2 gelas air hingga berbaki separuh. setelah sejuk, ditapis Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari sampai buasir sembuh.
Ambil kangkung secukupnya, bersihkan dan masukkan garam secukupnya. Lumatkan sampai halus. letakkankan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.
Sediakan 50 gram pegaga segar berikut akarnya. Cuci bersih, rebus dalam 2 gelas selama 15 menit. Setelah sejuk, kemudian ditapis. Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari sampai sembuh
Ambil buah ciku yang belum masak ,tumbuk sampai lumat campurkan dengan air suam dan sedikit garam , minumlah sebelum sarapan.
Petua Menghindari Penyakit Buasir
1. Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2. Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3. Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4. Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari
6. Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga dapat menghindari dari penyakit buasir. Penekanan adalah lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
8. Masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
9. Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).
Petua Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Buasir
1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.
2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.
3. Buat senaman kegel setiap hari (Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar) . Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.
4. Elakkan dari memakan cili terutama cili padi , minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendi
5 .Elakkan dari melakukan kerja-kerja berat atau mengangkat benda berat jika terpaksa juga henbus nafas keluar sewaktu mengangkatnya.
6.Bawang putih dapat mengubati wasir dengan cara dioles. Caranya ,ambil satu atau dua butir bawang putih lalu tumbuk sampai benar-benar halus, lalu campurkan dengan air panas dan adun sampai merata. Lalu ditapis campuran air putih dengan bawang putih tadi. Oleskan setiap hari dikawasan benjolan buasir usahakan sehabis BAB, karena sehabis BAB benjolan buasir posisi dikeluar. Oleskan ramuan tadi setiap hari dengan diiringi meminum air putih secara rutin, niscaya buasir akan mengecil dan lama-lama akan hilang. Harap dicatat : gunakan secara teratur kalau benar-benar ingin sembuh, kalau tidak teratur buasir tidak dapat sembuh sepenuhnya.
7.Daun jambu biji dapat dimanfaatkan sebagai bahan dasar membuat ramuan herbal untuk mengubati buasir caranya. Daun muda tanaman jambu batu dicuci bersih terlebih dahulu, sementara pisang batu dikupas kulitnya. Daun jambu biji dan pisang batu kemudian ditumbuk hingga halus, dan perah airnya. Air perahannya kemudian diminum. Minum ramuan ini setiap hari dengan teratur. Lakukan hingga gejala buasir benar-benar pulih.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Tidur adalah aktifiti semulajadi pemulihan diri disamping makan tidur akan membuat Anda merasa lebih baik, tidak hanya sekedar untuk pemulihan hati, atau mencegah lingkaran hitam dibawah mata. Orang dewasa untuk kesihatan memerlukan waktu tidur yang sempurna antara 7- 8 jam sehari untuk memberikan waktu bagi otot dan fikiran beristirahat, sementara itu hormon-hormon tertentu dapat bekerja hanya ketika kita tidur yang berkualitis dimalam hari, termasuk hormon pertumbuhan atau HGH,kerana begitu pentingya tidur bagi tubuh kita, maka kita perlu memastikan tidur kita mencukupi pada setiap malam agar dapat memperolehi menafaatnya secara maksimal.
Meningkatkan memori
Tahukah anda fikiran anda sangat sibuk sewaktu sedang terjaga?. Sewaktu tidur kita akan memperkuat ingatan, dan mempraktikkan ketrampilan yang dipelajari sewaktu terjaga Jika Anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, baik secara fizikal atau mental, maka selanjutnya Anda akan mempraktikkannya. Tetapi sesuatu terjadi saat Anda tidur, iaitu sesuatu yang membuat pelajaran Anda menjadi lebih baik.
Dengan kata lain, jika Anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, maka hasilnya akan menjadin lebih baik setelah Anda tidur.
Umur lebih panjamg
Terlalu banyak atau terlalu sedikit tidur dikaitkan dengan umur yang lebih pendek, meskipun belum jelas apa penyebab dan kesannya. Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap wanita berusia 50 hingga 79 pada tahun 2010, kematian lebih banyak terjadi pada wanita yang tidur kurang dari lima jam atau lebih sedikit setiap malam.
Tidur mempengaruhi kualiti hidup.
Banyak orang yang menganggap remeh dengan waktu tidur. Namun faktanya, jika Anda memiliki tidur yang lebih baik, maka Anda pasti dapat hidup lebih baik.
Mencegah peradangan
Peradangan adalah keadaan yang sangat berkait dengan penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, arthritis, dan penuaan dini,kajianian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur, enam jam tidur atau kurang setiap malam, memiliki tingkat protein inflamasi dalam darah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka memiliki waktu tidur lebih banyak. Penyelidikan pada tahun 2010 menemuikan bahwa protein C-reaktif, yang berhubungan dengan risiko serangan jantung, lebih tinggi pada orang-orang yang memiliki waktu tidur malam enam jam atau lebih sedikit. Orang dengan masalah insomnia boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan peradangan dengan penggunaan obat-obatan gangguan tidur.
lebih kreatif
Tidur yang berkualiti dapat memperkuatkan ingatan, otak juga akan mengatur dan menyusun semula memori, memberikan kita lebih kreatif. Para pengkajii dari Harvard University dan Boston College menemukan bahawa sewaktu tidur dapat menguatkan komponen emosional memori, yang dapat membantu dalam proses menjadi kreatif.
Meningkatkan prestasiolahraga
Jika Anda seorang atlet, tidur mungkin adalah satu cara sederhana untuk meningkatkan prestasi Anda. satu kajian yang dilakukan diStanford University menemukan bahawa : Pemain sepak bola disebuah Universiti yang mencuba tidur sekurang-kurangnya 10 jam setiap malam selama tujuh hingga lapan minggu,kebanyaknya , tidak terlalu merasa letih disiang hari, dan lebih banyak memiliki stamina. Hasil kajian ini menunjukkan penemuan sebelumnya, iaitu pada pemain tenis dan atlit renang.
Meningkatkan kualiti akademik
Anak-anak yang berusia antara usia 10 dan 16 yang memiliki gangguan pernafasan sewaktu tidur, diantaranya mendengkur, , dan jenis-jenis gangguan pernafasan sewaktua tidur, lebih cenderung memiliki masalah dengan perhatian dan pembelajaran – menurut sebuah kajian ditahun 2010 pada Journal Sleep. Hal ini boleh mengakibatkan “gangguan yang ketara di sekolah,” menurut para pengkajian
Dalam kajian lain, mahasiswa yang tidak mendapatkan cukup waktu tidur memiliki kualiti yang lebih rendah daripada mereka yang cukup tidur.
Bagi yang mencuba untuk memenuhi ketepatan masa, biasanya akan mengorbankan masa tidur.akan tetapi tidur yang tidak mencukupi jelas mengganggu pelajaran.
Mencegah hiperaktif pada anak-anak
Kurangnya tidur dapat menyebabkan gejala ADHD pada kanak-kanak.Kanak-anak tidak bereaksi seperti pada orang dewasa jika kurang tidur. Jika orang dewasa mengantuk, maka anak-anak cenderung menjadi hiperaktif jika kurang tidur
Satu kajian pada tahun 2009 di jurnal Pediatrics menemukan bahawa kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun yang mendapat kurang dari lapan jam tidur malam, lebih cenderung menjadi hiperaktif, lalai, dan impulsif. Para pengkajii mengukur waktu tidur dengan mengukur perubahan listrik di otak. Jadi tidak menghairankan jika tidur mempengaruhi otak.
Memiliki berat badan yang sempurna
Jika Anda berfikir tentang diet menurunkan berat badan, Anda mungkin juga perlu untuk merencanakan waktu tidur lebih awal.
Para pengkaji di University of Chicago menemukan bahwa orang yang diet dengan waktu istirahat yang baik, lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. kajian juga mendapati, orang yang mendapat sedikit tidur merasa lebih lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika Anda mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.
Lebih rendah ( Ketegangan)
Dalam hal kesihatan, stress dan tidur merupakan 2 hal yang hampir bersatu, dan keduanya boleh mempengaruhi kesihatan jantung.
