Sabtu, 14 Februari 2015

Menafaat makan Tiram (Oyster) bagi Kesihatan - Benefits of oysters

Image result for tiram
sha3622.blogspot.com

Menafaat makan Tiram (Oyster) bagi Kesihatan

Sebagai makanan laut, tiram atau oyster menawarkan sejuta kelazatan bagi pecintanya, selain kerana memiliki rasa yang unik ianya juga mengandumgi banyak khasiat penting bagi kesihatan Kita – 

Dalam masyarkat Cina, pemakanannya telah lama dipraktikkan , Tiram ini dikeringkan dan dimasukkan kedalam menu masakkan harian. Pada masyrakat barat pula Tiram ini juga adalah makanan mewah yang dihidangkan, Ianya dimakan mentah dengan memasukkan sedikit wine.

Tiram mengandungi berbagai mineral penting seperti zinc, zat besi, kalsium, kalium, namun rendah lemak dan kalori. diyakini bahwa tiram bermenafaat bagi kesuburan, mencegah anemia, menambah kepadatan tulang

sha3622.blogspot.com

Meningkatkan kesuburan pada wanita

Tahukah Anda bahwa oyster atau tiram benar-benar dapat meningkatkan kesuburan, terutama pada wanita, ini kerana ianya mengandungi mineral zinc yang sangat tinggi, yang berperanan penting memproduksi sel telur (ovum) yang normal, selain membantu reproduksi. 

Meningkatkan kekebalan tubuh

Kebiasaan mengambil makanan yang tidak sihat dan makanan sedikit nutrisi yang sihat juga mengambil ubatan berasaskan kimia adalah faktor utama menurunnya kekebalan tubuh terutama pada kanak-kanak. Tiram adalah salah satu makanan yang sarat dengan berbagai nutrisi, yang juga membantu dalam meningkatkan fungsi sitem kekebalan tubuh. Sebagai sumber protein yang tinggi dan rendah kadar lemak, makanan laut ini baik bagi kesihatan secara keseluruhan.

Baik bagi kesehatan jantung

Tiram menawarkan berbagai macam nutrisi yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan kesihatan jantung, seperti omega 3, kalium, magnesium, dan vitamin E . Asid lemak omega 3 berperanan meningkatkan kadar kolesterol baik dalam tubuh, vitamin E untuk melindungi selaput lendir dari kerosakan akibat radikal bebas,dimana ianya akan menurunkan resiko dan mencegah penyakit kardiovaskular. Sedangkan kalium dan magnesium membantu menurunkan tekanan darah.dengan demikian kesimpulannya , tiram bermenafaat untuk mengurangi risiko serangan jantung dan stroke

Membantu menurunkan berat badan

Diet rendah kalori dan tinggi protein adalah cara yang sihat untuk mengurangi berat badan, dan tiram adalah salah satu makanan yang dapat dimasukkan dalam  menu diet, makanan laut  ini tidak hanya dapat memenuhi selera kita, tetapi juga membantu menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Membina tulang yang kuat

Tiram merupakan makanan sumber kalsium yang sangat baik . Mineral ini berperanan penting dalam menjaga kesihatan tulang dan kepadatan tulang,. Mengambil tiram tidak hanya dapat memenuhi keperluan kalsium bagi tubuh, tetapi juga membantu melindungi persendian dari masalah peradangan, membuatkan arthritis dapat dicegah .

Mencegah kekurangan Darah - Anemia

Tiram juga mengandung zat besi dalam jumlah yang cukup baik, yang diperlukan tubuh untuk memproduksi hemoglobin yang berperanan mengangkut oksigen ke seluruh sel-sel tubuh. Dan kekurangan zat besi adalah penyebab paling utama terjadinya anemia, yang dapat dicegah dengan mengambil tiram.

Pertumbuhan dan perkembangan janin yang optiaml

Kedapatan Asid Lemak Omega 3 terutama DHA (docosahexaenoic acid), yang juga ditemukan di tiram bermenafaat meningkatkan kesihatan bayi terutama sewaktu masa perkembangan disaat masih lagi dalam keadaan janin. Ibu hamil serta menyusui yang mengambil tiram akan meningkatkan fungsi kognitif serta pengembangan bayi dan janin mereka.
Awas - Tiram, meskipun mengandungi nutisi yang sangat baik dan sihat, namun tidak dianjurkan untuk diambil secara berlebihan, ini kerana paras pencemarani diperairan laut yang tinggi, membuat tiram boleh mengandungi logam berat yang membahayakan kesihatan. Terutama bagi ibu yang hamil atau menyusui, pastikan tiram yang diambil adalah berasal dari perairan laut yang rendah pencemarannya.
Image result for tiram mentah
sha3622.blogspot.com


Sumber Vitamin A
Tiram juga merupakan sumber vitamin A . Setiap porsi 6-auns tiram menawarkan 459 unit antarabangsa vitamin A atau 15 peratus daripada keperluan harian yang disyorkan untuk lelaki dan 20 peratus bagi wanita, menurut Institute of Medicine. Seperti niacin, Vitamin A bertanggungjawab untuk memudahkan pertumbuhan sel-sel baru, dan membantu sel-sel baru untuk berkembang menjadi  fungsi ragkaian Vitamin A juga menyokong fungsi sel- sel khusus dalam retina Anda yang mengawal perubahan cahaya.

Sumber Vitamin C
Tiram juga menyediakan tubuh Anda dengan vitamin C. Mengambil vitamin C membuat pembuluh darah menjadi kuat dan sihat, kerana akan membantu menghasilkan kolegen yang membantu menjaga dinding pembuluh darah tetap teguh. Anda juga akan mendapat menafaat kesihatan lain yang berkaitan dengan pengambilan vitamin C, termasuk resiko yang lebih rendah terhadap penyakit jantung dan beberapa jenis penyakit kanser, menurut Linus Pauling Institute di Oregon State University,dalam 6-auns tiram mengandungi 14 miligram vitamin C - 16 persen dari keperluan harian yang dsyorkan untuk lelaki dan 19 persen untuk perempuan, menurut Institute of Medicine.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Rabu, 11 Februari 2015

Menafaat Dan Khasiat Jambu Batu Untuk Kesihatan - Benefits of Guava For Health



Image result for jambu batu
sha3622.blogspot.com



Jambu Batu merupakan buah yang berasal dari Brazil dan disebar melalui Negara Thailand,  memiliki nama latin Psidium Guajava.

Khasiat Jambu Batu
  1. Jambu batu dapat melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. selain itu jambu batu juga dapat digunakan untuk perawatan kulit kerana kandungan zat antioksidan dan vitamin C di dalamnya.
  2. Jambu batu juga dapat membantu dalam melawan sel kanser kerana tingginya vitamin C di dalamnya.
  3. Jambu batu dapat meningkatkan fungsi otak kerana adanya kandungan vitamin B yang penting untuk peredaran darah.
  4. Ianya juga dapat meningkatkan kesuburan kerana kaya dengan asid folat.
  5. Jus dari jambu biji juga memiliki khasiat sebagai ubat semulajadi kerana dapat menyembuhkan masalah pernafasan.
  6. Jambu batu juga dapat memperbaiki penglihatan kerana kandungan vitamin A di dalamnya.
  7. Kandungan kalium di dalam buah jambu batu dapat digunakan untuk mengurangi tekanan darah dan juga mengawal kesetabilan tekanan darah .
  8. Jambu batu dapat menurunkan kadar kolesterol kerana dapat mencairkan darah yang mana akan meningkatkan pengaliran darah.
  9. Kencing manis pada kanak-kanak dapat dicegah dengan pengambilan buah jambu batu kerana dapat membantu memperlambatkan penyerapan gula .
  10. Jambu batu dapat digunakan untuk mengubati sembelit kerana tingginya serat yang terkandung.


Image result for jambu batu
sha3622.blogspot.com

Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. 

Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah.

 Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan. Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. 


Hasil carian imej untuk jambu batu

Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.



Khamis, 5 Februari 2015

Khasiat Gamat Emas yang mesti diketahui - Fully benefit of sea cucumber very important to know


Menafaat Gamat Emas Bagi Kesihatan Tubuh
Gamat sudah sejak dahulu kala di gunakan sebagai ubat alternatif untuk membantu pengubatan berbagai penyakit. “Dalam sejarah tradisional China ianya telah digunakan sejak lebih dari 1000 tahun yang lalu untuk membantu mengatasi masaalah kesihatan seperti 

- Menyembuhkan luka, 
- Meredakan rasa sakit di persendian, 
- Memperlancar perjalanan darah 
- Secara umum diginakan sebagai hidangan istimewa untuk menjaga kesihatan kerana diumpamakan    sebagai ginseng laut”.

 Gamat berbentuk silinder, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).

Berdasarkan hasil kajian di berbagai Universiti di seluruh dunia, ditemui bahwa  gamat sangat berkhasiat sebagai ubat serba guna dan sebagai antiseptik tradisional. 

Menurut Dr.Ir.M. Ahkam Subroto, M.App.Sc., Periset Bioteknolog LIPI, kandungan protein tinggi pada gamat mencapai 82%, baik diberikan kepada pesakit kencing mans (diabetes). 
Protein tinggi berperanan merangsang sel beta pankreas yang memproduksi insulin. Hasilnya, pengeluaran insulin meningkat.. 

Berbagai kajian tersebut juga membuktikan bahwa gamat memiliki kandungan “Cell Growth Factor” (faktor pembiakan sel) sehingga mampu merangsang pembiakan / pemulihan sel dan  tisu badan yang telah rosak/sakit bahkan membusuk, memperbaiki menjadi sehat / pulih kembali. 

Gamat kaya dengan faktor penyembuhan membuatkannya dapat memperbaiki sel-sel yang rosak. Kandungan protein hingga 82% dan asid lemak essensial mujarab memperkuat sel hati untuk mengeluarkan antibodi,disebabkan itu juga gamat kerap disebut imunomodulator. 

Lantaran kandungan kolagen yang tinggi, gamat ampuh melakukan penembuhani sel dalam waktu yang singkat, kajian menunjukan, gamat larut dalam air  dimana ianya dapat diserap oleh hati tanpa mengalami detoksifikasi.  Hal tersebut juga di kuatkan oleh hasil kajian Prof. Aleli Gana dan Dr. Florinia Merca dari Fakulti Kimia, University of the Philippines, Filipina menemui sebatian aktif melawan pertumbuhan sel kanser. Sebatian itu bernama lektin.Kajian mengungkap, gel gamat pada kepekatan 50 mikrogram dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Hal serupa dibuktikan oleh Jaime Rodriguez, Universidad de Santiago de Compostela, Spanyol.   
sha3622.blogspot.com

Kandungan dan khasiat Gamat 

Protein Bermenafaat Untuk :
Sistem pencernaan / perut
Memperkuat sistem daya tahan tubuh / imiun sistem
Membantu sistem pernafasan
Menghasilkan hormon & enzim serta fungsi protein lainnya

Kolegen Bermanfaat Untuk :
Kecantikan kulit
Membantu menyembuhkan luka
Mengurangi masalah perut/ulser
Baik untuk paru-paru
Bersama chondroitin membentuk tulang rawan baru

Glukosaminoglykan (GAGs) Bermenafaat Untuk :
Meringankan arthritis dan sakit persendian
Membantu meningkatkan kadar insulin darah
Bersama omega 3, 6, dan 9 mencegah penyumbatan dalam perjalanan darah

Glucosamine dan Chondroitin Bermenafaat Untuk :
Meringankan Artritis
Menjaga Persendian (pelicin sendi), menjaga kelenturan sendi
Membantu dan mencegah osteoporosis dan osteoarthritis
Membantu memelihara sel ligmen pada tulang

sha3622.blogspot.com

Mukopolisakarida Bermenafaat Untuk :
Membantu/melancarkan perjalanan darah
Memelihara sistem jantung
Menghilangkan rasa sakit (zat penahan sakit alamiah)
Membantu menurunkan inflamasi dan mempercepat proses penyembuhan luka
Membantu masalah buasir
Menurunkan & menstabilkan hipertensi/darah tinggi

Omega 3 dan Omega 6 Bermenafaat Untuk :
Membantu pembakaran tenaga & metabolisme sel
Menjaga system penghantaran impuls syaraf dan memelihara tekanan darah
Menurunkan kekentalan darah, sehingga mengurangi resiko serangan jantung
Menurunkan kolesterol LDL dan Trigliserida
Menurunkan HDL
Mineral, Potassium, Fosfor, Kromium, Magnesium, Kalsium, Besi, Sodium Bermanfaat Untuk :
Mengaktifkan keseimbangan enzim
Bersama protein membentuk keseimbangan hormon & sistem kelenjar
Menghasilkan sel darah merah
Mencegah anemia darah
Membantu toleransi gula darah
Bersama GAGs, membantu mengatasi toleransi gula darah

Asid Amino Bermenafaat Untuk
Terdapat 18 macam asam amino, termasuk 9 macam asam amino esensial, kandungan asid aminonya lebih tinggi dari asid amino yang terdapat pada ikan laut, ayam dan telur.
Membentuk sel-sel baru
Memperbaiki jaringan
Membentuk anti bodi atau daya tahan tubuh
Menyelaraskan enzim & hormon

Menafaat Vitamin B 

1.. Vitamin B1 (Thiamin)   – Sebagai sebahagian dari enzim      – Membantu fungsi sel syaraf.                  -Diperlukan untuk pengeluaran tenaga di dalam otak. 
2. Vitamin B2 (Riboflavin) - Diperlukan untuk metabolisma tenaga dan membangun jaringan. 
3..Vitamin B3 (Niasin) - Diperlukan untuk  pencernaan dan metabolisma tenaga syaraf yang sihat 
     Antiseptik Alamiah
- Zat untuk mencegah bakteri, kulat, infeksi
- Anti tumor

Saponin
Antioksidan, anti mikrob dan anti kanser
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Merangsang pembentukan sumsum tulang, memproduksi darah dan mencegah anemia
Bertindak sebagai perangsang untuk membantu masalah impotensi
Meningkatkan metabolisme energi dan mengatasi keletihan


Lektin 
Lektin pada Gamat tidak berpengaruh pada jenis golongan darah. Lektin tersebut memiliki keupayaan anti kanser bahkan kesan yang positif terhadap penentangan virus HIV. Dengan  asid amino Trypsin lektin tersebut ianya meningkatkan aktiviti agglutinasi, iaitu aktiviti darah dalam proses pembentukan antibodi dari serangan bakteria / mikroorganisma yang menjangkiti darah.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 3 Februari 2015

Tanda-Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Ketahui.- Sign of heart attack that We Need To Know

sha3622.blogspot.com
Tanda Tanda Sakit Jantung .Penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. 

Sumber dari  Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL. 

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. 

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat.           
 (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) 
Lidah terasa tegang dan pendek. 
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. 
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. 
Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem. 
Rasa kepala berpusing tidak seimbang. 
Rasa keletihan sepanjang masa. 
Rasa meloya dan tidak ada selera makan. 
Degupan jantung tidak menentu. 
Nafas terasa pendek. 
Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen. 
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


sha3622.blogspot.com

Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. 


Keterangan lebih lanjut lagi. 

Rahang tidak selesa

Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda.Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda. 

Leher rasa terbakar 

Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda. 

Sakit di bahu 

Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu. 

Rasa berat di bahagian dada 

Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung. 

Sakit belakang 

Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda. 

Tidak selesa pada lengan 

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda. 

Rasa Letih 

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum. Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini. 

Rasa Loya 

Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit. 

Sumber dari DEMC menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas: 


-Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya. 

-Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa. 
-Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh. 
Bila perlu jumpa doktor? 
Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila : Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung. 
-Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda. 
-Sakit yang kuat. 
-Sakit dada apabila melakukan aktiviti. 
-Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam. 
-Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan. 
=Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya. 
-Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit. Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap. 

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia 


Serangan sakit jantung mengejut 

Contohnya 

Anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa. 


Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat? 

Jadi, bagaimana menangani sakit jantung bila seorang diri? 
-Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan. 
-Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru. 
-Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula. 
-Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar. 
-Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri. 
Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor 

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.



sumber - gigitankerengga.