Isnin, 13 Oktober 2014

Rahsia dan keajaiban susu Lebah (Royal Jelly) A miracle of Royal Jelly

sha3622.blogspot.com
Royal Jelly adalah sebatian kuat, yang dapat membangun dan memperbaiki berbagai kerosakan, gangguan fungsi sel dan kelenjar. Royal Jelly memperbaiki hidup dan kekuatan, memperlambat proses penuaan, mempertahankan peremajaan, menyegarkan badan dan fikiran.
H.W Schmidt, M.D.
German Medical Association

A068
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
A069
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Lebah hidup secara normal berumur 16 minggu tetapi Ratu Lebah mampu hidup hingga 3-5 tahun jadi ratu lebah mempunyai usia hidup 30x lebih lama dari lebah biasa.Pada awalnya ratu lebah dan lebah biasa adalah larva lebah yang mempunyai sifat fizikal yang hampir sama dan mereka memerlukan pengmbilan makanan yang sama iaitu Royal Jelly. Royal jelly diberikan kepada Larva lebah selama 4 hari namun calon ratu lebah mendapatkan pengambilan royal jelly secara terus menerus. Inilah rahsianya. Ratu Lebah berubah menjadi lebih besar, sentiasa muda sel-sel tubuhnya dan mampu bertelur setiap hari hingga 1500 -2000 butir.
Para pengkaji dan pakar kesihatan tertarik meneliti rahsia alam ini, namun hingga kini rahasia royal jelly belum terungkap semuanya. Royal jelly hingga kini tetap menjadi salah satu produk lebah yang paling misteri.
Kollagen adalah sebatian penting di dalam tubuh kita sebagai penghalang peroses penuaan, tujuannya agar awet muda. kolagen adalah bahan yang amat penting pada kulit dan tulang, sebagai contoh tulang adalah perpaduan kalsium dan kolagen. Tanpa kolagen tulang akan mudah pecah seperi kaca dan tanpa kalsium tulang akan menjadi lembut seperti getah.
Jadi banyaknya kandungan gelatin sebagai sebatian pembentuk kolagen yang ada di dalam royal jelly inilah yang membuat ratu lebah awet muda. Tentunya mengambil royal jelly secara teratur akan membuat tubuh kita mencukupi kolagen yang tulin dari alam.
Fakta bahwa royal jelly sebagai rahasia awet muda adalah ratu lebah boleh hidup 30x lebih lama dari lebah biasa. Jika semua semua lebah juga mengambil royal jelly maka semua akan hidup lebih lama, tapi kerana hanya boleh ada satu ratu lebah dalam satu koloni maka hanya ratu lebah yang berhak mengambil royal jelly seumur hidup.
Pengertian dasar dan keunggulan:

Royal Jelly adalah cairan putih, yang mempunyai penampilan seperti susu yang dihasilkan kelenjar hypopharyngeal lebah-lebah pekerja. digunakan untuk makanan larva (bakal) lebah.
Royal Jelly merupakan jenis makanan yang diberikan pada larva lebah, selama lebih kurang 3 hari, kemudian secara bertahap diganti dengan Bee Pollen yang dicampur dengan madu.
Ratu lebah diberi makan Royal Jelly dari mulai larva sampai menjadi lebah dewasa. Sehingga ratu lebah mempunyai kelebihan :
Ratu lebah mempunyai struktur dan tingkah laku yang sangat berbeza dibanding lebah pekerja. Baik ratu lebah maupun lebah pekerja sama-sama lebah betina.
Ratu lebah mempunyai struktur dan tingkah laku yang sangat berbeda dibanding lebah pekerja. Baik ratu lebah maupun lebah pekerja sama-sama lebah betina.
Ukuran tubuhnya jauh lebih besar dan memiliki usia 40-50 kali lebih panjang.
Kesimpulannya adalah bahawa yang membezakan lebah pekerja dari ratu lebah, bukan kelaminnya atau genetik/keturunannya melainkan makanannya.
Jangka hayat ratu lebah adalah lima hingga tujuh tahun sedangkan lebah pekerja hanya  7 hingga 8 minggu.
Sepanjang hidupnya, lebah ratu mengeluarkani 3 juta telur dengan berat 3.500 kali dari berat tubuhnya sendiri.


Kandungan Royal Jelly
Hasil kajian didapati bahawa Royall Jelly mengandungi sebatian-sebatian semulajadi yang bermenafaat bagi kesihatan manusia.
Dari hasil analisis kimia menunjukan Royal Jelly mengandungi:
66,05% bahan pelembab
 12,34% protein
5,46% lemak
2,49% bahan tereduksi
0,82% mineral
2,84% sebatian yang belum diketahui
Hormon-hormon semulajadi
Berbagai vitamin seperti vitamin B Kompleks (Tiamin, Piridoksin, Riboflafin, Niacin, asid Panthotenat, Biotin, Inositol asam Folat), vitamin A, vitamin C dan vitamin E (sebagai antioksidan),
20 macam asid amino (14 diantaranya adalah asid amino esensial), asid Nucleat dengan ikatan DNA-RNA mempertahankan kerja seluruh sistem sel di dalam inti sel dengan demikian memperkuat sel, protein dalam bentuk Gelatin - Kolagen.
Asid lemak perlu.
Berbagai jenis mineral penting bagi tubuh.
AcetylCholin yang berperanan untuk menghantar rangsangan saraf yang dikenali sebagai neurotransmitters atau juga dikenali sebagai badan pengawal seli  rembesan kelenjar.Gammaglobulin serta asid Decanoic yang merupakan sebatian penting untuk meningkatkan sistem imiunisi dan menghalang serangan jangkitan kuman-kulat.

Menafaat dari Royal Jelly
Melihat dari analisa kandungan , kesimpulannya Royal Jelly mempunyai menafaat yang banyak sekali bagi tubuh manusia, terutama untuk meningkatkan daya tahan tubuh, serta pemeliharaan kesihatan dan mencegah terjadinya serangan jangkitan penyakit
 khasiatnya antara lain:
Meningkatkan kesihatan secara umum.
Membantu memperlambat proses penuaan dan meningkatkan kualiti hidup.
Memperbaiki urutan tisu kulit, agar memperlambatkan serangan kedutan, mengekalkan dan meningkatkan keanjalan kulit, mencegah bermulanya kecederaan  (tompok-tompok hitam pada kulit).Membantu pertumbuhan rambut dan mencegah tumbuhnya uban (meningkatkan penghasilan pigmen).
Membantu pertumbuhan kuku.
Memperbaiki pengaliran darah.
Meningkatkan daya konsentrasi, daya ingat dan reaksi rangsangan saraf.
Menurunkan dan meredakan ketegangan (stress), kecemasan, Kemurungan (depresi) kerana keletihan.
Memperbaiki nafsu makan dan meningkatkan daya tahan tubuh.
Meringankan beberapa masalah hormonal seperti haid yang tidak teratur dan memperlambat masa menopause pada wanita.
Meningkatkan fungsi sistem reproduksi baik pada wanita maupun lelaki dengan kata lain meningkatkan kualiti / tingkat kesuburan.
Kanser/kesan kemoterapi.
Penyembuhan Tulang patah dan tulang rapuh.
Penyembuhan selepas pembedahan.
Parkinson, kerosakan memori.
Pertumbuhan terbantut.
Kelelahan kronik.
Kencing Manis .
Arteriosclerosis.
Arthritis/rhemautik.
Anemia.
Tekanan darah tinggi.
Kadar kolesterol tinggi.
Jangkitan pundi kencing / hempedu.
Asma
Penyakit ulser perut.
Malnutrisi
Impetigo.

sha3622.blogspot.com

Cara Kerja Royal Jelly terhadap Tubuh Manusia
Royall Jelly bekerja disel jaringan saraf, kelenjar-kelenjar penghasil hormon, terhadap sistem imiunisi (kekebalan) tubuh serta jaringan kulit sebagai penstabil struktur kulit.
Menurut  para dokter yang mahir tentang Royal Jelly
Royal jelly memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh. kerana kemampuannya merangsang pengeluaran kelenjar endokrin, tubuh berhasil mengubati batuk dan asma; memperbaiki keadaan tubuh yang lemah; meningkatkan nafsu makan pada kanak-kanak; dan mengatasi bronkitis, migren, gangguan pundi hempedu, gangguan saraf, masalah pencernaan, serta gangguan kesihatan lainnya.

Menurut Prof. Belvefer, Paris, Prancis.
Fakta kajian ilmiah tentang rahsia keajaiban royal jelly
   1. Prof. Belvefer, Paris, Prancis : ” Royal jelly memperkuat dan meremajakan sel-sel tubuh. kerana kemampuannya merangsang pengeluaran kelenjar endokrin, tubuh berhasil mengubati batuk dan asma; memperbaiki keadaan tubuh yang lemah; meningkatkan nafsu makan pada kanak-kanak; dan mengatasi bronkitis, migren, gangguan pundi hempedu, gangguan saraf, masalah pencernaan, serta gangguan kesihatan lainnya
   2. Dr.A.Saenz dalam makalahnya “ Biology, biochemistry and the Therapeutic Effecs of Royal Jelly in Human Pathology” diterbitkan oleh Pasteur Insitute of Paris menunjukan bagaimana peranan royal jelly pada peningkatan dan pertahanan terhadap kualiti hidup seseorang yang telah lanjut usia
. Dr.A.Saenz juga menyatakan adanya asid panthotenat dalam royal jelly sebagai faktor umur panjang selain kandungan Vitamin B semulajadi lainnya yang banyak dalam royal jelly.
   3. Dr. Lividitis dari Yunani: Royal jelly memperbaiki penyakit Parkinson dan kelainan-kelainan pada syaraf tubuh lainnya.
Sampai sekarang ini diakui bahwa royal jelly sebagai salah satu produk dari lebah yang ajaib kerana secara langsung dihasilkan oleh lebah, sedangkan produk lebah lainnya lebih kepada dihasilkan lebah dari alam walaupun masih diolah dalam tuhub lebah itu sendiri. Suatu masa nanti para ilmuan akan mengungkap lebih jauh kandungan misteri royal jelly.
Pendapat Ahli dan Dunia Medix Modern terhadap keistimewaan Royal Jelly :
   1. H.W. Schmidt,M.D. (German Medical Association) Royal Jelly memperbaiki hidup dan kekuatan, memperlambatkan proses penuaan (awet muda), mempertahankan keremajaan, menyegarkan badan dan menguatkan otak.
   2. Prof. Prosperi (APIMONDIA 16) Melaporkan Keberhasilannya dalam menangani perkembangan anak yang lahir prematur, kurang zat, dan menderita berbagai penyakit hanya dengan Royal Jelly.
   3. Dr. O’Connel (AS) : Royal Jelly berhasil menyembuhkan penyakit Parkinson dan Buerger.
Prof. Galeazzi-Lisi. Penderita kanker yang disarankan memakan Royal Jelly menunjukan daya hidup pesakit dapat pulih kembali. Rahsia Awet Muda terdapat dalam kandungan Royal Jelly. Royal Jelly juga disebut susu lebah adalah makan khusus Ratu Lebah. Royal Jelly kaya akan hormon, berfungsi memperbaiki dan meremajakan sel-sel tubuh, otak, saraf dan organ tubuh – Kesan semulajadi Anti Penuana dari Alam. Khasiat dan Keajaiban Royal Jelly sungguh luar biasa untuk kesehatan.



Kandungan Royal Jelly

Royal Jelly sangat kaya akan Asid Amino, Hormon-hormon, Vitamin B semulajadi (B1,B2,B3,B5,B6,B12), Niacin, Biotin, Asid panthotenat, Asid Folat,Vitamin C. Mineral (nitrogen, phosphor, belerang, besi, mangan, nikel, cobalt, selenium, emas, chrom, bismuth.Secara kasar Royal Jelly mengandung 12% protein, 14% karbonhidrat dan 5% lipid.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Jumaat, 10 Oktober 2014

Khasiat Buah Sengkuang Untuk Kesihatan dan kecantikan - Nutrients Of Sengkuang For health and beauty

http://sha3622.blogspot.com

Khasiat Buah Sengkuang Untuk Kesihatan dan kecantikan

Ubi sengkuang (Pachyrhizus erosus) dikenal dari ubinya (cormus) yang boleh dimakan sebagai komponen bahan rojak ianya boleh dijadikan masker  untuk menyegarkan muka dan memutihkan kulit. Tumbuhan yang berasal dari Benua Amerika Tropika, Di tempat asalnya, tumbuhan ini dikenal sebagai xicama atau jícama.


Ubat untuk sariawan
Kandungan vitamin C yang banyak terdapat dalam ubi sengkuang, dengan kandungan vitamin C yang melimpah ini maka kita dapat menjadikan sengkuang sebagai ubat untuk sariawan ( bibir melepuh ) dan sebagai antioksidan yang baik bagi tubuh kita. Selain itu buah sengkuang ini juga sangat baik untuk diambil bagi mereka yang mengalami gangguan kolesterol. kerana sengkuang mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang ada di dalam darah. 

sha3622.blogspot.com
Masalah penyakit  penyakit ulser
Buah sengkuang baik diambil bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit  penyakit ulser. Ini kerana sengkuang kaya dengan sebatian alkali yang berperanan aktif untuk menstabilkan kadar asid perut. Untuk perubatan sebaiknya anda mengambil sengkuang ini tanpa dicampur dengan bahan lain misalnya garam atau pun sambal agar khasiatnya menjadi maksima.


Gula darah tetap dapat dalam keadaan stabil
Sengkuang memiliki rasa manis namun tidak berbahaya bagi  pesakit kencing manis, ini disebabkan rasa manis yang dimiliki oleh sengkuang berasal dari inulin.Inulin ini tidak dapat dicerna oleh tubuh, meskipun rasanya manis tetapi ianya tetap tidak menimbulkan potensi meningkatkan kadar gula darah. jadi gula darah tetap dapat dalam keadaan stabil.




Kesihatan tulang dan gigi
Sengkuang juga kaya dengan zat fosfor serta tinggi  kandungan kalsium. Ianya dapat menjaga kesihatan tulang dan gigi

Wanita yang mengalami manopause 
Bagi seorang wanita yang mengalami manopause maka yang terjadi adalah adanya kerutan dan akan terjadi penuaan. Nah dengan mengonsumsi buah bengkoang ini secara teratur maka penuaan ini dapat dicegah karena bengkoang mengandung banyak fitoesterogen yang berguna untuk mengurangi dampak manopause pada wanita.


Sebagai masker
Sengkuang juga dapat kita gunakan sebagai masker. Dalam hal ini bengkoang memiliki menafaat untuk menjaga kecantikan kerana uakan membantu menghilangkan  tompok dan jeragat di muka.
sha3622.blogspot.com

Mengubati demam

Sengkuang yang memiliki sifat menyejukkan  bermenafaat bagi mereka yang sedang mengalami demam. Caranya, pengambilan sengkuang pagi dan petang,  baik dalam bentuk jus atau diminum secara langsung.

Mengatasi Penyakit ekzema

Ternyata, sengkuang dapat mengatasinya masaalah ekzima. Caranya , iaitu dengan pengambilan sengkuang empat kali seminggu secara rutin.

Menurunkan kadar kolesterol darah

Kolesterol dalam darah yang tinggi dapat juga diatasi dengan mengambil sengkuang. Caranya juga iaitu, jus sengkuang diminum secara rutin.

Mengatasi penyakit kulit

Sengkuang sejak sekian lama diyakini dapat mengatasi beberapa penyakit kulit. Pengambilan bengkoang secara rutin dan teratur untuk mendapatkan hasil yang maksimal dan menyembuhkan.

Mencerahkah kulit

Sengkuang dipercayai dapat memutihkan atau mencerahkan kulit. Jadikan sengkuang yang sudah diparut untuk dijadikan masker di muka . Biarkan sekitar 15 minit dan basuh muka dengan air.

Meneggangkan kulit

Sengkuang sangat banyak manfaatnya bagi kecantikan kulit . Selain memutihkan, mencerahkan, menghilangkan tompok tompok hitam,sengkuang juga dapat meneggangkan kulit kita.

Menyegarkan kulit 
Menafaat lainnya ialah sengkuang juga dapat menyegarkan kulit dengan cara menjadikanya sebagai bedak sejuk. Caranya iaitu dengan memarut 2 biji buah bengkoang atau boleh juga dengan 'diblender;'. Setelah itu hasil parutan ditapis dan dibiarkan  selama 3-4 jam. Ianya akan terjadi endapan tepung pati sengkuang dan ambil patinya campurkan pati tersebut dengan 100 gram tepung beras basah. 
Cara membuat tepung beras basah iaitu, dengan cara merendam beras selama 1-2 minggu lalu dilumatkan. Campuran tepung beras basah dan pati sengkuang tadi tambahkan 1 sudu teh perahan limau nipis. Bentuklah menjadi bulatan bulatan seperti guli. nipiskan dan kemudian keringkan selama 2 jam. Sebelum memakai bedak  sejuk larutkan dulu dengan air lalu dipakai sebagai bedak.

Bengkoang juga dapat dimanfaatkan sebagai masker untuk membantu mencerahkan kulit anda serta mencegah penuaan . Cara membuat masker sengkuang adalah sebagai berikut :

1. Siapkan sengkuang dan kupas hingga bersih
2. Lalu parutlah sengkuang tersebut
3. Pergunakan parutan tersebut untuk masker pada muka
4. Biarkan selama 15-20 minit hingga masker tersebut kering dan setelah itu bolehlah dibilas sampai bersih

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Rabu, 8 Oktober 2014

Khasiat Ubi Kentang Bagi Kesihatan - Benefits Of Potatoes for Health

http://sha3622.blogspot.com
Ubi kentang (Solanum tuberosum L.) adalah tanaman dari suku Solanceae yang memiliki ubi,
Tanaman kentang berasal dari Amerika Selatan dan telah tersebar sejak ribuan tahun yang silam. 
Ubi Kentang telah menjadi salah satu bahan makanan utama yang cukup terkenal. kebanyakan orang memenafaatkan kentang sebagai makanan sampingan untuk membantu program diet. Ini disebabkan kentang kaya akan karbohidrat seperti juga nasi atau gandum, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih sedikit, selain itu, kentang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi, berkhasiat untuk kesihatan tubuh. 
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus. Di samping itu kentang membekalkan kabohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah. Maka sebab itulah kentang dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolestrol.

Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya ialah potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Tinggi serat
Ubi Kentang mengandungi serat yang cukup tinggi, setara dengan roti gandum, bijirin dan pasta.. Dengan kandungan serat yang tinggi tersebut, kentang bermenafaat untuk kesihatan sistem pencernaan. Kentang juga sering digunakan banyak orang untuk membantu program diet mereka.
Melawan penyakit
Kentang diketahui untuk membantu mengurangkan risiko kanser seperti kanser prostat dan kanser rahim. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kentang adalah baik untuk melawan penyakit jantung. Kentang mengandungi vitamin B6 boleh membantu anda untuk melawan gangguan saraf dan pembentukan Kristal atau tumor.


sha3622.blogspot.com
Baik untuk kesihatan kulit
Kentang mengandungi vitamin C yang sangat baik bagi tubuh  terutama kulit muka. Melumurkan jus kentang di muka dapat membuatkan kulit muka anda cantik dan bersinar. seperti juga dengan timun potongan kentang yang diletakkan di bahagian mata selama 30 minit, dapat mengurangi pembengkakan dan lingkaran hitam di bawah mata.

Membantu mengurangi kadar kolesterol
kentang dapat mengatasi masaalah kegemukkan badan. keana, kentang tidak mengandung kalori yang banyak seperti  nasi. Bahkan kentang memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama membuatkan anda tidak mudah lapar, selain itu, kentang dapat membantu anda untuk mengurangi kadar kolesterol.
Kandungan potassium kentang adalah dua kali ganda lebih daripada kandungan potassium dalam pisang. Jumlah lemaknya di bawah 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolestrol di dalam lapisan saluran darah. Kentang amat sesuai bagi individu yang mengalami kekurangan gula dalam darah
Baik untuk otak
Kentang kaya dengan zat besi dan tembaga yang sangat bermenafaat untuk perkembangan otak. Di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat memperolehi vitamin C secara mudah. Vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah dimasak kerana ia dikelilingi oleh sari pati.
Membantu mengurangi peradangan
Jika anda mengalami keradangan dalaman dan luaran, kentang boleh membantu anda untuk mengatasinya.Kentang merupakan makanan yang mudah dicerna dan mengurangi peradangan pada usus dan sistem pencernaan. Kentang juga dapat membantu mengatasi peradangan atau luka yang ada di mulut. Untuk peradangan luaran,, jus kentang ini sangat berguna untuk merawat lebam, luka terbakar, keseleo, dan bisul. Selain itu,kentang yang dikenali boleh membantu melawan kesan narkotik dan masalah kulit.
Baik bagi batu buah pinggang 
Kentang  mengandung zat besi dan kalsium yang juga membantu melawan pembentukan batu buah pinggang., kentang sangat kaya dengan magnesium yang dapat menahan pengumpulan atau pemendapan kalsium di dalam buah pinggang dan tisu-tisu lain. Kentang terbukti bermenafaat dalam mengubati batu buah pinggang. Para dokter juga menyarankan pesakit batu buah pinggang untuk meletakkan ubi kentang di setiap makanannya.
Meredakan  ketegangan (stress)
Mengandung vitamin B6, kentang sangat bermanfaat untuk menghilangkan ketegangan (stress) yang berasal dari pemikiran. Kentang membuatkan hormon adrenalin yang dapat merangsangkan ketegangan ( stres,)membuatkan tubuh menjadi rileks dan memberikan perasaan yang menenangkan.

Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

Ubi kentang di kenali sebagai makanan yang bebas gluten. Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Kentang juga boleh memutih dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan kesihatan tetapi juga kecantikan. Kandungan potassium dan vitamin C pada kentang sangat sesuai untuk perawatan kulit seperti wajah berminyak dan berjerawat.
 Kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.
sha3622.blogspot.com
Cara memutihkan muka secara tradisional dengan kentang iaitu dengan memarutnya.  Kentang yang diparut kemudian disapukan kebahagian muka. biarkan beberapa minit, barulah basuh muka anda dengan menggunakan air bersih. Cara yang lain iaitu dengan mencampurkan kentang dengan madu. Caranya dengan menghancurkan kentang yang sudah dicuci bersih. Setelah itu kentang yang sudah halus dicampurkan dengan madu asli. Madu sendiri memang memiliki banyak sekali kandungan yang sangat baik untuk kulit. Jika sudah disapukan , tunggu hingga kering. Barulah dibasuh dengan air bersih.
Cara lain dengan kentang, juga boleh dicampur dengan tepung beras dan juga susu. Caranya sama iaitu dengan menghancurkan kentang atau parut kentang sampai halus. Campurkan kentang dengan susu cair dan tepung beras. Harus diadun hingga rata, . Sebelum menggunakan masker kentang, terlebih dahulu wajah dibersihkan dengan air. sapukan masker kentang sampai merata. Jika masker sudah kering, bersihkan muka menggunakan tuala yang sudah direndam dengan air suam.  ini dilakukan untuk membuka pori-pori pada muka. Sehingga pembersihan dapat dilakukan dengan maksimal. Tahap terakhir bilas dengan air bersih. Keringkan muka dengan tuala bersih.
Perlu diperhatikan, iaitu kentang yang digunakan bukan sembarangan. Ada beberapa tips dalam memilih kentang iaitu pilih kentang yang tidak berlubang dan yang belum mengeluarkan tunas kerana biasanya sudah tercemar  yang mencetuskan kerosakan tersebut.
ツ KANDUNGAN NUTRISI DALAM KENTANG:
Berat kentang lebih kurang 100 mg
Tenaga
83 kcal
Protein
2 gm
Lemak
0.1 gm
Karbohidrat
19.1 gm
Kalsium
11 mg
Fosfor
56 mg
Zat besi
1 mg
Bahagian kentang yang boleh dimakan
(Bdd / Food Edible = 85 peratus)
Kandungan vitamin dalam kentang:
Vitamin A
0 1U
Vitamin B1
0.11 mg
Vitamin C
17 mg

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 7 Oktober 2014

Khasiat Kacang Bendi untuk kesihatan - Lady finger nutrition for health

http://sha3622.blogspot.com


Menafaat  Kacang Bendi  - Orang Eropah menyebutnya Lady Finger,
 orang India menyebutnya vendi, orang china menyebutnya yeong 
kok tau, orang kita melayu menyebutnya Kacang bendi , ada 
juga yang menyebutnya Okra..apapun namanya, mari kita lihat 
khasiatnya



Kacang  bendi yang punyai nama ilmiah abelmoschus esculentus 
konon berasal dari ethopia, daun mudanya dapat dibuat sayuran atau 
menjadi makanan haiwan yang baik, buahnya (yang masih muda, 
kerana kalau yang tua sudah berserat keras) berkhasiat menguatkan 
otak dan menambah kecerdasan. Akarnya dan bijinya yang di rebus 
berkhasiat melancarkan pembuangan air kecil dan menyembuhkan 
bengkak dan radang.


Ada pendapat yang menyebutkan rebusan ini berkhasiat 
membantu mempermudah persalinan ibu yang melahirkan.

Untuk kecantikan, lendir pada buahnya sangat baik dijadikan pelembab 
kulit!! masih banyak khasiat kacang lendir yang belum disebutkan disini.

Kacang bendi di yakini berkhasiat untuk kesihatan dan beberapa 
penyakit diantaranya:
  • Mencuci hati
  • Menstabilkan kadar gula darah
  • Melicinkan usus besar
  • Mencegah dan menyembuhkan sembelit pada orang orang tua
  • Membantu pertumbuhan bakteri baik dalam saluran usus
  • Baik diambil untuk mengurangi perasaan murung, sedih, letih dan rasa tidak nyaman
  • Merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan di persendian
  • Meneutralkan asid perut
  • Meringankan radang paru paru, sakit kerongkongan dan buasir 
  • Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
  • Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
  • Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  • Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  • Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
  • Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.


Pengubatan Kencing Manis


Ambil dua potong bendi  potong hujungnya. Juga potongan kecil di tengah dan letakkan keduanya dalam segelas air,tutup mulut gelas itu dan simpan pada suhu kamar selama semalaman.
-
Sewaktu pagi, sebelum sarapan keluarkan potongan  kacang bendi itu dari gelas dan minum airnya. Lakukan rutin setiap hari.
- Dalam waktu dua minggu, Anda akan melihat hasil yang luar biasa dalam pengurangan kadar gula Anda.

Ada seorang wanita mencuba mengubati diabetesnya, beliau perlu menyuntik insulin untuk mengawal gula dan telah melakukannya selama beberapa tahun, namun setelah mencuba  petua ini setiap pagi selama beberapa bulan, Ia berhenti mengambil Insulin dan meneruskan mengamebil kacang bendi setiap hari.
-
Akan tetapi, beliau menyincang kacang bendi  ke dalam potongan-potongan halus pada malam hari, menambahkan air dan meminum kesemuanya sewaktu pagi berikutnya.

Cobalah kerana ini tidak berbahaya meskipun kesannya tidak begitu terasa untuk anda,  namun  harus tetap melakukannya  untuk beberapa bulan sebelum Anda melihat hasilnya, 

'BENDI' fakta-fakta maklumat nutrisi pemakanan 


Setengah cawan bendi masak mengandungi kalori: 
25 serat diet: 
2 g Protein: 
1.5 g karbohidrat: 
5.8 g Vitamin A: 
460 IU Vitamin C: 
13 mg asid folik: 
36.5 mikrogram kalsium: 
50 mg besi: 
0.4 mg kalium: 
256 mgMagnesium: 46 mg

sha3622.blogspot.com



Bendi adalah baik untuk mencegah kencing manis. Bendi adalah baik dalam menormalkan gula darah dan kolestrol yang tinggi. Seseorang wanita memulakan makan  6 biji bendi dalam tempoh 2 bulan didapati , gula dalam darah berkurangan 135-98.



Getah yang unggul dan serat ditemukan di bendi  membantu menstabilkan gula dalam darah dengan mengekang kadar  gula yang diserap dari usus brosur. Di India, bendi telah berhasil digunakan dalam percubaan plasma darah replacements. - Sylvia W. Zook, PhD. (pakar pemakanan)




Banyak makanan semulajadi juga membantu mengawal gula  darah dalam kencing manis jenis 2. Termasuk sage,\ kacang pis, bendi, pembuat yis di bir, brokoli dan sayur-sayuran hijau yang lain. Kerana makanan ini membantu  dalam serat yang tinggi. Herba tertentu juga dilaporkan bantuan, termasuk \ Halia, ginseng, dan bawang putih. -Milos pesic
sha3622.blogspot.com

Cara terbaik adalah dengan mengukus bendi, jangan mengoreng dengan bahan lainnya seperti cabai atau belachan,ianya akan membuatkannya kehilangan nilai dan vitamin dengan cara  mengoreng . Kukus selama 1 minit dan menjadikannya sangat baik untuk dikunyah - tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Jika diwap terlalu lama,menjadikannya lembik dan melekit ,anda tidak perlu untuk bendi,inilah cara termudah untuk mempersiapkan dan memasaknya. 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.