Jumaat, 2 Mei 2014

Fungsi Kelenjar Adrenal,kelenjar tiroid dan Kelenjar Paratiroid

Fungsi Kelenjar Adrenal


Kelenjar adrenal berfungsi melepaskan berbagai hormon ke dalam tubuh. dua hormon penting yang dilepaskan kelenjar adrenal adalah kortisol dan adrenalin.
Kelenjar adrenal juga berperanan memengaruhi organ reproduksi, berperanan dalam metabolisme, dan memproduksi tindak balas sistem saraf simpatik.
Kelenjar adrenal terletak di atas buah pinggang yang terdiri atas dua bahagian iaitu medula dalam (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex).
Medula dalam menghasilkan epinefrin (adrenalin) sementara korteks luar menghasilkan kortisol.

Fungsi Kortisol
Kortisol adalah hormon steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan badan sepanjang tempoh tekanan oleh sebab itu, kortisol disebut juga sebagai “hormon stress”.
Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan protein  peranan dalam mengawal  badan dalam penggunaan zat .
Kortisol boleh menyebabkan penambahan berat badan daalam due keadaan.
Pertama, kortisol memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut, dan kedua, kortisol meningkatkan nafsu makan.

Kesalahfahaman
Sebahagian orang berpendapat mempercepatkan pelepasan kortisol dapat menurunkan berat badan. S3benarnya tidaklah demikian. Peningkatan berat badan tidak hanya disebabkan oleh kortisol.
Usaha penurunan berat badan harus diiringi dengan pemberian zat yang tepat, senaman yangteratur, cukup tidur, dan mengurangi gejala stress

kesan Kortisol
Pengeluaran kortisol yang berpanjangan menyebabkan hipoglikemia dan boleh  melemahkan sistem kekebalan tubuh.
kesan pada sistem kekebalan tubuh inilah yang menyebabkan kortisol digunakan untuk mengubati alahan akibat sistem Imiun (kekebalan) yang hiperaktif.

Fungsi Adrenalin
Lapisan luar (korteks) dari kelenjar adrenal menghasilkan kortisol, sedangkan lapisan dalam (medula) menghasilkan epinefrin yang juga dikenal sebagai adrenalin.
Epinefrin (adrenalin) bekerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan denyut jantung. Adrenalin juga mendorong metabolisme karbohidrat.
Ketika sistem saraf pusat melihat adanya situasi berbahaya , adrenalin akan dilepaskan.
Adrenalin meningkatkan denyut jantung, melebarkan otot-otot kaki, dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glokos.
Peningkatan aliran darah dan tenaga mempertinkatkan pengiriman oksigen dan glukos ke otot dan otak.
Manfaat Adrenalin
Epinefrin (adrenalin) boleh digunakan untuk mengubati serangan jantung dan/atau disritmia jantung.


kelenjar tiroid

fungsi kelenjar tiroid dan gangguannya


Semua kelenjar menghasilkan hormon yang sangat penting bagi tubuh manusia. Salah satunya adalah kelenjar tiroid yang berfungsi mengatur kecepatan pembakaran tenaga dalam tubuh. Kelenjar ini juga berfungsi membuat protein dan mengatur sensitivit tubuh terhadap hormon yang lain. Menurut kajian, lokasi organ ini ada di bahagian depan leher bertepatan dibawah pita suara dan berbentuk seperti kupu-kupu.

kelenjar tiroid gambar

Kelenjar tiroid tergolong sebagai kelenjar endonkrin yang menghasilkan hormon tertentu. Hormon ini diperlukankan tubuh manusia untuk menangani masaalah tertentu. Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid adalah tiroksin, kalsitonin dan triodotironin. Dua hormon tersebut berfungsi untuk metabolisme tubuh ketika berada di dalam darah. Hormon ini membuatkan sel tubuh untuk lebih banyak mengubah glukosa menjadi glikogen. Hal ini membuat fungsi hormon ini sangat penting. Jika hormon yang dihasilkan kelenjar tiroid kurang dari yang diperlukan, maka tubuh akan cepat letih, kulit kering dan berat badan bertambah. Namun jika sebaliknya terjadi, maka tubuh akan mudah berkeringat dan berat badan menurun mendadak. 
Kelenjar tiroid ini memang asing bagi masyarakat awam pada umumnya, meskipun fungsinya penting. Kurangnya pengetahuan ini mengakibatkan masyarakat tidak mengerti jika mengalami gangguan kelenjar tiroid dan baru hendak berjumpa dokter setelah keadaannya menjadi kronik. Salah satu yang sering berkait dengan gangguan kelenjar tiroid adalah penyakit bengok. Penyakit ini membuat leher seseorang membesar, sebenarnya disebabkan oleh pembengkakan kelenjar tiroid yang memang terletak dileher, gangguan ini termasuk gangguan yang berhubungan dengan ukuran kelenjar. Kelainan pada kelenjar tiroid pada kanak-kanak dapat menyebabkan pertumbuhan berhenti, daya ingat dan pikir menurun bahkan kematian.
Menurut statistik, gangguan kelenjar tiroid paling banyak terjadi pada wanita daripada lelaki. Jumlahnya boleh mencapai lima kali  lebih banyak. Ini berarti kaum wanita harus lebih waspada terhadap penyakit yang disebabkan kelenjar tiroid. Salah satunya adalah dengan mengenali gangguan pada organ  pada bahagian luaran leher. Jika pada bagian depan leher nampak membengkak atau ada tonjolan yang tidak normal, maka anda perlu berwaspada. Meskipun belum pasti, ini adalah pertanda adanya kelainan pada kelenjar tiroid, apa yang harus dilakukan berjumpa dokter untuk mendapatkan pemeriksaan dan perawatan


Kelenjar Paratiroid



  • Berjumlah empat  terletak di belakang kelenjar tiroid
 
Gambar 12. Kelenjar Paratiroid

  • Kelenjar ini menghasilkan parathormon (PTH) yang berfungsi untuk mengatur konsentrasi ion kalsium dalam cairan ekstraseluler dengan cara mengatur : absorpsi kalsium dari usus, ekskresi kalsium oleh ginjal, dan pelepasan kalsium dari tulang.
  • Hormon paratiroid meningkatkan kalsium darah dengan cara merangsang reabsorpsi kalsium di ginjal dan dengan cara penginduksian sel–sel tulang osteoklas untuk merombak matriks bermineral pada osteoklas untuk merombak matriks bermineral pada tulang sejati dan melepaskan kalsium ke dalam darah
  • Jika berlebihan hormon ini akan mengakibatkan kadar kalsium dalam darah meningkat, hal ini akan mengakibatkan terjadinya endapan kapur pada ginjal.
  • Jika kekurangan hormon menyebabkan kekejangan disebut tetanus.
  • Kalsitonin mempunyai fungsi yang berlawanan dengan PTH, iaitu berfungsi menurunkan kalsium darah.
Fungsi umum kelenjar paratiroid adalah:
1. Mengatur metabilisme fosfor 
2. Mengatur kadar kalsium darah

Khamis, 1 Mei 2014

Khasiat Pengurutan Untuk Kesihatan

Khasiat urut Untuk Kesihatan


-
Mengurut umpama candu yang mampu membuat kita menjadi ketagihan.  Sebab setelah diurut terasa penat dalam tubuh mendadak hilang. sebenarnya bukan itu sahaja manfaatnya. Berikut adalah manfaatkesehatan dari pemijatan yang benar:
  • Meregangkan dan melegakan otot,yang boleh meringankan pergerakan dan sendi kita.
  • Memudahkan aliran darah dan kelenjar getah bening.
  • Tekanan pada urutan juga mampu merangsang kelenjar kulit untuk menjaga suhu dan kelembapan kulit.
  • Membantu tubuh dalam melepaskan beberapa unsur kimia tertentu sehingga tubuh menjadi relaks karena telah membuang racun yang terbentuk pada waktu otot bekerja.
  • Menguatkan sistem kekebalan tubuh, karena urutan mampu menghancurkan asid latik membuatkan peredaran darah menjadi lancar. Keadaan ini akan merangsang pengeluaran hormon endorfin yang gunanya membuat tubuh lebih segar, sekaligus menguatkan imiunisasi tubuh. sebab itulah dalam dunia olahraga, urutan sangat diperlukan bagi para atlet.
  • Menurunkan tekanan darah, memperlambat denyut jantung.
  • Meredakan ketegangan sakit kepala.

