Jumaat, 7 Februari 2014

Bekam & Homeopathy

Bekam


Gambar Titik Bekam Nabi dan Khasiatnya


Umat Islam mempunyai satu kaedah kesehatan iatu Thibbun Nabawi. Thibbun Nabawi atau pengobatan ala Nabi itu memiliki cakupan yang luas bukan hanya meminum madu, zaitun, kurma atau bekam saja. Thibbun Nabawi mencakup nilai hidup yang harus diketahui oleh seorang Muslim seperti bersedekah, sholat Tahajud, membaca AlQuran dan sebagainya.



Semua hal sunnah dan wajib jika dikerjakan bukan saja bernilai pahala tapi juga bermanfaat untuk kesehatan. Bekam merupakan jalan menuju kesehatan. Dengan melakukan bekam secara rutin sebulan sekali atau sesuai sunnah Nabi maka kebugaran dan kesehatan akan mudah kita raih dan hilanglah semua potensi penyakit yang ada dalam tubuh kita. Inilah Khasiat bekam sebenarnya.






Sebagai gambaran kami berikan beberapa gambar titik titik bekam Nabi semoga bermanfaat...


         Gambar Titik Bekam Nabi dan Khasiatnya






Titik Bekam Hijamah Sunnah Nabi






Titik Bekam Asam Urat

Gambar Titik Bekam Nabi dan Khasiatnya 




Titik Bekam Kepala atau Ummu Mughits





Homeopathy


 Apakah Perubatan Homeopathy?

Sistem perubatan Homeopathy berlandaskan hukum alam semulajadi. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi menyembuhkan pesakit. Homeopathy memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya mengubat pesakit dan bukannya penyakit itu sendiri.

Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain seperti Allopathy, Aromatherapy dan Physiotherapy (yang diamalkan di hospital-hospital di negara kita hari ini).
  Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi’i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.
Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah.

Kenapa Ubat Homeopathy Tidak Boleh Ditelan?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air suling dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air suling ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Untuk dijadikan 2 c potensi, hendaklah diambil 1 titik ubat yang telah dilarut tadi dan dicampurkan pula dengan 99 titik air sulin dan digoncang sebanyak 100 kali untuk dijadikan 2 c potensi. Begitulah seterusnya sehingga tercapainya 30c potensi atau 200 c potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy,tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiri ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah atau diatas lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan