Rabu, 8 Oktober 2014

Khasiat Ubi Kentang Bagi Kesihatan - Benefits Of Potatoes for Health

http://sha3622.blogspot.com
Ubi kentang (Solanum tuberosum L.) adalah tanaman dari suku Solanceae yang memiliki ubi,
Tanaman kentang berasal dari Amerika Selatan dan telah tersebar sejak ribuan tahun yang silam. 
Ubi Kentang telah menjadi salah satu bahan makanan utama yang cukup terkenal. kebanyakan orang memenafaatkan kentang sebagai makanan sampingan untuk membantu program diet. Ini disebabkan kentang kaya akan karbohidrat seperti juga nasi atau gandum, tetapi dengan jumlah kalori yang lebih sedikit, selain itu, kentang mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi, berkhasiat untuk kesihatan tubuh. 
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Jumlah lemak ubi kentang adalah di bawah paras 25 peratus. Di samping itu kentang membekalkan kabohidrat kompleks manakala kandungan kalorinya adalah rendah. Maka sebab itulah kentang dikenali sebagai bahan makanan yang bebas kolestrol.

Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya ialah potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Tinggi serat
Ubi Kentang mengandungi serat yang cukup tinggi, setara dengan roti gandum, bijirin dan pasta.. Dengan kandungan serat yang tinggi tersebut, kentang bermenafaat untuk kesihatan sistem pencernaan. Kentang juga sering digunakan banyak orang untuk membantu program diet mereka.
Melawan penyakit
Kentang diketahui untuk membantu mengurangkan risiko kanser seperti kanser prostat dan kanser rahim. Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa kentang adalah baik untuk melawan penyakit jantung. Kentang mengandungi vitamin B6 boleh membantu anda untuk melawan gangguan saraf dan pembentukan Kristal atau tumor.


sha3622.blogspot.com
Baik untuk kesihatan kulit
Kentang mengandungi vitamin C yang sangat baik bagi tubuh  terutama kulit muka. Melumurkan jus kentang di muka dapat membuatkan kulit muka anda cantik dan bersinar. seperti juga dengan timun potongan kentang yang diletakkan di bahagian mata selama 30 minit, dapat mengurangi pembengkakan dan lingkaran hitam di bawah mata.

Membantu mengurangi kadar kolesterol
kentang dapat mengatasi masaalah kegemukkan badan. keana, kentang tidak mengandung kalori yang banyak seperti  nasi. Bahkan kentang memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama membuatkan anda tidak mudah lapar, selain itu, kentang dapat membantu anda untuk mengurangi kadar kolesterol.
Kandungan potassium kentang adalah dua kali ganda lebih daripada kandungan potassium dalam pisang. Jumlah lemaknya di bawah 25 peratus sehingga dapat menghalang endapan kolestrol di dalam lapisan saluran darah. Kentang amat sesuai bagi individu yang mengalami kekurangan gula dalam darah
Baik untuk otak
Kentang kaya dengan zat besi dan tembaga yang sangat bermenafaat untuk perkembangan otak. Di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat memperolehi vitamin C secara mudah. Vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah dimasak kerana ia dikelilingi oleh sari pati.
Membantu mengurangi peradangan
Jika anda mengalami keradangan dalaman dan luaran, kentang boleh membantu anda untuk mengatasinya.Kentang merupakan makanan yang mudah dicerna dan mengurangi peradangan pada usus dan sistem pencernaan. Kentang juga dapat membantu mengatasi peradangan atau luka yang ada di mulut. Untuk peradangan luaran,, jus kentang ini sangat berguna untuk merawat lebam, luka terbakar, keseleo, dan bisul. Selain itu,kentang yang dikenali boleh membantu melawan kesan narkotik dan masalah kulit.
Baik bagi batu buah pinggang 
Kentang  mengandung zat besi dan kalsium yang juga membantu melawan pembentukan batu buah pinggang., kentang sangat kaya dengan magnesium yang dapat menahan pengumpulan atau pemendapan kalsium di dalam buah pinggang dan tisu-tisu lain. Kentang terbukti bermenafaat dalam mengubati batu buah pinggang. Para dokter juga menyarankan pesakit batu buah pinggang untuk meletakkan ubi kentang di setiap makanannya.
Meredakan  ketegangan (stress)
Mengandung vitamin B6, kentang sangat bermanfaat untuk menghilangkan ketegangan (stress) yang berasal dari pemikiran. Kentang membuatkan hormon adrenalin yang dapat merangsangkan ketegangan ( stres,)membuatkan tubuh menjadi rileks dan memberikan perasaan yang menenangkan.

Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

Ubi kentang di kenali sebagai makanan yang bebas gluten. Gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Kentang juga boleh memutih dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan sahaja bermanfaat untuk tujuan kesihatan tetapi juga kecantikan. Kandungan potassium dan vitamin C pada kentang sangat sesuai untuk perawatan kulit seperti wajah berminyak dan berjerawat.
 Kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Ia menjamin sistem ketahanan badan kerana kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.
sha3622.blogspot.com
Cara memutihkan muka secara tradisional dengan kentang iaitu dengan memarutnya.  Kentang yang diparut kemudian disapukan kebahagian muka. biarkan beberapa minit, barulah basuh muka anda dengan menggunakan air bersih. Cara yang lain iaitu dengan mencampurkan kentang dengan madu. Caranya dengan menghancurkan kentang yang sudah dicuci bersih. Setelah itu kentang yang sudah halus dicampurkan dengan madu asli. Madu sendiri memang memiliki banyak sekali kandungan yang sangat baik untuk kulit. Jika sudah disapukan , tunggu hingga kering. Barulah dibasuh dengan air bersih.
Cara lain dengan kentang, juga boleh dicampur dengan tepung beras dan juga susu. Caranya sama iaitu dengan menghancurkan kentang atau parut kentang sampai halus. Campurkan kentang dengan susu cair dan tepung beras. Harus diadun hingga rata, . Sebelum menggunakan masker kentang, terlebih dahulu wajah dibersihkan dengan air. sapukan masker kentang sampai merata. Jika masker sudah kering, bersihkan muka menggunakan tuala yang sudah direndam dengan air suam.  ini dilakukan untuk membuka pori-pori pada muka. Sehingga pembersihan dapat dilakukan dengan maksimal. Tahap terakhir bilas dengan air bersih. Keringkan muka dengan tuala bersih.
Perlu diperhatikan, iaitu kentang yang digunakan bukan sembarangan. Ada beberapa tips dalam memilih kentang iaitu pilih kentang yang tidak berlubang dan yang belum mengeluarkan tunas kerana biasanya sudah tercemar  yang mencetuskan kerosakan tersebut.
ツ KANDUNGAN NUTRISI DALAM KENTANG:
Berat kentang lebih kurang 100 mg
Tenaga
83 kcal
Protein
2 gm
Lemak
0.1 gm
Karbohidrat
19.1 gm
Kalsium
11 mg
Fosfor
56 mg
Zat besi
1 mg
Bahagian kentang yang boleh dimakan
(Bdd / Food Edible = 85 peratus)
Kandungan vitamin dalam kentang:
Vitamin A
0 1U
Vitamin B1
0.11 mg
Vitamin C
17 mg

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

2 ulasan:

  1. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    BalasPadam
  2. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam