Ahad, 18 Januari 2015

Khasiat jagung yang sangat perlu diketahui - Efficacy of corn which is very important to note

http://sha3622.blogspot.com


Jagung adalah salah satu tanaman yang menghasil karbohidrat yang terpenting 
didunia, selain gandum dan padi.  Penggunaan lainnya adalah sebagai sumber 
minyak dan bahan dasar tepung maizena. Berbagai produk hasil jagung menjadi 
bahan berbagai produk industri. di antaranya adalah bioenergi, industri kimia, 
kosmetika, dan farmasi.

jagung merupakan tanaman model yang menarik. Sejak awal abad ke-20, 
tanaman ini menjadi objek kajian yang intensif. Secara fisiologi, tanaman ini 
tergolong tanaman C4 sehingga sangat efisien memanfaatkan sinar matahari. 
Sebahagian jagung juga merupakan tanaman jangkai pendek yang 
pembungaannya terjadi jika mendapat penyinaran di bawah penyinaran 
matahari tertentu, biasanya 12,5 jam Jagung adalah makanan yang boleh 
diolah menjadi berbagai macam jenis masakan iaitu boleh  direbus, dipanggang, 
atau ditumis, jagung  memberi banyak menafaat kesihatan. iaitu .

 Melancarkan pencernaan

Jagung kaya akan serat yang membantu proses pencernaan. Menurut kajian, 
satu batang jagung sudah memenuhi keperluan 10 persen serat setiap hari.

Baik bagi ibu hamil
Ibu hamil perlu mengabil jagung sebab ianya  kaya dengan asid folat dimana 
asid folat  adalah zat yang diperlukan untuk menurunkan risiko kecacatan bayi .

Menyihatkan mata
Mengambil jagung setiap hari juga mampu menyehatkan mata sebabnya jagung mengandungi carotenoid yang menurunkan risiko kerosakan mata pada warga 
tua.

Menyihatkan jantung
Organ-organ lain yang mendapat manfaat jika memakan jagung adalah jantung. 
Seperti kegunaannya pada mata, carotenoid yang terakhir jagung memainkan 
peranan dalam mengurangkan risiko penggumpalan arteri.

Kaya kalori dan vitamin
Setiap 100 gram sajian jagung, ada 342 kalori yang terkandung di dalamnya. 
Jagung juga kaya akan vitamin B kompleks yang menjaga kesihatan saraf.

Kaya mineral
Beberapa mineral yang terkandung dalam jagung adalah magnesium, mangan, 
zat besi, tembaga, zink dan selenium. Seluruh mineral tersebut berperanan dalam 
menjaga kesihatan tubuh secara keseluruhan.
sha3622.blogspot.com


Mencegah anemia (kekurangan darah)
Jika terserang anemia, mungkin pengambilan jagung perlu ditingkatkan. Sebabnya anemia biasanya disebabkan oleh kondisi kekurangan vitamin B12, asid folat, 
dan zat besi.

Mengawal kencing manis (diabetes)
Menafaat mengejutkan dari jagung bagi kesihatan berikutnya adalah mengawal 
kencing manis. disebabkan ada sebatian tertentu dalam jagung yang mampu 
menurunkan risiko serangan penyakit ini.

Melawan kanser
Jagung kaya dengan antiokssidan yang ampuh melawan beberapa jenis kanser, 
misalnya kanser payudara dan kanser hati. Jagung mampu peranan dalam 
membunuh sel kanser tanpa menyakiti sel sehat dalam tubuh.

Menyihatkan kulit
Jagung dalam bentuk minyak adalah produk kecantikan yang banyak ditemui 
dipasaran. Minyak jagung memang mempunyai kemampuan dalam menyihatkan
kulit secara semulajadi.Itulah berbagai menafaat  jagung bagi kesihatan.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan