http://sha3622.blogspot.com |
Ikan Haruan banyak ditemui didanau, sungai,, parit,, disawah, bahkan perairan yang rendah kadar oksigennya. Ikan haruan dengan sebutan ilmiahnya Ophiocephalus striatus dan channa striata memiliki ciri-ciri umum berbentuk badan bulat memanjang, punggung bulat, kepala pipih mirip ular, warna badan hitam dengan perut putih atau krem, badan seperti bergambar, dan memiliki sirip ekor yang membulat setengah lingkaran. Dalam bahasa inggris, ikan predator air tawar ini disebut dengan Snake head.
Kandungan khasiat ikan haruan
Semua jenis ikan adalah sumber protein yang sangat baik. Namun ikan haruan diketahui sebagai ikan yang kandungan zatnya lebih banyak dari ikan jenis lain. Kandungan protein ikan haruan adalah sebanyak 25,5%, dimana yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan kadar protein dari ikan jenahak (20,0%), maupun ikan sarden (21,1%).
Jadual kandungan IKan Haruan
kompenan Ikan Haruan IKan Haruan Kering
Kelori ( Kal ) 69 24
Protein (g) 28,2 58,0
Lemak (g) 1.7 4,0
Besi (Mg) 0,9 0.7
Kalsium (mg) 0.9 0.7
Fosfor (mg) 176 100
Vit.A (SI) 150 100
Air (g) 69 24
BDD (%) 64 80
Jadual kandungan IKan Haruan
kompenan Ikan Haruan IKan Haruan Kering
Kelori ( Kal ) 69 24
Protein (g) 28,2 58,0
Lemak (g) 1.7 4,0
Besi (Mg) 0,9 0.7
Kalsium (mg) 0.9 0.7
Fosfor (mg) 176 100
Vit.A (SI) 150 100
Air (g) 69 24
BDD (%) 64 80
Ikan Haruan juga diketahui mengandungi albumin, iaitu boleh mencapai sekitar 6,224 g setiap 100 gm isi ikan haruan. Kandungan albumin dengan mineral zinc(Zn) yang sebanyak 1,7412 mg/100 g pada isi ikan haruan inilah yang berkaitan dengan proses penyembuhan luka yang lebih baik.
Apakah albumin?
Albumin terdapat dalam plasma darah manusia, bahkan lebih banyak 60% dari jenis protein lainnya. Albumin bermenafaat sebagai pembawa molekul-molekul kecil untuk melewati plasma dan cairan sel, yang erat kaitannya dengan bahan metabolisme dan pembawa berbagai macam ubat yang kurang larut. dengan kata lain, albumin adalah pembawa ubat-ubatan,agar ianya tidak menendap dalam tubuh dan menyebabkan keracunan. Jenis obat-obatan yang tidak mudah larut air seperti aspirin, antikoagulan, dan obat tidur memerlukan tugas albumin agar dapat beredar dengan baik.
Khasiat ikan Haruan
Ikan haruan adalah jenis ikan yang telah terbukti banyak mengandungi jenis protein ini. Untuk pengambilan albumin dari sarkoplasma dari sel ikan haruan boleh dilakukan dengan cara ekstraksi sederhana – Caranya dengan menggunakan pelarut. Proses pengambilan albumin ikan haruan secara sederhana juga boleh dilakukan dirumah , iaitu dengan cara proses pengukusan hingga keluar cairan yang berwarna putih keruh.
Berikut beberapa khasiat yang berhubungan dengan makan ikan haruan
Berikut beberapa khasiat yang berhubungan dengan makan ikan haruan
sha3622.blogspot.com |
Membatu mempercepat kesembuhan
Albumin juga berperanan dalam meregenerasi sel yang mati,juga memperbiki sel yang rosak akibat luka atau pembedahani agar cepat sembuh. Bagi penderita penyakit tertentu lambat penyembuhan, kerana ubat yang diberikan tidak mudah diserap dengan baik oleh sel yang memerlukan pengobatan. Jadi, mengambil ikan haruan atau sari albumin dari ikan haruan dapat membantu mempercepat pengubatan, mempercepat kesembuhan lukater bakar, ginjal, luka terbakar atau luka akibat pembedehan.
Satu kajian yang pernah dilakukan oleh Prof. DR. Dr. Nurpudji dari Universiti Hasanudin, Makassar, menunjukkan bahwa kadar albumin pada pesakit di RS Wahidin Sudiro Husodo banyak mengalami peningkatan setelah beberapa kali memakan ikan haruan, sehingga mempercepat proses penyembuhannya. Kajian yang sama juga telah dilakukan di RS Umum Dr. Saiful Anwar Malang menunjukkan, bahwa pemberian 2 kg ikan haruan masak setiap hari kepada pesakit selepas pembedah dapati meningkatkan albumin mereka menjadi normal. Sementara itu kajian yang dilakukan di Universiti Hasanudin juga menunjukkan peningkatan kadar albumin dalam darah pesakit dari 0,6 hingga 0,8 g/dl setelah diberikan ekstrak ikan haruan selama 10 hingga14 hari.
sha3622.blogspot.com |
Membantu pertumbuhaan anak kecil
Kekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia, yang mana suatu keadaan disebut dengan hipoalbumin. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh, sehinggakan bagi anak kecil boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh juga menyebabkan anak mudah sakit.
- Satu kajian menunjukkan bahawa anak kecil yang mengambil ikan haruan secara teratur memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.
- Albumin sangat diperlukan untuk perkembangan otak, terutama bagi anak kecil yang berada pada fase emas pertumbuhan (golden age). Dengan demikian, memberinya makan ikan haruan dapat membantu mencegah masalah anak yang kurang cerdas.
- Kadar albumin yang normal antara 3,5-4,5 g/dl, jika kurang dari 2,2 g/dl boleh menyebabkan masalah pada tubuh. Ianya boleh dilihat pada anak yang mengalami terbantutnya pertumbuhan, padahal jika diperhatikan sebenarnya tak pernah kekurangan makan atau gizi. Jika hal ini terjadi terus-menerus, anak akan mengalami gangguan pertumbuhan yang boleh menyebabkan kurus atau seperti anak yang kekurangan zat
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya. |