Tidur mencukupi dapat mengurangi tingkat stress, dengan demikian orang yang dapat mengawalnya menjadikan tekanan darah mereka menjadi lebih baik. dipercayai juga bahawa tidur memiliki kesan dengan tingkat kolesterol, yang berperanan penting untuk penyakit jantung.,
Menghindari kecelakaan
The National Highway Traffic Safety Administration melaporkan pada hasil kajian ditahun 2009, bahawa kurangnya tidur menyumbang jumlah tertinggi kemalangan, bahkan lebih tinggi dari akibat pengaruh alkohol. Mengantuk seringkali diremehkan oleh kebanyakan orang, walaupun akibatnya sangat besar . Kurang tidur boleh mempengaruhi waktu reaksi dan pengambilan keputusan.
Kurang tidur walaupun hanya satu malam boleh merosak kemampuan mengemudi diri sendiri seperti halnya dengan minuman beralkohol.
Menjauhkan dari kemurungan
Tidur nyenyak tidak hanya sekedar untuk meningkatkan kualiti hati dan mereda kemarahan, tetapi juga sangat baiki bagi kesejahteraan kita secara keseluruhan.
Kurang tidur dapat menyebabkan kemurungan. Tidur malam yang berkualitai benar-benar dapat membantu orang yang kemurungan dan mengurangi kecemasannya. Anda akan mendapatkan lebih banyak penstabiliti emosil jika mendapatkan tidur yang baik.
Tidur yang baik harus diperolihi setiap hari. tidak boleh, jika waktu kurang tidur sebelumnya dikumpulkan dan digabungkan menjadi satu dengan tidur seharian pada hari minggu. Semuanya perlu keseimbangan.
Oleh itu pentingnya menafaat tidur bagi kesejahteraan hidup secara keseluruhan, sebaiknya hindari hal-hal yang boleh menyebabkan kesulitan untuk tidur . Hindari minuman berkafen sewaktu menjelang tidur, dan pastikan tempat tidur Anda gelap dan selesa, atau hindari film menakutkan sebelum tidur.
ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi!!!! Mimpi penuh dengan misteri dan terus diselubungi 1001 rahsia mimpi yang tidak mampu diungkap oleh sesiapa sehingga ke zaman ini. Bagaimana mimpi boleh menjadi teman setia manusia yang tidur. Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini.
Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."
Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur." Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas perut kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar."
Mimpi yang benar? Al-Hakim, al-Tabrani dan al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Umar kata-kata daripada Ali RA; "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tiadalah seorang hamba sama ada yang lelaki atau wanita, yang mana apabila mereka tidur dengan sepenuh-penuhnya, yang mana apabila mereka dinaikkan rohnya ke Arash. Maka orang yang tidak sedar daripada tidurnya melainkan setelah rohnya sampai di Arash, itulah orang yang mimpinya benar. Dan orang yang terjaga daripada tidurnya sedangkan rohnya belum sampai ke Arash maka itulah orang yang mimpinya dusta."
Jasad dan Roh Terikat? Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku.
Tafsir (takwil) Mimpi? Ibnu Qayim al-Jauziah, meriwayatkan mimpi boleh ditakwilkan atau dicari tafsirnya. Bagi ahli-ahli sufi, mimpi ditafsirkan melalui rahsia al-Quran. Bagi mereka yang tidak tahu, al-Quran merupakan Kalam Allah terdiri 11 pintu perbendaharaan rahsia yang perlu diterokai dan salah satunya ialah Qalam Takwil Mimpi iaitu rahsia ke-9, mukjizat Al-Quran.
Walau bagaimanapun, individu yang mampu memiliki dan menafsir ilmu mimpi bukan calang-calang orangnya iaitu orang yang mempunyai keperibadian yang amat baik di dunia dan akhirat. Berlandaskan kesucian hati dan amal individu itu. Serta lengkap sempurna amalnya dan sentiasa dibantu oleh cahaya Allah SWT serta pengetahuan yang amat baik tentang setiap rahsia makhluknya. Al-Quran sebagai Qalam Takwil Mimpi, adalah sifat al-Quran yang paling lembut, paling umum ia merangkumi aktiviti yang paling luas meliputi perkara sebelum, semasa dan selepas yang melibatkan semua perkara di langit dan di bumi. Ketika tidur, roh sebenarnya telah dituliskan takdirnya berdasarkan kepada Qalam ini yang telah diwujudkan 50,000 tahun sebelum sesuatu perkara berlaku di dunia, dan sekali lagi ditetapkan ketika 40 hari pertama dan 40 hari ketiga.Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.