  • Manfaat urutan bagi mental:
    1. Membuat fikiran menjadi tenang atau rileks
    2. Mengurangi ketegangan jiwa dengan demikian juga menenangkan fikiran.
    3. Meningkatkan keupayaan untuk berfikir lebih mendalam.

    Manfaat urutan bagi emosi:
    • Memenuhi keperluan dasar akan sentuhan. Sentuhan adalah salah satu keperluan mendasar setiap manusia,selain daripada keperluanu lain iaitu makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Sentuhan dapat dianggap sebagai khasiat yang disampai melalui kulit, dengan banyak cara berbeza dengan: memegang, memeluk, membelai, mengurut dan lain-lain. Seperti halnya sentuhan ibu terhadap bayinya, suami terhadap isterinya.
    • Meningkatkan perasaan yang menyenangkan, mengurangi keteggangan yang ringan.
    • Meningkatkan citra diri.
    • Mengurangi tingkat kecemasan.
    • Meningkatkan kesadaran akan hubungan fikiran-tubuh.

    Mengurut tidak boleh dilakukan untuk beberapa situasi, antara lain:
    • Radang urat  / trombosis.
    • Varises parah.
    • Keadaani  radang kulit, isu lembut, atau sendi.
    • Bahagian yang mengalami perdarahan atau kerosakan tisu yang teruk..
    • Tekanan darah yang tidak teratur.
    • Kejang.
    • Herniated disc atau penonjolan organ secara tifak normal pada tulang belakang.
    • Baru saja mengalami patah tulang
    • Menderita beberapa jenis kanser.

    Urutan dimasa mengandung

    Urutan dimasa mengandung adalah disaranlkankan.kerana ianya adalah suatu perawatan yang sangat baik sebelum ibu melahirkan, tetapi harus dilakukan dengan cara yang betul.

    Gunakan minyak angin yang ringan  Hindari penambahan minyak esensial, yang mungkin memiliki efek buruk pada janin. Safflower oil adalah minyak yang tidak berwarna dan rasanya tawar, berasal dari tumbuhan saf flower (Carthamus tinctorius) biasanya digunakan untuk menangani demam atau hidung berair dan melancarkan hidung tersumbat.

    Manfaat urutan sewaktu mengandung, antara lain:
    • Lebih selesa.Pengurutan membantu mengurangi ketegangan di leher dan bahu dan di bahagian bawah.punggung
    • Peng.urutan meminimalkan keletihan dan meningkatkan aliran tenaga 
    • Peng.urutan melancarkan pengaliran darah. .Pengurutan dapat membantu menguatkan imiun pertahanan tubuh.
    • Pengurutan membantu mengurangi pembengkakkan pada pergelangan kaki dan kaki yang sering terjadi sewaktu menganddung.
    • Pengurutan membantu mengurangi rasa sakit akibat bengkak ligamen dan mengurangi kecenderungan untuk kejang yang mungkin terjadi pada bulan kelima kehamilan.
    • Pengurutan meningkatkan kelenturan kulit dan dapat membantu mencegah tanda di kulit akibat peregangan..

Selasa, 29 April 2014

Fakta ( Info )


klik Ditajuk

Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur 
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.


Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.


Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.


Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.


Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.


Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.


Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.



Mata manusia

Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari..Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.
Info Kalajengking 
Ada lebih dari 2,000 spesies kalajengking berbeza di bumi ini. Ekor kalajengking memiliki alat penyengat dengan kelenjar racun di dalamnya. 40 sampai 50 spesies diantaranya bahkan memiliki racun yang mampu untuk membunuh seorang manusia.   

Mata manusia
Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari..Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.


Isnin, 28 April 2014

Perubatan Homeopathy

Homeopathy


Berasal dari Bahasa Greek, ”Homeos” yang bermakna serupa, dan “pathos” yang bererti penyakit. Homeopati adalah sebuah seni penyembuhan yang berdasarkan pada hukum persamaan dengan tujuan memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya
Prinsip Dasar Homeopathy
Prinsip dasar homeopaty adalah “Similia Similibus Curentur” yang maksudnya serupa menyembuhkan yang serupa. Bermaksud homeopati bekerja dengan prinsip bahwa penyakit dapat disembuhkan oleh bahan yang sama yang mungkin telah menyebabkan timbulnya penyakit tersebut, dengan cara dipotentisasikan. Penjelasannya seperti berikut :
”Serupa dapat menyembuhkan yang serupa”, maksudnya bahwa bahan yang digunakan untuk menyembuhkan orang yang sakit adalah bahan yang telah dipotentisasikan yang apabila bahan ubat yang telah dipotentisasikan tersebut diberikan pada orang yang sehat akan menampakkan gejala yang sama dengan gejala yang ada pada orang sakit. contohnya, Allium Cepa (bawang merah), apabila kita iris, dia akan menyebabkan mata merah dan hidung berair. Dengan demikian,kesimpulnya bahwa bawang merah adalah ubat yang tepat untuk orang yang mengalami gejala mata merah dan hidung berair. Contoh lain dapat kita ambil dari buah durian. Apabila kita makan buah durian terlalu banyak, maka tubuh kita akan panas, dan untuk menghilangkan panas tersebut, kita minum air dari kulit durian tersebut.

Sejarah Homeopathy
Prinsip dasar homeopati sebagai sistem pengobatan awalnya diperkenalkan oleh seorang tabib ‘Hoppocrates’(300 sm) yang dikenal dengan prinsip “The Father of Medicine”. Ia menulis “ melalui zat yang sama penyakit dapat ditimbulkan dan melalui zat yang sama juga penyakit dapat disembuhkan”. ditemui kembali oleh Samuel Hahnemann, seorang dokter kebangsaan Yunani yang lahir pada 10 April 1753, dan meninggal ada 2hb  Julai 1843,
Sistem pengobatan homeopathy bermulal dari rasa tidak puas Samuel Hahnemann dengan sistem pengobatan alopati yang sudah dia pelajari sejak masa pembelajarannya di Fakulti Kedokteran di Jerman. Dia menganggap ubat yang diberikan kepada orang yang sakit mempunyai efek samping karena mengandung zat kimia yang membahayakan bagi tubuh.
Pada tahun 1790 Dr.Hahnemann menterjemahkan sebuah buku berbahasa inggris karangan Dr.Cullen yang berjudul “ Cullen’s Materia Medika” ke dalam Bahasa Jerman. Dia menemukan teori yang berhubungan dengan aksi kulit pohon kina dalam mengatasi malaria. Dia tertarik untuk mengkaji penemuan tersebut, kemudian kulit pohon kina dimakannya, hasilnya dia terkena gejala malaria. Kemudian dipotentisasikannya kulit pohon kina dan kembali dimakannya. sakit  malarianya  sembuh. Akhirnya kajian demi kajian dia lakukan, dan terus membuat ujikaji pada dirinya sendiri. Hasilnya membuatnya puas dan semakin yakin dengan apa yang sudah dia temukan.
Selama enam tahun dia bereksperimen, barulah tahun 1796 dia mengesahkan dan mengeluarkan hasil eksperimennya. Pada awal tahun 1800 Samuel Hahnemann telah membuktikan bahwa ubat-ubat yang dihasilkan dari dos yang kecil mampu menyembuhkan penyakit yang diderita manusia mengikuti apa yang beliau namakan sebagai undang-undang keserasian (similar similibus curentur), dan menamakan sistem pengobatannya dengan nama homeopati
Perkembangan Homeopathy
Perkembangan kedokteran  homeopathy sangat pesat di dunia, karena sejak kehadirannya disambut meriah oleh masyarakat Eropah.  Perkembangannya  homeopathy tidak lepas dari pengikut Samuel Hahnemann, Dr.Faderic Quinn (Inggris 1799-1879), Dr. Constantine Hering ( 1849-1900), Dr. Timothy F.Allen ( USA abad 19).
Pada tahun 1864 berdiri Rumah Sakit khusus perubatan   homeopathy di California, Amerika Syarikat. Pada abad 20 jumlah rumah sakit  homeopathy terus bertambah hingga dua ratu buah. Sekarang ini, sudah berdiri institut pendidikan khusus  homeopathy yang telah mengaluarkan lebih kurang seribu pengamal  homeopathy.
Perkembangan  homeopathy dipelopori oleh Dr. Burhanuddin Helmy, orang melayu yang menuntut ilmu ke  India. Bermula dari penyakit asma yang dideritanya yang tidak sembuh hingga pada akhirnya dia dikenalkan dengan pengubatan  homeopathy. Setelah  berubat disana, akhirnya penyakit asma yang sudah bertahun-tahun dideritainya sembuh. Akhirnya beliau tertarik untuk mempelajari dan mendalami pengubatan  homeopathy dan seterusnya mengembangkannya di Malaysia, hingga julukan “Bapa homeopathy Malaysia” . Setelah beliau meinggal, perjuangan beliau dalam mengembangkan  homeopathy diteruskan oleh murid-muridnya.
Keunggulan  homeopathy
Pengobatan  homeopathy dapat kita jadikan sebagai cara mengatasi berbagai masalah kesehatan yang tepat kerana homeopati memiliki beberapa keunggulan diantaranya :
•    Dalam homeopati, ubat yang diberikan terbuat dari bahan semulajadi sehingga tiada kesan sampingan. Berbezaa dengan ubat kimia yang tidak terlepas dari adanya kesan samping. Yang mana kesan sampingan tersebut lama kelamaan akan beransur parah kepadapesakit tersebut.
•    Ubat homeopati berusaha untuk menyembuhkan dalam arti kata yang sebenarnya (pesakit benar-benar sembuh) sehingga tidak perlu bergantung kepada ubat.
•    Dalam homeopati ubat bekerja menghilangkan penyebab dari penyakit, bukan menghilangkan akibat dari penyakit
•    Dalam homeopathy, ubat berusaha menghilangkan gejala-gejala yang ada, baik dalaman mahupun luaran
•    Ubat homeopathy baik untuk semua lapisan masyarakat, termasuklah dari ibu mengandung, Anak kecil, orang dewasa, dan  warga tua.
•    Ubat-ubat homeopathy senang diambil karena rasanya yang enak dan juga manis, dan sangat digemari oleh anak-anak.
•    Obat homeopathy tidak menggunakan binatang (arnab dan tikus) sebagai bahan percubaan, tetapi terus diujikan pada manusia.  sebab itulah sudah pasti ubat homeopathy sesuai diberikan pada manusia.
Homeopathy dan Penyakit
Konsep sakit dalam homeopathy adalah ganggu tubuh, akal dan jiwa seseorang. Apabila penyakit tiba, maka perasaan tentram dalam diri seseorang akan hilang, yang terasa adalah gangguan. Kita pernah mendengar orang yang tidak sehat pergi ke dokter, dan setelah diperiksa untuk diketahui penyakitnya, ternyata dokter tersebut tidak menemukan masalah dalam organ pasien tersebut. Akan tetapi pesakit tersebut masih  merasa tidak sehat. Mengapa ? Hal itu membuktikan bahwa keadaan pesakit tersebut telah terganggu fungsi tubuhnya yang disebabkan oleh situasi dan keadaan di sekeliling.
Homeopathy tidak merawat berdasarkan nama penyakit, tetapi merawat orang atau tubuh yang sakit secara individu kerana mungkin saja dua orang menderita sakit yang sama, tetapi gejalanya berbeda.
Sebagai contoh, dalam mengatasi orang yang sakit perut, dalam alopati seorang dokter melakukan pemeriksaan hanya tertumpu pada masalah sakit perut pesakit, akan tetapi dalam homeopathy, sakit perut pesakit dianggap sebagai simptom atau gejala.
Kemudiannya dokter homeopathy akan meneliti secara khusus, apakah yang sakit dibahagian atas atau bawah, bahagian kiri atau kanan, apakah ada rasa selesa ditekan atau  dengan membungkukkan badan. Seorang dokter homeopathy tidak hanya melihat pada masalah sakit perut pesakit, akan tetapi melihat pada gangguan yang berkaitan dengan mental, emosi dan keseluruhan dari kedua pesakit tersebut. Contoh lain, dua orang yang mengalami darah tinggi. Pesakit A gejalanya pening, dan pesakit B gejalanya tidak pening, tetapi tengkuk terasa berat, disebabkan gejala yang dialami berbeza, maka ubat untuk kedua pasien itu pun berbeza
Dalam pengubatan homeopati, pesakit diminta untuk bercerita tentang gejala-gejala yang dialaminya, dan kewajiban dokter homeopathy, memahami dan menganalisa dengan teliti gejala-gejala tersebut gunanya untuk mencari penawar yang akan diberikan sebagai ubat penyembuhnya. Bila analisa benar dan tepat, maka penyakit yang diderita akan sembuh, namun sebaliknya bila analisa salah maka tidak diperoleh kesembuhan. Karena itulah, seorang dokter homeopati haruslah mempunyai kecakapan seperti :
•    Pengetahuan menyeluruh mengenai prinsip dan falsafah homeopathy
•    Ketelitian
•    Kemampuan menafsirkan dan meneliti keadaan kesehatan pesakit yang sebenarnya
•    Kesabaran dan menghindari kecenderungan mengulang dos atau mengubah penawar
•    Pengetahuan tentang proses penyakit, dan meramalkan penyakit
•    Pengetahuan mengenai ragam makanan yang dapat membantu ke arah kesembuhan
•    Pengetahuan tentang halangan kesembuhan yang harus dihindarkan
Penyakit dalam homeopathy adalah penyakit akut dan penyakit kronik. Penyakit akut tempoh bermula dan berakhir dalam beberapa hari atau minggu, seperti muntah cirit-birit(kolera), malaria, demam,  selsema, campak, dan lain-lain. Tempoh penyakit kronik diperluaskan sehingga bulan dan tahun, seperti asma, barah, buasir, dan lain-lain.

Sabtu, 26 April 2014

Penyebab sakit kepala

Mengapa Kepala Selalu Sakit




. Berikut ini beberapa jenis gangguan sakit kepala yang sering di alami: 
• Sakit kepala kerana ketegangan. Gejalanya dimulai dengan ketegangan di otot leher, bahu, dan tengkorak akibat tekanan emosi. Kesakitannya selalu bermula dari  belakang kepala, membawa ke hadapan, seterusnya ke kedua sisi kepala. 
• Sakit kepala migren. Umumnya sakit kepala yang dirasakan lebih berat dari sakit kepala akibat ketegangan. Migren selalu dirasakan pada satu sisi kepala saja dan kerap juga di belakang salah satu mata. jadi timbullah istilah “sakit kepala sebelah”. Pesakit migren pada wanita kira-kira tiga kali lebih banyak dibandingkan dengan leleki. Penyebabnya terutama kerana perubahan hormon
.
• Sakit kepala dengan bermacam gejala. Gangguan ini terutama menyerang kaum lelaki. Gejalanya berupa sakit luar biasa dan umumnya terutama di sekitar rongga mata dengan mata berair dan hidung berair. 

• Trauma - sakit kepala . Ini kerap muncul akibat dari dari suatu kemalangan, walaupun hanya  sedikit cedera di kepala. Rasa sakitnya kadang-kadang muncul setelah berminggu-minggu atau berbulan-bulan setelah cedera dan dapat berlaku sampai setahun . 

• Sakit kepala alergi. Gangguan ini sering diikuti dengan gejala hidung berair, mata berair, dan kerongkongan sakit. Kemunculannya disebabkan oleh makanan tertentu atau segala sesuatu yang dapat menyebabkan alergi.

• Sakit kepala Resedung (sinus). Gangguan ini mudah diketahui dari gejalanya. Lubang hidung tertutup sebelah atau boleh dijadikan cara untuk memecahkan masalah sakit kepala, iaitu:

• Jika sakit kepala dirasakan lebih berat di pagi hari daripada waktu petang, pertanda adanya tekanan darah tinggi.

• Bila sakit kepala berpunca dari rasa sakit di mata, telinga atau gigi, menunjukkan terjadinya infeksi.

• Seandainya sakit kepala selalu terjadi setelah melakukan tugas yang menggunakan pancaindera penglihatan seperti membaca atau menjahit, pertanda   masaalah pada mata.

• Ketumbuhan, stroke, atau mungkin sulit tidur dapat menjadi penyebab sakit kepala mendadak yang amat sakit. akibatnya, badan terasa lemah dan diberpunca dengan penglihatan yang kabur. Sakit kepala ini bermula dengan  sakit sedikit  dan semakin parah di pagi hari. memerlukan pemeriksaan sesegera  untuk mengetahui penyebabnya.

• Jika sakit kepala berpunca dengan demam dan leher sakit, kemungkinan Anda terserang meningitis. Rawatan perubatan sangat diperlukan
.
• Bila sakit kepala muncul tiba-tiba dan sangat perit, pertanda adanya pembuluh darah arteri di otak yang pecah. Hal ini dapat mengancam nyawa. Rawatan perubatan adalah sangat perlu.
 beberapa hal penyebab sakit kepala :
1. ketegangan Mata .
Hindari membaca dalam jarak yang terlalu dekat. berehat selama
beberapa minit sewaktu Anda membaca atau bekerja.
2. Leher tegang akibat bekerja kerana duduk terlalu lama,
misalnya menaip dengan komputer.
3. Alergi makanan.
Hindari makan atau minum yang sensitif, khususnya sebelum
melakukan aktiviti fizikal.
4. Rasa lapar juga bisa membuat kita sakit kepala.
sebabnya, pembuluh darah akan melebar setiap kali kadar gula darah turun.
Jadi, sebaik mungkin makanlah secara teratur.
5. Makanan atau minuman sejuk akan merangsang saraf dihujung mulut,
Meskipun sakit kepala kadang kala sangat perit sakit kepala akibat makanan
sejuk biasanya hanya berlaku sesaat dua
5. Resedung yang membengkak akan menekan hujung saraf , sehingga menyebabkan sakit kepala.
6. Jadual tidur yang berubah juga boleh menyebabkan sakit kepala, misalnya tidur
terlewat. sebaik mungkin tidurlah secara teratur.
7. Aktiviti berlebih kadang kala boleh juga menyebabkan sakit kepala.
Lakukan senaman secara bersesuai .
Penyebab sakit kepala sewaktu berolahraga termasuk pemanasan yang kurang,
, kekurangan khasiat pemakanan waktu berolahraga, atau olahraga yang berlebihan

Khamis, 24 April 2014

Khasiat Air Liur

Khasiat Air Liur Bagi Kesihatan Tubuh



 Bagi sesetengah orang, air liur seringkali terlihat menjijikkan. Padahal air yang berasal dari dalam mulut itu mempunyai peranan penting bagi kesihatan tubuh manusia.
Air liur (saliva) sebahagian besar dikeluarkan oleh tiga kelenjar utama iaitu kelenjar parotis, kelenjar sublingual dan kelenjar submandibula. Jumlah air liur yang dikeluarkan  berukuran 0,5 – 1,5 liter setiap hari tergantung pada tingkat perangsangannya.
Menurut Guyton & Hall dalam Textbook of Medical Physiology, air liur  mengandung dua jenis pengeluaran atau rembasan cairan yang utama iaitu rembesan serus yang mengandungi ptyalin (suatu alfa amylase) yang merupakan enzim untuk untuk menghadamkan karbohidrat dan rembesan mukus yang mengandung musin untuk tujuan  pelinciran atau perlindungan permukaan yang sebagian besar dihasilkan oleh kelenjar Parotid..
Cairan tipe mucus itu dirembaskan atau dikeluarkan setiap saat sepanjang waktu kecuali saat tidur yang pengeluaraninya lebih sedikit.
Dalam hal penghadaman, air liur berperanan dalam membantu penghadaman karbohidrat. Karbohidrat atau tepung sudah mulai dipecah sebahagian kecil dalam mulut oleh enzim ptyalin. Enzim dalam air liur itu memecah tepung (amylum) menjadi disakarida maltosa dan polimer glukosa kecil lainnya.contohnya waktu kita mengunyah nasi yang terasa tawar lama-kelamaan akan terasa manis akibat pecahnya zat tepung menjadi maltosa yang rasanya manis.
Selain dalam pencernaan air liur juga berperanan dalam kebersihan mulut. rembasannya penting mengekalkan kesihatan tisu-tisu rongga mulut. Rongga mulut mengandungi bakteria atau kuman patogen (memudaratkan) yang dengan mudah merosak jaringan dan menimbulkan plug digigi (gigi berlubang).
Air liur juga mencegah kerosakan dengan beberapa cara. 
Pertama, aliran air liur itu sendiri membantu membuang bakteria atau kuman patogen juga sisa makanan yang sokongan pemakanan metabolik untuk memberi bakteria itu sendiri.
Kedua, air liur mengandung beberapa faktor yang menghancurkan bakteria salah satunya adalah ion tiosianat dan beberapa cairan proteolitik terutama lisosim yang menghancurkan bakteria,membantu ion tiosianat membunuh bakteria,mencerna zahrah-zahrah makanan dan air liur mengandung antibodi protein yang menghancurkan bakteria.

Hasil carian imej untuk air liur
Selain berfungsi untuk kesehatan dalam tubuh, air liur juga diyakini dapat memberikan manfaat bagi luar tubuh.
Sejak zaman dahalu, secara naluri ketika ada jari-jari Anda yang terluka akibat tergores pisau,Anda akan mengisap luka tersebut dengan mulut. Haiwan pun demikian. Misalnya kucing, monyet, dan anjing, biasany membasuh tubuh dengan air liurnya ketika luka.
Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim mengisahkan, apabila ada sahabat yang tergores kemudian luka, maka beliau membaca doa kemudian air liurnya disapukan pada tangan kanannya, lalu diusapkan pada luka orang itu sembari membaca doa yang berbunyi “ALLAHUMMA ROBBINNAS ADZHABILBAS ISYFI ANTASY-SYAFII LAA SYIFA-A ILLA SYIFA-UKA LAA YUGODIRU SAQOMAN”.
Sementara itu, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di Jepun pada tahun 2001 . Air ludah mengandung 40 sampai 50 protein. Tiap protein punya fungsi yang berbeza-beza. Satu protein untuk mebuang debu, sinar, dan bahan kimia. Duntuk kesihatan protein itu di dalamnya ada 3 protein yang khusus untuk mikrorganisme.
Diyakini dengan meminum air suam sewaktu bangun dari tidur bermanafaat untuk kesihatan kerana air suam yang bercampur dengan air liur menguatkan imiun badan