Khamis, 6 November 2014

Merawat Buasir Cara Yoga - YOGA FOR CONSTIPATION AND PILES


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


11 Kebaikan Tidur mencukupi setiap malam bagi Kesihatan - benefits of adequate Sleep for Health


Menafaat Tidur mencukupi bagi Kesihatan




sha3622.blogspot.com

Tidur adalah aktifiti semulajadi pemulihan diri  disamping makan tidur akan membuat Anda merasa lebih baik, tidak hanya sekedar untuk pemulihan hati, atau mencegah lingkaran hitam dibawah mata. Orang dewasa untuk kesihatan memerlukan waktu tidur yang sempurna antara 7- 8 jam sehari untuk memberikan waktu bagi otot dan fikiran beristirahat, sementara itu hormon-hormon tertentu dapat bekerja hanya ketika kita tidur yang berkualitis dimalam hari, termasuk hormon pertumbuhan atau HGH,kerana begitu pentingya tidur bagi tubuh kita, maka kita perlu memastikan tidur kita mencukupi pada setiap malam agar dapat memperolehi menafaatnya secara maksimal.

Meningkatkan memori

Tahukah anda  fikiran anda sangat sibuk sewaktu sedang terjaga?. Sewaktu tidur kita akan memperkuat ingatan, dan mempraktikkan ketrampilan yang dipelajari sewaktu terjaga Jika Anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, baik secara  fizikal atau mental, maka selanjutnya Anda akan mempraktikkannya. Tetapi sesuatu terjadi saat Anda tidur, iaitu sesuatu yang membuat pelajaran Anda menjadi lebih baik.
Dengan kata lain,  jika Anda mencuba untuk mempelajari sesuatu, maka hasilnya akan menjadin lebih baik setelah Anda tidur.

Umur lebih panjamg

Terlalu banyak atau terlalu sedikit tidur dikaitkan dengan umur yang lebih pendek, meskipun belum jelas apa penyebab dan kesannya. Dalam sebuah kajian yang dilakukan terhadap wanita berusia 50 hingga 79 pada tahun 2010, kematian lebih banyak terjadi pada wanita yang tidur kurang dari lima jam atau lebih sedikit setiap malam.

Tidur mempengaruhi kualiti hidup.

Banyak orang yang menganggap remeh dengan waktu tidur. Namun faktanya, jika Anda memiliki tidur yang lebih baik, maka Anda pasti dapat hidup lebih baik.

Mencegah peradangan

Peradangan adalah keadaan yang sangat berkait dengan penyakit jantung, angin ahmar, kencing manis, arthritis, dan penuaan dini,kajianian menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur, enam jam tidur atau kurang setiap malam,  memiliki tingkat protein inflamasi dalam darah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka memiliki waktu tidur lebih banyak. Penyelidikan pada tahun 2010 menemuikan bahwa protein C-reaktif, yang berhubungan dengan risiko serangan jantung, lebih tinggi pada orang-orang yang memiliki waktu tidur malam enam jam atau lebih sedikit. Orang dengan masalah insomnia boleh mengalami peningkatan tekanan darah dan peradangan dengan penggunaan obat-obatan gangguan tidur.

lebih  kreatif

Tidur  yang berkualiti dapat  memperkuatkan ingatan, otak juga akan mengatur dan menyusun semula memori,  memberikan kita lebih  kreatif. Para pengkajii dari Harvard University dan Boston College menemukan bahawa sewaktu tidur dapat menguatkan komponen emosional memori, yang dapat membantu dalam proses menjadi kreatif.

Meningkatkan prestasi olahraga

Jika Anda seorang atlet, tidur mungkin adalah satu cara sederhana untuk meningkatkan prestasi Anda. satu kajian yang dilakukan diStanford University menemukan bahawa : Pemain sepak bola disebuah Universiti yang mencuba tidur sekurang-kurangnya 10 jam setiap malam selama tujuh hingga lapan minggu,kebanyaknya , tidak terlalu merasa letih disiang hari, dan lebih banyak memiliki stamina. Hasil kajian ini menunjukkan penemuan sebelumnya, iaitu  pada pemain tenis dan atlit renang.

Meningkatkan kualiti akademik

Anak-anak yang berusia antara usia 10 dan 16 yang memiliki gangguan pernafasan sewaktu tidur, diantaranya mendengkur, , dan jenis-jenis gangguan pernafasan sewaktua tidur, lebih cenderung memiliki masalah dengan perhatian dan pembelajaran – menurut sebuah kajian ditahun 2010 pada Journal Sleep. Hal ini boleh mengakibatkan  “gangguan yang ketara di sekolah,” menurut para  pengkajian
Dalam kajian lain, mahasiswa yang tidak mendapatkan cukup waktu tidur memiliki kualiti yang lebih rendah daripada mereka yang cukup tidur.
Bagi yang mencuba untuk memenuhi ketepatan masa, biasanya akan mengorbankan masa tidur.akan tetapi tidur yang tidak mencukupi jelas mengganggu pelajaran.

Mencegah hiperaktif pada anak-anak

Kurangnya tidur dapat menyebabkan gejala ADHD pada kanak-kanak.Kanak-anak tidak bereaksi seperti pada orang dewasa jika kurang tidur. Jika orang dewasa mengantuk, maka anak-anak cenderung menjadi hiperaktif jika kurang tidur 
Satu kajian pada tahun 2009 di jurnal Pediatrics menemukan bahawa kanak-kanak berusia tujuh dan lapan tahun yang mendapat kurang dari lapan jam tidur malam, lebih cenderung menjadi hiperaktif, lalai, dan impulsif. Para pengkajii  mengukur waktu tidur dengan mengukur perubahan listrik di otak. Jadi tidak menghairankan jika tidur mempengaruhi otak.

Memiliki berat badan yang sempurna

Jika Anda berfikir tentang diet menurunkan berat badan, Anda mungkin juga perlu untuk merencanakan waktu tidur lebih awal.
Para pengkaji di University of Chicago menemukan bahwa orang yang diet dengan waktu istirahat yang baik,  lebih banyak mengalami kehilangan lemak hingga 56% dari berat badan. kajian juga mendapati, orang yang mendapat sedikit tidur merasa lebih lapar. Tidur dan metabolisme tubuh dikendalikan oleh sektor yang sama dari otak, sehingga ketika Anda mengantuk, hormon tertentu dalam tubuh akan naik dalam darah dan mendorong nafsu makan.

Lebih rendah ( Ketegangan)

Dalam hal kesihatan, stress dan tidur merupakan 2 hal yang hampir bersatu, dan keduanya boleh mempengaruhi kesihatan jantung.
Tidur mencukupi dapat mengurangi tingkat stress,  dengan demikian orang yang dapat mengawalnya menjadikan tekanan darah mereka menjadi lebih baik. dipercayai juga bahawa tidur memiliki kesan dengan tingkat kolesterol, yang berperanan penting untuk penyakit jantung.,

Menghindari kecelakaan

The National Highway Traffic Safety Administration melaporkan pada hasil kajian ditahun 2009, bahawa kurangnya tidur menyumbang jumlah tertinggi kemalangan, bahkan lebih tinggi dari akibat pengaruh alkohol. Mengantuk seringkali diremehkan oleh kebanyakan orang, walaupun akibatnya sangat besar . Kurang tidur boleh mempengaruhi waktu reaksi dan pengambilan keputusan.
Kurang tidur walaupun hanya satu malam boleh merosak kemampuan mengemudi diri sendiri seperti halnya dengan minuman beralkohol.

Menjauhkan dari kemurungan

Tidur nyenyak tidak hanya sekedar untuk meningkatkan kualiti hati dan mereda kemarahan, tetapi juga sangat baiki bagi kesejahteraan kita secara keseluruhan.
Kurang tidur dapat menyebabkan kemurungan. Tidur malam yang berkualitai benar-benar dapat membantu orang yang kemurungan dan mengurangi kecemasannya. Anda akan mendapatkan lebih banyak penstabiliti emosil jika mendapatkan tidur yang baik.
Tidur yang baik harus diperolihi setiap hari. tidak boleh, jika waktu kurang tidur sebelumnya dikumpulkan dan digabungkan menjadi satu dengan tidur seharian pada hari minggu. Semuanya perlu keseimbangan.
Oleh itu pentingnya menafaat tidur bagi kesejahteraan hidup secara keseluruhan, sebaiknya hindari hal-hal yang boleh menyebabkan kesulitan untuk tidur . Hindari minuman berkafen sewaktu  menjelang tidur, dan pastikan tempat tidur Anda gelap dan selesa, atau hindari film menakutkan sebelum tidur.


TIDUR..... ROH DAN MIMPI


sha3622.blogspot.com


ketika tidur roh telah keluar sebahagian dari tubuh kita. Itu semua adalah mimpi!!!! Mimpi penuh dengan misteri dan terus diselubungi 1001 rahsia mimpi yang tidak mampu diungkap oleh sesiapa sehingga ke zaman ini. Bagaimana mimpi boleh menjadi teman setia manusia yang tidur.

Berbagai riwayat menceritakan pergerakan roh dan tidur ini. 

Riwayat al-Baihaqi daripada Abdullah bin Amru bin al-'As, katanya, "Roh dinaikkan ke langit semasa tidurnya dan disuruh sujud di Arash. Maka sesiapa yang bersuci maka dia sujud dekat Arash, dan sesiapa yang tidak bersuci maka dia sujud jauh dari Arash."
 

Syeikh Izzudin Ibn Abdul Salam katanya, "Allah melakukan mengikut kebiasaannya kepada roh orang yang masih hidup iaitu apabila ia keluar daripada jasad maka orang itu tidur. Pada ketika itu roh akan melihat apa yang dilihat semasa tidur. Jika roh itu naik sampai ke tujuh petala langit maka apa yang dilihat itu adalah benar kerana tiada jalan bagi syaitan untuk sampat kelangit. Tetapi jika apa yang dilihat oleh roh itu tidak sampai ke langit, maka ia adalah penglihatan yang dicampakkan oleh syaitan. Apabila roh itu kembali kepada jasadnya maka terjagalah tuannya daripada tidur."


Al-Syeikh Al-Suhaimi katanya, "Roh orang hidup itu memberitahu kepada hati akan apa yang dilihatnya." Makanya Syeikh Khalil Ibn Syahin dalam kitabnya al-Isyarat Fi Ilm al-Ibarat katanya, "Barang siapa yang mahu mendapat mimpi yang benar, hendaklah dinyatakan apa yang tersimpan dalam hatinya, kemudian tidurlah dalam keadaan berwuduk di atas perut kanannya dan menyebut nama Allah, dan membaca doa dan mengharapkan mimpi yang benar." 

Mimpi yang benar?


Al-Hakim, al-Tabrani dan al-Uqaili meriwayatkan daripada Ibn Umar kata-kata daripada Ali RA; "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Tiadalah seorang hamba sama ada yang lelaki atau wanita, yang mana apabila mereka tidur dengan sepenuh-penuhnya, yang mana apabila mereka dinaikkan rohnya ke Arash. Maka orang yang tidak sedar daripada tidurnya melainkan setelah rohnya sampai di Arash, itulah orang yang mimpinya benar. Dan orang yang terjaga daripada tidurnya sedangkan rohnya belum sampai ke Arash maka itulah orang yang mimpinya dusta." 

Jasad dan Roh Terikat?


Ketika tidur, roh dan jasad tidak terpisah tetapi ia berpanjangan dihidungnya. Ibn Mandah, menjelaskan ketika roh keluar dari tidur, ia berkelana mengikut kemahuan Allah SWT ke segala pelusuk negeri yang berpanjangan dari hidungnya. Jika roh keluar 100% daripada jasad manusia itu, maka manusia itu akan mati. Ketika roh berkelana, Allah SWT menunjukkan pada roh manusia tentang kepada segala kegiatan alam ghaib termasuk malaikat dan syaitan kepada roh manusia itu. Kemudian ia dikembalikan kepada badannya. Sebab itu lah kadang-kadang kita akan mengalami 'dejavu'. Iaitu pada satu-satu ketika yang realiti, kita seperti telah mengalami peristiwa itu, yang kita tidak pasti bila peristiwa itu berlaku. 

Tafsir (takwil) Mimpi?


Ibnu Qayim al-Jauziah, meriwayatkan mimpi boleh ditakwilkan atau dicari tafsirnya. Bagi ahli-ahli sufi, mimpi ditafsirkan melalui rahsia al-Quran. Bagi mereka yang tidak tahu, al-Quran merupakan Kalam Allah terdiri 11 pintu perbendaharaan rahsia yang perlu diterokai dan salah satunya ialah Qalam Takwil Mimpi iaitu rahsia ke-9, mukjizat Al-Quran. 

Walau bagaimanapun, individu yang mampu memiliki dan menafsir ilmu mimpi bukan calang-calang orangnya iaitu orang yang mempunyai keperibadian yang amat baik di dunia dan akhirat. Berlandaskan kesucian hati dan amal individu itu. Serta lengkap sempurna amalnya dan sentiasa dibantu oleh cahaya Allah SWT serta pengetahuan yang amat baik tentang setiap rahsia makhluknya.


Al-Quran sebagai Qalam Takwil Mimpi, adalah sifat al-Quran yang paling lembut, paling umum ia merangkumi aktiviti yang paling luas meliputi perkara sebelum, semasa dan selepas yang melibatkan semua perkara di langit dan di bumi. Ketika tidur, roh sebenarnya telah dituliskan takdirnya berdasarkan kepada Qalam ini yang telah diwujudkan 50,000 tahun sebelum sesuatu perkara berlaku di dunia, dan sekali lagi ditetapkan ketika 40 hari pertama dan 40 hari ketiga.Jika orang kata mimpi itu mainan tidur, amat betul kerana tidak betul adab tidurnya. Tetapi jika betul adabnya sebelum tidur, setiap hari orang itu akan mendapat petunjuk-petunjuk untuk memandu arah hidupnya pada esok hari sehingga mati. Kerana ketika tidur yang beradab, akan disampaikan mimpi yang benar dan telah tertulis untuk dijadikan peringatan. Wallahu A'lam.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Rabu, 29 Oktober 2014

10 Khasiat Oat untuk Kesihatan - The Oatmeal nutrition for health

http://sha3622.blogspot.com
Ahli kesihatan menyarankan pesakit kencing manis dan jantung untuk mengambil oat, kerana khasiatnya dalam membantu menjaga kadar kolesterol dan gula dalam darah tetap normal. Selain kandungan serat yang tinggi, oat juga mengandungi magnesium, protein, fosfor dan vitamin B1 (thiamin), yang berperanan penting dalam mengeluarkan tenaga.
Oat atau  gandum mengandungi serat yang tinggi dimana ianya membantu menjaga kadar kolesterol dan gula tetap normal.


1. Mencegah Kegemukkan (Obesitas)

Oat sangat kaya dengan serat,ianya akan membuat Anda lebih kenyang  untuk jangka waktu yang lebih lama. Serat meningkatkan kelikatan kandungan perut dimana ia akan mengambil masa yang lama untuk mengosongkannya, merasa kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama juga akan mencegah keinginan untuk mengambil makanan manis atau masin sepanjang hari.Kajian telah mengaitkan hubungan rendahnya risiko kegemukkan pada anak-anak yang rutin memakan oat.



2. Mengurangi Resiko Asma

Kajian menyatakan bahawa pengambilan oat terhadap kanak-kanak  dapat mengurangkan risiko asma. Dalam kajian yang sama, ikan dimakan dengan oat juga membantu mencegah radang membran mukus dalam hidung. 



3. Menurunkan kolesterol

Menafaat oat yang berikutnya adalah dapat membantu menurunkan kolesetrol. Oat merupakan sumber makanan yang kaya serat larut, yang juga ditemui pada apel, pir dan prunes. Serat larut menghalang badan menyerap kolesterol LDL, dikenali sebagai kolesterol yang tidak baik. Satu setengah cawan   oat mengandungi lebih daripada lima gram serat yang cukup untuk mengurangkan tahap kolesterol anda.
sha3622.blogspot.com


4.Mood -  Suasana hati

Sesetengah makanan boleh mencipta suasana hati yang buruk (moody), tetapi tidak dengan oat. Sarapan oat yang mengandungi vitamin B6 adalah tepat untuk membuat badan berehat dan memperbaiki mood yang buruk.



5. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh 

Oat mengandungi beberapa jenis serat yang disebut serat beta-gluten . Serat ini mampu melindungi  terhadap penyakit jantung dan juga menguatkan sistem imiun. Hal ini membantu sel-sel kekebalan tubuh dalam mencari dan memperbaiki daerah pada bahagian tubuh yang terserang jangkitan bakteria.



6. Membersihkan Usus Besar

Membersihkan usus besar membantu tubuh dalam banyak hal, termasuk mengurangi risiko kanser. Ingat semua bahwa kandungan serat yang tinggi ada pada oat ianya juga baik untuk membantu menjaga usus besar agar tetap bersih dengan memaksa sisa makanan keluar dari usus besar. dan itu dapat meningkatkan kesihatan .



7.  Mengurangi Resiko Hipertensi

Kandungan serat yang tinggi pada oat bukan hanya menawarkan menafaat kesihatan terhadap jantung, tetapi juga menurunan risiko tekanan darah tinggi. disarankan untuk wanita menopause, yang cenderung berisiko mengalami tekanan darah tinggiperlu makan sekurang-kurangnya enam hidangan oat atau lain-lain bijirin setiap minggu. Penyelidikan menunjukkan bahawa lelaki boleh mengurangkan risiko kegagalan jantung jika memakan satu mangkuk bijirin gandum atau oat setiap hari.



8. Mencegah Kanser

Menafaat dari oat ini memang luar biasa. , Oat dapat menjadi ubat penyembuhan kanser, oat mengandungi banyak serat larut dan fitokimia yang membantu tubuh untuk melawan asid hempedu dan toksisitasnya, yang membantu untuk menurunkan resiko kanser seseorang.


sha3622.blogspot.com

9. Meningkatkan Sistem Imun

Oat mengandungi serat yang bernama beta glucan yang  mampu melawan virus, bakteri, dan parasit. Sehingga bila kita mengambil oat sama dengan meningkatkan sistem imun tubuh kita.



10. Bagus Untuk Kulit 

Selain dimakan, oatmeal juga boleh dijadikan resep masker alami. Masker oat paling sesuai digunakan untuk kulit gatal, kering, dan iritasi. 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Rabu, 22 Oktober 2014

Kapur sirih - Berbagai khasiat dan kegunaan - Various nutrients and uses of betel leaves whiting meal

http://sha3622.blogspot.com

kapur yang satu ini tidak berasal dari tanaman sirih. Kata “sirih” melekat oleh 
sebab kapur tersebut lazim digunakan sebagai pelengkap daun sirih dan pinang dalam budaya mengunyah sirih. Pada hakikatnya, sama seperti jenis kapur lainnya, kapur sirih juga berasal dari batu kapur , ianya direndamkan didalam air sekurang-kurangnya seminggu ( 7-8 hari ) hasil rendaman tersebut maka terbentuklah endapan lumpur kapur,  inilah yang dikenali dengan kapur sirih atau kapur malkan . Meski demikian, jenis batu kapur sirih tidak sama dengan kapur bahan bangunan. 
Kapur sirih merupakan jenis yang boleh dimakan. Menafaat kapur sirih cukup beragam, mulai dari sebagai campuran pinang dan daun sirih hingga penghalang timbulnya ketuat dan kanser pada kulit, selain itu, dengan mencampurkannya dengan air akan diperoleh larutan yang juga memiliki banyak khasiat terutama dalam bidang masakan Air kapur sirih sudah lazim digunakan dalam industri makanan sebab secara klinikal baik untuk diambil.
Kapur sirih atau kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada makanan/kuih tersebut.
Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya dalam kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang.
Cara Memperoleh Air kapur Sirih
Bahan yang diperlukan adlah sejumlah kapur sirih dan air bersih. Siapkan pula bekas untuk mencampur kedua bahan ini. Langkah pertama adalah menaruh kapur sirih dalam bekas samaada mangkuk atau gelas. Selanjutnya, tuangkan sedikit demi sedikit air, jumlah air harus dua kali dari kapur sirih. Jadi jika kapur sebanyak 250 gram, maka airnya sebanyak 500ml. Setelah air dituang, adunlah hingga benar-benar rata, Jangan sampai ada serbuk kapur sirih yang menggumpal. Setelah itu biarkan campuran air dan kapur sirih tersebut sekejap,biasanya dalam jangka waktu lebih kurang  30 minit akan terbentuklah endapan kapur. Endapat tersebut mengumpul di lapisan paling bawah bekas. Sementara itu, lapisan atas adalah air. Lapisan atas tersebutlah yang disebut dengan air kapur sirih. Jika Anda menginginkan kualitas air yang lebih jernih dan bersih, sebaiknya dibiarkan seinggai sehari semalam. dengan demikian,ianya bebas dari rasa pahit dan kelat rasa kapur sirih.
http://sha3622.blogspot.com


Kapur Makan atau kapur Sirih mengandungi beberapa khasiat antaranya .

  1. Penyakit sengal tulang (Rhumatizam), dilumur pada bahagian yang sakit menurut keperluan.
  2. Menghentikan darah dari hidung, disumbat kapur bersama daun siri ke dalam lubang hidung yang berdarah.
  3. sha3622.blogspot.com
  4. Sakit kepala sebelah, makan sedikit kapur bersama secawan air.                                   
  5. Cirit birit, minum air bercampur kapur makan.
  6. Mengelak darah keluar ketika luka, sapu kapur ketempat luka.
  7. Sakit gigi berlubang, masukkan sedikit kapur ke dalam gigi yang sakit berlubang itu.
  8. Memecah bisul, dilumur pada bisul berulang kali hingga pecah. (mujarab sebab kapur bersifat panas).
  9. Menghilangkan uban penyakit, menyapunya dikepala. Kalau uban tua tak boleh                        
  10. Mematikan keinganan seks, dengan mencium kapur tersebut.
  11. Mencairkan air mani, kalau memakannya bersama air.
  12. Memudahkan sistem penghadaman, garam direndam dalam air bersama kapur diminum 1 gelas pada waktu malam.
  13. Mengatasi deman taifoid (kepialu), diminum air bercampur kapur.
  14. Mengatasi selsema, daun dan bunga mekarnya dititikkan ke dalam hidung sesudah dikisar.
  15. Melancarkan peredaran darah, dengan memakannya bersama 1 gelas air.
  16. Mengatasi nanah pada luka, minyaknya disapu pada luka.
  17. Mengatasi radang gusi, memakanya bersama makanan lain.
  18. Mengatasi lelah/asma, daun pokok kapur dimasak dan dimasukkan ke dalam minyak, disapu pada dada.
  19. Penyakit gatal, disapu pada bahagian yang gatal.
  20. Penyekat bisa ular, tanda dengan kapur pada tempat kena patuk ular dengan bacaan jampi tertentu. (mujarab)
  21. Sakit perut kembung, conteng kapur pada perut dengan jampi dari Tok Ki (Deguh Gedegah, Kucing di dapur, kembung segah, conteng dengan kapur) 
  22. Merangupkan Goreng pisang, dicampur bersama tepung goreng pisang 
  23. Mencuci perut lembu, dibasuh bersama kapur hingga bersih.  – mencuci kulit untuk dibuat gendang 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Isnin, 20 Oktober 2014

Buah Pinang meningkatkan stamina lelaki dan untuk Pengubatan - Betel palm nut increase the stamina of men and for Medication

http://sha3622.blogspot.com
Buah pinang atau betel Palm adalah buah yang memiliki ciri-ciri pohon yang tinggi lurus dengan ketinggian hingga 25 meter. Pokok pinang juga memiliki  pelepah  yang panjang hingga 80 cm dengan bentuk yang menyerupai tabung.Bahagian hujung dari daun pinang ini  dilihat terkoyak
Pokok yang  dengan ketinggian sekitar 1400 meter di atas permukaan laut ini ternyata dimenafaatkan pula untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Buah pinang mengandungi berbagai zat yang sangat bermenafaat untuk kesihatan seperti arecolidine, arecaidine, guvacoline, guracine dan berbagai sebatian lainnya. Selain buahnya yang bermenafaat, bijinya juga bermenafaat untuk merangsang otak , ianya juga menyebabkan ketagihan dan memilki kandungan alkaloida yang juga bermenafaat seperti arekaina dan arekolina
Menafaat Buah Pinang - Buah Pinang sudah tidak di ragukan lagi akan menafaatnya  kerana khasiatnya yang sangat beragam,  Buah pinang memiliki Nama Latin Areca catechu dan dalam bahasa Inggris buah ini di kenali dengan nama buah Betel palm atau Betel nut tree, hal ini kerana Pinang merupakan jenis palma yang tumbuh di daerah Pasifik, Asia dan Afrika bahagian timur.
sha3622.blogspot.com


Menafaat Dan Khasiat Buah Pinang Untuk Kesehatan

Keluar Darah Berlebihan
Air rebusan biji pinang juga digunakan untuk mengatasi penyakit seperti haid dengan darah berlebihan, hidung berdarah (pecah lindung),  bisul, kudis dan cirit-birit
 
Sakit pinggang
Ambil beberapa lembar daun pinang. Tumbuk daun tersebut dan panaskan. Daun pinang yang tenah ditumbuk diletakkan di tempat yang sakit.

Kudis
Parut satu biji buah pinang. Campur dengan seperempat sudu teh kapur sirih dan air secukupnya. sapukan dibahagian yang sakit.

Diphtheria

Siapkan dua biji buah pinang kemudian rebus dalam dua gelas air. biarkan hingga berbakii 1 1/2 gelas. Tambahkan satu sudu makan madu dan adun sama rata. Minum perlahan-lahan untuk menyembuhkan Diphtheria.

Mengecilkan Rahim
Biji pinang muda digunakan kaum wanita untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Caranya masak buah pinang muda lalu airnya diminum hingga rahim kembali ke bentuk normal.

Rabun Mata
Untuk mengobati rabun mata. Cukup dengan langsung dikunyah dan airnya ditelan.

Meningkatkan gairah
Meningkatkan gairah seks kaum lelaki. Khasiat ini di ketahui kerana di dalam pinang terkandung arekolin. Ambil satu biji buah pinang yang belum keras. Potong kecil-kecil kemudian kunyah dan makan. Cara lain, ambil satu biji buah pinang kemudian hancurkan dan rebus dalam dua gelas air. Tunggu sampai menjadi satu gelas. Keduanya memiliki khasiat yang sama.

Mengubati luka kulit. 
Caranya, isi buah pinang yang masih muda ditumbuk hingga halus, lalu ditempelkan pada bahagian tubuh yang terluka.

Ubat cacing
Siapkan seperempat potong buah pinang, setengah jari temulawak, dan setengah jari kunyit kesemua bahan tersebut direbus kemudian ditapis. Minum air hasil tapisan tersebut untuk mengatasi masaalah cacing.

Menguatkan gigi dan gusi
Ambil beberapa biji buah pinang, hIris menjadi beberapa bahagian, kemudian kunyah hasil hirisan tersebut.Dalam kehidupan sehari-hari, selain kunyahan sirih , pinang dimenafaatkan sebagai ubat tradisional untuk menguatkan gigi dan gusi. Caranya dengan mengunyah hirisan biji buah pinang. Menurut Prof Unus, pakar bioteknologi dan agroindustri dari Institut Teknologi Bandung yang juga warga asli Sunda.kebiasaan ini juga diterapkan masyarakat pedalaman di India, Pakistan, Nepal, Hongkong, dan Taiwan

sha3622.blogspot.com

Mengubati telinga bernanah. 
Caranya, ambil akar buah pinang muda secukupnya, tumbuk hingga halus, perah airnya. Bersihkan terlebih dahulu telinga anak yang sakit dengan kapas, setelah itu dititis dengan air perahan pinang di bahagian telinga yang sakit sebanyak 3 titis. Sumbat telinga dengan kapas agar air titisan tidak mengalir keluar. Lakukan setiap hari secara rutin hingga sembuh.



mengambil buah pinang akan memberi stamina yang mantap. Buah Pinang juga bermenafaat bagi yang sudah berkeluarga, yakni untuk meningkatkan stamina lelaki dewasa. Caranya dengan dibuat jus. Pertama siapkan buah pinang lalu pisahkan dari kulitnya. Setelah itu, campurkan dengan kuning telur, madu dan susu lalu dikisar hingga halus.  sebaiknya jus ditapis terlebih dahulu sebelum diminum.


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.