Rabu, 23 April 2014

Senaman harimau

Senaman harimau ini bertujuan untuk menguatkan tenaga batin untuk lelaki




Padi Bukit
Padi Bukit
1. Duduk bersila dengan menegakkan tulang belakang
2. Tangan diletakkan di atas lutut
3. Tarik nafas sedalam yang mungkin
4. Tahan selama 6 saat
5. Hembus perlahan-lahan
6. Semasa menghembus nafas, perut hendaklah dikempiskan
7. Ulang sehingga 3 kali
Gerakan ini meningkatkan kekuatan otot belakang dan menguatkan stamina ketika di ranjang.

Nafas Pertapa
Nafas Pertapa
1. Duduk dengan keadaan merapatkan tapak kaki
2. Tarik kaki rapat ke arah badan
3. Tegakkan belakang
4. Tarik nafas sehingga penuh dengan perlahan
5. Semasa menarik nafas, tekan lutut sehingga mencecah lantai (setakat mampu)
6. Tahan sehingga 6 saat
7. Hembus nafas perlahan-lahan
8. Ulang sebanyak 3 kali
Gerakan ini membantu zakar untuk kekal tegang dengan melancarkan peredaran darah di bahagian peha.

Rentak Urutan
Rentak Urutan
1. Dari kedudukan sebelum ini, tarik nafas perlahan-lahan
2. Urut bahagian tepi peha dengan ibu jari, urutan berakhir di hujung batang zakar
Gerakan ini bertujuan untuk mengalir darah ke zakar.

Tarik Sepadan
Tarik Sepadan
1. Duduk bersila dengan tapak kaki dirapatkan
2. Kedua tangan memegang ibu jari kaki kanan dan kiri
3. Tarik nafas perlahan-lahan dan tarik ibu jari kaki itu ke arah badan
4. Cuba pastikan lutut mencecah lantai
5. Lepaskan nafas dan kembali ke posisi awal
Gerakan ini membantu meningkatkan kemampuan bahagian-bahagian yang membantu dalam aktiviti seksual.

Rentak Lentang
Rentak Lentang
1. Dari posisi sebelum ini, turunkan badan sehingga ke lantai
2. Tangan masih memegang ibu jari
3. Kembali ke posisi asal
Gerakan ini menguatkan otot peha, belakang dan pinggang. Ia dapat mengubati lemah tenaga batin.

Tepis Jengking
Tepis Jengking
1. Duduk bersila
2. Tegakkan belakang
3. Depakan tangan itu separas bahu ke kanan
4. Bawa tangan ke hadapan sambil menarik nafas
5. Tukar tangan kiri
6. Ulang sebanyak 3 kali
7. Setelah habis gerakan hembus nafas
Gerakan ini membantu dalam meningkat stamina seksual.

Matahari Naik
Matahari Naik
1. Duduk bersila dan tegakkan belakang
2. Bermula dengan tangan di belakang pinggang
3. Tekan pinggang dengan bantuan tangan
4. Tarik nafas dan tahan
5. Bawa tangan ke hadapan dan ke atas sehingga lurus di atas kepala
6. Hembuskan nafas
Gerakan ini membantu menguatkan otot-otot bahagian rusuk, tengkuk dan leher.

Lenjang Gajah
Lenjang Gajah
1. Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri
2. Tegakkan belakang
3. Tarik nafas perlahan-lahan
4. Letak tangan kanan atas lutut kiri
5. Capai ibu jari kaki yang lurus dengan tangan satu lagi
6. Hembus nafas
7. Ulang 7 kali
8. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Cakar Harimau
Cakar Harimau
1. Tarik nafas perlahan-lahan dan pusingkan badan ke arah kiri degan tangan cuba mencecah sejauh mungkin
2. Jari kanan harus mencecah lantai
3. Hembus nafas
4. Ulang 7 kali
5. Ulang dengan menukar kaki
Gerakan ini memulihkan tenaga batin.

Selasa, 22 April 2014

Senaman sendi ( Rematik )


Senaman Sendi (Radang sendi /Rematik)




DEFENASI

Radang sendi / Rematik merupakan penyakit yang menyerang sendi dan otot yang sering digerakkan bertahun lamanya.


PENYEBAB 

Sampai saat ini belum diketahui secara pasti. Ada beberapa faktor resiko terjadinya radang sendi .
1. Faktor keturunan
Biasanya ditemukan pada laki-laki, yang kedua orang tuanya menderita radang sendi , sedangkan perempuan cukup satu orang tuanya saja.
2. Infeksi pada tulang dan sendi
Kesakitan  timbul mendadak disertai tanda-tanda peradangan
3. Umur/ proses penuaan
Berusia  40 tahun keatas
4. Jenis kelamin
Ø Sebelum usia 45 tahun, kemungkinan laki-laki ataupun wanita terkena penyakit  radang sendi  adalah sama
Ø Radang sendi pada wanita setelah henti haid, lebih sering menyerang sendi lutut
Ø Radang sendi pada laki-laki lebih sering menyerang sendi panggul, pergelangan tangan dan leher
5. Kegemukan atau obesitas
     Meyebabkan beban yang berlebihan pada sendi, lutut dan tulang
6. Cedera sendi


TANDA DAN GEJALA RADANG SENDI

1. Adanya rasa kaku pada persendian, terutama dipagi hari
2. Pembengkakan pada  sekitar sendi 
3.Perit pada sendi yang terkena Sakit bertambah waktu melakukan aktiviti 
     dan sedikit berkurang waktu berehat
4. Perubahan gaya berjalan akibat sakit
5. Sendi berbunyi
6. Berat badan menurun, rasa letih dan lesu, kesullitan tidur, mudah menangis, susah buang air besar dan susak berjalan


AKIBAT LAIN DARI REMATIK

1. Perit pada sendi yang dapat mengganggu aktiviti
2. Tulang mudah patah
3. Tulang mudah rapuh
4. Anemia/ kurang darah


CARA PERAWATAN REMATIK

  1. Untuk mengurangi sakit dapat diberikan reggangan pada sendi yang sakit
  2. Latihan jasmani atau pergerakan ringan untuk mencegah kekakuan
  3. Mengatur keseimbangan antara beristirahat dan beraktiviti
  4. Mengatur diet untuk menurunkan berat badan terutama pada yang bermasaalah kegemukan
  5. Melindungi sendi yang cedera
  6. Gunakan alat bantu seperti tongkat
  7. Rawatan perubatan di pusat Kesihatan
CARA MEMBERI REGGANGAN PEMANASAN
  1. Sediakan air panas secukupnya
  2. letakkankan tuala kecil kedalam air panas tersebut.
  3. Perah tuala tersebut
d. Letakkan tuala tersebut pada daerah sakit selama 5 – 10 minit, kemudian ulangi beberapa kali


DIET PESAKIT RADANG SENDI

a. Makanan yang boleh dimakan

  • Nasi :Roti, kentang, jagung,
  • Daging : ayam, ikan, telur, tempe dan susu
§ Sayur-sayuran tinggi serat (lobak meah, labu )
  • Buah-buahan
b. Makanan yang tidak boleh dimakan
§ Sayur-saturan (bayam, kacang panjang, kembang kol, kacang panjang, buncis dan cendawan
§ Daging, sarden,
§ Minuman beralkohol
§ Makanan berlemak dan mengandung ragi seperti ; tempe, susu tinggi lemak, daging berlemak dan mentega

Senaman untuk radang sendi
1. Pengertian
Suatu gerakan yang dilakukan secara teratur bagi pesakit radang sendi.
2. Tujuan Senaman 
· Mengurangi perit pada  pesakit radang sendi
· Menjaga kesehatan jasmani menjadi lebih baik.
3. Kebaikkan Senaman 
Tulang menjadi lebih lentur.
Otot-otot akan menjadi tetap kental.
Memperlancar peredaran darah.
Melancarkan cairan getah bening.
Menjaga kadar lemak tetap normal.
Jantung menjadi lebih sehat.
Tidak mudah mengalami cedera.
 Reaksi menjadi lebih baik
1. Cara melakukan senam sendi
A. Gerakan Duduk
· Angkat kedua bahu keatas mendekati telinga, pusing kedepan dan kebelakang.
· Bongkokan badan, kedua lengan mencapai hujung kaki lantai.
· Angkat kedua sisi tangan sejajar dada, hala kedepan dada.
· Angakat paha dan lutut secara bergantian, kedua lengan menahan tubuh.
· Pusing badan bahagian atas kearah kanan dan kiri, kedua lengan diatas pinggang.
B. Gerakan berbaring atau tidur
· Lentangkan kedua lengan dan tangan, Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan.
· Kedua tangan memegang lekuk siku dan tangan menggenggam
· Bengkokkan sendi pinggul dan bend lutut anda dengan kedua-dua tangan tarik ke atas dada 
· Pegang erat kedua tangan diatas perut, tarik kebelakang kepala dan kebawah.
Angkat badan bawah bergantian dengan bantuan kedua tangan

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya

Ahad, 20 April 2014

Tulang belakang dan saraf

TULANG BELAKANG DAN SARAF
Pengaruh Saraf Tulang Belakang dan Gejalanya pada Organ Tubuh

Hasil carian imej untuk tulang belakang



Tulang Belakang Manusia
Bahagian dalam Tubuh Manusia
Gejala dan Pengaruh
1C
Aliran Darah ke Otak, Kulit kepala, Tulang Muka, Otak, Saraf Simpatetis Kronik, , HidungInsomia, Darah Tinggi, Pening kepala, Lemah Saraf, Kelelahan, Migrain.
2C
Mata, Saraf Mata, Telinga, Saraf Pendengaran, Leher, Arteri, urat-urat, DahiMata Juling, Sakit Telinga, pekak, Sinusitis
3C
Pipi, Pangkal Telinga, Gigi, Tulang MukaSakit Saraf, Radang Saraf, Jerawat, Ekema
4C
Hidung, Bibir, MulutSelsema, Sakit Telinga, Radang Tekak, Tonsil
5C
Pita Suara
Pita Suara Bronkhitis
6C
Otot Leher, Bahu, tonsil
Sakit Leher dan bahu, sakiti Lengan atas, Tonsil, Sesak Nafas, Batuk Kronik
7C
Kelenjar Gondok, Siku Tangan, Tulang bahu
Demam
1T
Kerongkong, Siku Pergelangan Tangan,
Jari,Tenggorokan 
Asma, Batuk, Sesak Nafas, Tangan Kebas
2T
Jantung dan Arteri Jantung
3T
Paru-paru, Trakea, Kantong Paru-paru
Sakit Mata, Radang Paru-paru, Radang Trakea, Demam
4T
Hempedu
Sakit kuning, Herpes
5T
 Peredaran Darah
Demam, Masalah Tekanan Darah, Gangguan Peredaran Darah, Radang Sendi
6T
Perut
Gangguan Pencernaan
7T
Pankreas, Usus Dua Belas Jari
Radang perut
8T
Limpa
Daya Penyembuhan semulajadi Berkurangan
9T
Kelenjar Adrenalin, Ginjal
Alergi, Penyakit Kulit
10T
Ginjal
Gangguan Ginjal, Lelah Kronis, Pengerasan Arteri, Radang Ginjal
11T
Ginjal dan Ureter
Jerawat, Eksim, Sakit Kulit
12T
Usus Kecil, Sistem Peredaran Limpa
Rematik, Perut Kembung, Mandul
1L
Usus Besar
Sembelit, Radan Usus Besar, Sakit perut
2L
Usus Buntu, Perut, Daerah Paha
Keram Otot, Sesak Nafas
3L
Organ Reproduksi, Rahim, Pundi Kencing, Lutut Kaki
Sakit Kandung Kemih,sakit waktu Haid, peluh Dingin Waktu Tidur, Kemurungan, Keguguran, gout Sendi
4L
Kelenjar Prostat, Gaut Pinggul, Daerah Lutut
gaut Pinggul, Sakit Pinggang, Kencing Tidak Lawas, sakit Punggung
5L
Bahagian Luar Kaki, Sakit Daerah Kaki Bawah 
Gangguan Peredaran Darah di Kaki (Dingin), Bengkak Pergelangan Kaki, sakit Daerah Kaki
Tulang PinggulReproduksi Rahim, Tulang Pinggul, Punggung

Penyakit Kelenjar, Prostat, Tulang Membengkak, Penyakit Rahim, buasir, Radang dubur, sakit Tulang Ekor Waktu Duduk

Rabu, 16 April 2014

Sakit Lutut,Gout atau penyakit sendi

Sakit Lutut, Gout atau penyakit sendi



13833599891174611867

 Beza penyakit sendi dan gout

Penyakit sendi ( Rematik ) = Rasa Sakit, penyakit sendi kebiasaannya Ada Penyebabnya
Rematik bererti rasa sakit /  ngilu / kaku pada tulang dan persendian, urat, atau pun otot. Keluhan rasa sakit inilah yang sebenarnya disebut rematik. Rematik hanya sebuah istilah untuk rasa sakit,  ; tidak menjelaskan penyebab penyakit. Keluhan rematik selalu ada penyebabnya, dan gaut merupakan salah satu penyebab rematik. Ini bererti, rematik lutut adalah disebabkan oleh bermacam-macam penyakit, rematik lutut tidak selalu disebabkan oleh gaut.
selain gaut, apa penyebab sakit lutut  ? 
Kita harus mengetahui anatomi dan fungsi bahagian-bahagian tubuh yang pada sendi lutut .
.
Anatomi Dan Fisiologi Sendi Lutut ( Articulatio Genu, Knee Joint )
Sendi lutut manusia tersusun dari pertemuan empat tulang :
  1. Tulang paha ( os femur ).
  2. Tulang lutut ( os patella ). Kita sering menyebutnya sebagai tulang “tempurung lutut” atau “batok lutut”.
  3. Tulang kering ( os tibia ).
  4. Tulang betis ( os fibula ).
13833600221869739705

Gambar ilustrasi tulang-tulang di sendi lutut. 

Tulang-tulang ini membentuk sendi lutut ( articulatio genu ) dengan rongga sendi yang berisi cairan sendi di dalamnya. Cairan sendi berfungsi sebagai pelincir sendi, agar tulang-tulang tidak bergesel, .
Di dalam rongga sendi lutut, dihujung bawah tulang paha dan hujung atas tulang kering masing-masing mempunyai tulang rawan (cartilago) yang berfungsi sebagai andas atau “bumper” dalam menahan beban berat badan dan saat ada pergerakan.
13831611481330322768
Gambar sendi lutut. 

Tulang sendi  berhubungan dengan otot-otot di sekitarnya melalui urat. Di antara keempat tulang sendi lutut,  terdapat ikatan-ikatan melalui urat. Urat penghubung antara otot dengan tulang disebut tendon. Urat penghubung / pengikat antara-tulang disebut ligamentum. Jumlah tendon dan ligamentum pada sendi lutut sungguh sangat banyak, dari yang kecil-kecil sampai yang besar-besar dan panjang.

(Gambar di bawah ini hanya menunjukkan beberapa urat besar di bagian depan lutut saja).
13831613901990478091
Gambar ilustrasi urat-urat di bahagian depan sendi lutut.

Di dalam urat-urat inilah tertimbun kristal urid asid jika kadar urid asid dalam darah terlalu tinggi ( hiperurisemia / hyperuricemia ). Timbunan kristal urid asid di dalam urat-urat inilah yang menimbulkan rasa sakit  pada urat-urat di sendi lutut, walaupun di saat berehat, di saat tidak ada bebanan ataupun pergerakan sendi.
Struktur dan susunan semua pembentuk sendi lutut manusia membolehkan kita dapat menggerakkan badan ; membolehkan kita duduk, berdiri, berlari, mendaki, memanjat, menendang, melipat dan meluruskan badan. 

Sakit Lutut ( Rematik Lutut ) : Apa Penyebabnya ?

Sakit lutut atau rematik lutut dapat disebabkan oleh bermacam-macam punca, iaitu :
  1. Hakisan tulang sendi atau Osteoartritis ( Osteoarthritis ).
  2. Kegemukan ( Obesitas ).
  3. Gaut.
  4. Cedera / trauma urat dan sendi lutut.
  5. Infeksi tulang dan sendi lutut.
  6. Kelainan sistem kekebalan tubuh dan kelainan darah, seperti penyakit Rheumatoid Arthritis dan penyakit Lupus ( SLE / Systemic Lupus Erythematosus ).
  7. Tumor atau kanser tulang.
  8. Dan lain-lain.
 Penyebab sering sakit sendi lutut dan bagaimana cara kita menentukannya.
Hakisan tulang sendi ( Osteoarthritis )
Hakisan tulang sendi ( Osteoarthritis, sering disingkat OA ), penyebab terbanyak dari keluhan sakit lutut, merupakan penyakit yang berkaitan dengan proses penuaan. Semakin tua, tulang kita semakin rapuh / keropos ( kekurangan zat kapur atau Kalsium / Calcium / Calc ). Tulang yang keropos secara perlahan mengalami penyusutan / penipisan / penciutan, sehingga permukaan dan tepi-tepi tulang menjadi kasar, menonjol, atau bahkan meruncing atau bertaji. Tonjolan pada tepi tulang yang mengalami keropos inilah yang disebut pengapuran. Osteoporosis (rapuh tulang) dan pengapuran tulang merupakan dua proses yang berlangsung secara bersamaan / simultan dan secara kronis. Semakin keropos sepotong tulang, semakin hebat pengapurannya.
13831618881182159551
Gambar  (osteoarthritis)  hakisan tulang sendi

Hakisan tulang sendi  inilah yang menimbulkan rasa sakit / perit pada otot ataupun sendi, kerana ia menekan / bergesekan dengan otot-otot di sekitarnya, terutama di saat ada pergerakan atau di saat ada beban terhadap sendi. Selain itu, juga terjadi penipisan atau kerusakan tulang rawan (cartilago) pada hujung tulang, dan berkurangnya jumlah cairan sendi di dalam rongga sendi.

Di bawah ini dkepilkan contoh gambar Roentgen osteoarthritis lutut atau hakisan tulang sendi lutut.
13831622332010228738
Gambar Hakisan tulang sendi  lutut kiri . Tulang-tulang nampak terhakis, tanda panah menunjukkan hakisan tulang sendi .

Kita dapat mengetahui sakit lutut yang disebabkan oleh hakisan tulang sendi osteoarthritis) mempunyai ciri-ciri :
  • Tidak menunjukkan tanda-tanda peradangan akut seperti panas, kemerahan, dan pembengkakan pada sendi lutut,
  •  Lebih berat terasa di saat ada pergerakan dan beban pada sendi lutut,
  •  Berkurang / hilang jika sendi yang sakit diistirahatkan / didiamkan,
  •  Lebih berat dirasakan oleh orang gemuk daripada orang kurus
  •  Lebih berat terasa di saat cuaca dingin ( malam hingga pagi ).
.
Hakisan tulang sendi  (OA) sendi lutut lebih kerap diderita oleh :
  • Orang usia lanjut, di atas umur 50 tahun.
  • Wanita, karena sebahagian kalsium terpakai / terbuang di saat  kehamilan, .
  • Orang yang jarang / tidak pernah senaman (olahraga.)
  • Orang yang jarang / kurang makan sayur.
  • Orang gemuk.
  • Orang yang jarang  terkena sinaran matahari.

Kegemukan ( Obesitas ), Penyebab Rematik Lutut Yang Sering Dan Penting
Ditubuh manusia, beban berat badan terutama ditanggung oleh tulang-tulang belakang daerah punggung ke bawah, sendi panggul/pinggul, sendi lutut, sendi pergelangan kaki, dan tulang tumit.
Jadi, sendi lutut termasuk salah satu sendi yang sering menanggung / menahan beban berat badan kita, terutama pada waktu berdiri, waktu hendak  duduk, waktu hendak bangun dari duduk, , waktu hendak bangun dari membongkok, saat akan berlutut / bersujud, saat akan bangun dari berlutut / bersujud, saat berjalan, saat berlari, saat berjalan mendaki, saat menapaki anak tangga, dan sebagainya.
Oleh karena itu, kelebihan berat badan dan kegemukan (obesitas) dapat menyebabkan sakit lutut kerana adanya beban atau tekanan berlebihan yang harus ditanggung / ditahan oleh sendi lutut. Jika kita perhatikan orang-orang gemuk, yang belum termasuk dalam lingkungan usia lanjut ; maka kita dapati  bahwa banyak di antara mereka yang mengalami  sakit lutut semata-mata karena kegemukannya, bukan karena gaut .  orang gemuk juga cenderung menderita kelebihan kadar asid urik, tapi sakit lutut yang dialaminya belum tentu kerana gautnya. Seseorang yang gemuk ( tapi belum berusia lanjut ) boleh mengalami sakit lutut kerana kegemukannya, atau karena gaut  atau karena kegemukan dan gaut. Untuk kes sakit lutut kerana kegemukan, menurunkan berat badan menjadi satu kemestian.
Berat badan ideal orang dewasa ( dalam satuan kilogram ) dapat dihitung secara sederhana dengan rumus :
[ Tinggi badan ( cm ) - 100 ] - 10%
atau
0,9  x [ Tinggi badan (cm ) - 100 ]

Gaut
 ( Uric Acid )
Peradangan sendi akibat gaut disebut arthritis gout (Gouty Arthritis). Kadar uric acid dalam darah naik-turun sepanjang hari tergantung dari makanan dan aktivi luaran. Kelebihan kadar uric acid dalam darah (hiperurisemia) dapat menimbulkan sakit lutut karena kristal uric acid mengendap / tertimbun di dalam urat dan jaringan  di bawah kulit. Timbunan atau endapan kristal uric acid urat inilah yang menimbulkan tanda-tanda peradangan seperti rasa sakit, rasa panas, kemerahan dan bengkak pada urat / sendi lutut.

1383194074930739752
sendi lutut yang mengalami peradangan akibat uric acid
atau arthritis gout. 

hiperurisemia pula berlaku untuk jangka waktu yang lama (kronix), endapan di dalam urat akan membentuk tonjolan di bawah kulit di daerah urat yang bersangkutan, yang dalam bahasa medix disebut ” tophus / tophi “.

13832872681746570534
Gambar  tangan yang penuh dengan tophi mendapan kristal  uric acid 

Bahagian tubuh dan sendi yang  menderita urid asid adalah :
  • Pangkal jari-jari kaki dan pangkal jari-jari tangan
  • Pergelangan kaki dan pergelangan tangan
  • Punggung kaki dan punggung tangan
  • Sendi siku lengan
  • Sendi lutut
  • Betis
Sakit /  perit pada lutut akibat uric acid  bersifat kekal. maksudnya, walaupun sendi yang terlibat kita rehatkan / diamkan, sakitnya tidak hilang, terutama selama kadar  uric acid masih tinggi. Dibandingkan dengan sakit lutut kerana hakisan tulang sendi, sakit lutut  disebabkan gaut biasanya lebih cepat berkurangan / menghilang jika diubati 
Penyebab utamanya adalah lebihan  uric acid / lebihan mengambil  makanan berprotein tinggi - terutama protein golongan purin (purine) ; oleh kerana itu, gaut juga  diderita oleh golongan remaja dan golongan tua.
Kadar  normal  uric acid dalam darah  adalah  3,5 - 6,5 mg/dl , maksimal  7 mg/dl. 
.
Sakit Lutut : Fahami Dengan Benar, Jangan terus difikirkan Gaut
Jumlah penderita sakit lutut dalam masyarakat kita cukup banyak, terutama di kalangan usia lanjut, di antara orang-orang gemuk, apatah lagi di antara orang-orang usia lanjut yang gemuk. 
Setiap penderita sakit lutut bisa berbeda-beda penyebabnya ; misalnya si A karena pengapuran, si B karena kegemukan, si C karena  gaut , si D karena pernah mengalami cedera. Mungkin juga seseorang menderita sakit lutut kerana beberapa penyebab sekaligus, misalnya karena pengapuran dan gaut ,  pengapuran dan kegemukan, asam urat dan kegemukan, atau gabungan ketiganya.
Faktor umur, berat badan, kebiasaan makan, ada / tidaknya riwayat cedera, dan ciri-ciri sakit lutut yang dialami, sudah cukup jelas untuk menuntun kita menentukan penyebab sakit lututnya. Di seluruh pelosok Nusantara, ada begitu banyak penderita sakit lutut yang salah mengerti tentang penyebab penyakit ini. Itu juga berarti ada begitu banyak kesalahan dalam pengobatan terhadap kasus sakit lutut. Sungguh sangat ironis bahwa ada begitu banyak penderita sakit lutut yang walaupun telah berbulan-bulan atau bertahun-tahun berobat sakit lutut, atau bahkan yang tungkainya sudah berbentuk seperti huruf O atau huruf X, masih bertanya-tanya, “ sebetulnya sakit lutut saya ini rematik atau asam urat ? “.
Jika kebetulan anda atau anggota keluarga anda ada yang menderita sakit lutut, maka pertimbangkanlah semua faktor di atas, dan diskusikanlah secara terperinci dengan dokter terdekat anda. Jika penyebab sakit lututnya sudah bisa dipastikan, otomatis pengobatannya juga tepat sasaran.
Obat-obat dasar untuk pengapuran tulang, obat untuk menurunkan kadar asam urat, obat untuk mengurangi rasa sakit / nyeri, tersedia di semua puskesmas dari Sabang sampai Merauke.
Dengan memahami secara benar penyebab-penyebab tersering sakit lutut, kita menjadi tahu cara-cara pencegahannya. Menjalani pola hidup sehat, menjaga diet seimbang, berolahraga, berjemur sinar matahari pagi, menjaga berat badan , Dengan memahami secara benar penyebab-penyebab setiap kes sakit lutut, kita bisa memberikan perawatan dan pengubatan yang benar dan yang terbaik.

.