- KLIK UNTUK TAJUK
- Telinga Berdesing Tennitus (Ear Ringing)
- Kerap buang air (Frequent urination)
- Petua Merawat Buasir - Tips to Treat Hemorrhoids
- Merawat Buasir Cara Yoga - YOGA FOR CONSTIPATION A...
- Batuk Berkahak secara Pengubatan Tradisional
- Sakit Lutut
- Resedung
- Menghilangkan urat dibetis
- Penyakit Ekzema
- Telinga Berdesing Tennitus (Ear Ringing)
- Kerap buang air (Frequent urination)
- Petua Merawat Buasir - Tips to Treat Hemorrhoids
- Merawat Buasir Cara Yoga - YOGA FOR CONSTIPATION A...
- Batuk Berkahak secara Pengubatan Tradisional
- Sakit Lutut
- Resedung
- Menghilangkan urat dibetis
- Penyakit Ekzema
Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang
dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas
secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan
kulit menjadi kemerah-merahan, gatal dan rasa pedih.
Bagi ekzema pada tahap ringan ke sederhana, masalah ini mengakibatkan
kulit kering, panas dan gatal, manakala dalam kes-kes yang serius, ia
menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan.
Menurut pakar-pakar dermatologi, permintaan untuk rawatan ekzema di Malaysia meningkat sebanyak 20 peratus sejak tahun 2001 terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.
Ekzema atopik diramalkan akan memberi kesan sehingga 14 peratus kepada
kanak-kanak yang menunjukkan risiko berkaitan dengan atopi seperti deman
alergi dan asma.
Faktor Berlakunya Penyakit Ekzema
Beberapa faktor-faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes adalah seperti peningkatan suhu dan kelembapan disebabkan perubahan cuaca.
Lain-lain faktor termasuklah pencemaran alam sekitar, pelbagai bahan tambahan kimia, bahan cuci kasar, logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap ekzema.
“Trend ini juga dikaji di negara-negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat, di mana peningkatan kes ekzema mempunyai kesan besar kepada kos kesihatan,” menurut Dr. Steven Chow, perunding kanan dermatologi merangkap presiden Persekutuan Majlis Pengamal-pengamal Perubatan Swasta Malaysia atau Federation of Private Medical Practitioners Association of Malaysia (FPMPAM)“Melainkan mereka yang mempunyai risiko seperti kanak-kanak mempunyai pelan pengurusan jangka panjang, permintaan bagi rawatan akan terus meningkat oleh kerana kemungkinan pengulangan keradangan walaupun setelah dewasa,” tambahnya.
Menurut Dr. Chow lagi, kaji selidik yang dijalankan di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa 23 peratus daripada individu yang menghidap
dermatitis atopi tidak menggunakan pelembap dan 29 peratus tidak
menggunakan pencuci yang sesuai. Kemungkinan ia juga berlaku di
Malaysia.
“Dengan mengenal pasti dan menghindari penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, ahli keluarga dan individu boleh mencapai pengawalan ekzema untuk jangka masa panjang yang juga boleh mengurangkan perbelanjaan mereka dalam penjagaan kesihatan.
Perunding dermatologi Dr. Mardziah Alias pula berkata, penggunaan sabun dan bahan cuci kasar merupakan penyebab biasa ekzema kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menghilangkan kelembapan kulit.
“Dengan menggunakan pelembap, mereka boleh menghalang kulit daripada menjadi kering sementara ia meningkatkan lapisan perlindungan semula jadi kulit terhadap faktor-faktor penyebab ekzema.“Yang terbaik adalah krim yang mempunyai dwi-fungsi untuk melembap dan pada masa sama sebagai agen antikeradangan untuk melegakan kulit.
Apakah petua untuk menjaga kulit ini?
Hadkan penggunaan
Sebaik-baiknya elakkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih,
detergen, losen lepas mencukur, sabun, gasolin dan turpentin. Produk
seperti ini cenderung menyebabkan iritasi kulit.
Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik atau vinil boleh melindungi kulit daripada
terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit.
Kain kapas atau kombinasinya
Fabrik bulu atau sesetengah tekstil sintetik boleh menyebabkan iritasi
kulit. Mereka yang mempunyai kulit sensitif akan berasa lebih selesa
mengenakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau kombinasi kapas.
Sewaktu mandi
Mandi dengan hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh
digunakan dengan atau tanpa air. Kekalkan suhu air pada kadar dingin
atau suam dan bukan panas.
Berendam dalam tab mandi untuk seketika adalah baik untuk kulit. Ini
kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan.
Seboleh-bolehnya rendam selama 15 hingga 20 minit.
Kemudian, gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit. Jangan sesekali
menggaru kulit. Sebaik sahaja selesai mencukur, sapukan pelembap pada
kulit anda. Ini dapat mengekalkan tahap kelembapan kulit.
Losen
Pelembap menjadikan kulit lebih lembut dan fleksibel. Elakkan pelembap
yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Sesetengah
pelembap berbentuk krim sesuai untuk kulit kanak-kanak. Ini kerana
kandungannya yang tidak berminyak dan mengandungi agen antikeradangan
yang sesuai dengan kesan pelembap dan boleh memanfaatkan kulit ekzema. Amalkannya setiap hari.
Menggaru
Elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal. Menggaru
boleh menyebabkan kulit merekah. Sebaliknya, gunakan pelembap untuk
menangani kegatalan tersebut. Ibu bapa boleh memakaikan sarung tangan
pada bayi mereka bagi mengelakkan si kecil daripada menggaru.
Berpeluh
Kepanasan atau berpeluh melampau boleh mengakibatkan kegatalan kulit.
Jika boleh, elakkan aktiviti yang boleh membuatkan anda berasa terlalu
panas dan berpeluh secara berlebihan.
Tekanan
Belajarlah cara untuk mengenal pasti dan berdepan dengan tekanan. Teknik
pengurangan tekanan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasi masalah
ini daripada bertambah teruk.
Penjagaan khas
Bahagian yang terjejas akibat ekzema akan mudah menerima kesan iritasi.
Ini bermakna penjagaan khas masih diperlukan. Jadi, teruskan
Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu
juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan
sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau
universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.
Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan
penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi
ini amat mudah dilakukan.
1. Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan.
Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
2. Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya,
sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri
mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
3. Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan
bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit ,
sakit kepala akan sembuh .
4. Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan
bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama
kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung
sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang
hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
5. Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga
hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung
sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
6. Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang
hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa
sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang
hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali
dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan
lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
7. Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian
saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah
tangga !” Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan
adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya
merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat ,
tetapi tidak sembuh .
8. Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung
sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam
kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan
melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit
kepala saya tidak berulang lagi.
9. Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada
orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat
efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini
adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang
memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
10. Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik
dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Selamat mencuba…
Sumber dari Wazy84.com
Kerap kencing tanda sakit
Ramai rahsiakan derita buang air kecil yang jadi petanda pundi kencing bermasalah
TAHUKAH anda, kekerapan membuang air kecil sebenarnya turut menentukan
tahap kesihatan pundi kencing anda? Lebih sukar lagi, keinginan atau
gesaan membuang air kecil bukan sekadar masalah kecil tetapi turut
menjadi petanda anda berkemungkinan besar mengalami gejala dikenali
pundi kencing terlalu aktif atau Overactive Bladder (OAB).
Apa yang dikesali, majoriti mereka yang mengalami masalah kesihatan ini
lebih sanggup menderita dalam diam daripada berkongsi dengan rakan-rakan
rapat, keluarga mahupun pakar kesihatan. Alasan mereka – malu atau
menganggap ia sebahagian daripada kesan atau proses peningkatan usia.
Masalah sukar kawal kencing (incontinent) atau inkontinens itu turut
menjejaskan kehidupan seharian.
Ramai yang salah faham mengenai masalah ini
apabila menganggap OAB sesuatu yang lumrah padahal ia sebenarnya boleh
dirawat. Tindakan membiarkan masalah itu berlarutan sebaliknya boleh
mengundang padah kerana ia menjejaskan kehidupan lelaki dan wanita pada
semua peringkat umur.
Silap jika ada yang beranggapan masalah ini cuma dihadapi mereka di
peringkat usia lanjut kerana gadis remaja pun tidak terkecuali. Kajian
yang dilakukan ke atas wanita di 11 negara di Asia mendapati 53.1
peratus individu berusia di antara 29 hingga 59 dibelenggu masalah itu.
Apakah puncanya OAB ini? Ia disebabkan keadaan pundi kencing yang terlalu aktif sehingga menyebabkan pesakit perlu kerap ke tandas.
Tanda-tanda paling penting OAB adalah rasa terdesak untuk buang air
kecil, diikuti kekerapan dan perlu bangun sehingga dua kali atau lebih
pada waktu siang atau malam untuk kencing.
Bagaimanapun OAB juga wujud pada individu yang mempunyai sistem saraf
yang normal. Sebagai contoh jangkitan saluran kencing, batu karang atau
ketumbuhan pundi kencing boleh menyebabkan aktiviti melampau pada otot
‘detrusor’ yang membawa gejala OAB. Apapun, punca sebenar yang
menyebabkan OAB masih tidak dapat dipastikan.
Pakar urologi dan Presiden Yayasan Kontinens Malaysia (CFM), Dr Peter
Ng, menjelaskan OAB boleh dilihat berdasarkan tiga ciri utama iaitu
kekerapan, terdesak/gesaan dan bangun malam (F.U.N Frequency Urgency and
Nocturia).
“Kekerapan bermaksud pesakit OAB berulang ke tandas berkali-kali
manakala terdesak/gesaan menjelaskan rasa terdesak untuk membuang air
kencing yang sukar ditangguh. Bangun malam pula merujuk kepada perbuatan
sering bangun malam untuk membuang air kecil. Antara semua tanda-tanda
ini, kekerapan adalah gejala yang paling penting dalam membuat penilaian
OAB.
“Keadaan ini bukan saja merimaskan malah menyusahkan pesakit. Bayangkan
mereka terpaksa ke tandas sebegitu kerap. Malah rasa gelisah sering
melanda apabila mereka terpaksa melakukan tugasan penting seperti
bermesyuarat sedangkan mereka asyik ke tandas.
“Selain itu, tidur dan rehat pesakit dan pasangannya juga boleh
terganggu kerana sering terbangun malam untuk buang air kecil,” katanya
selepas pelancaran sejenis pil bagi melegakan OAB keluaran
GlaxosmithKline (GSK) yang dikenali Vesicare (Solifenacin succinate),
baru-baru ini.
Menurutnya, masalah itu menyebabkan penghidap OAB terpaksa remeh memikirkan lokasi tandas berhampiran tempat dituju.
“Akibatnya, mereka rasa tertekan, menyisihkan diri dan mengehadkan
aktiviti yang menyebabkan kesejahteraan dan kualiti hidup terjejas,”
katanya.
Jelas Dr Peter lagi, ramai yang menghidap OAB keberatan untuk
mendapatkan rawatan walaupun sekian lama terganggu akibat desakan untuk
ke tandas. Ada yang malu untuk membincangkan secara terbuka manakala
ramai yang menyangka ia adalah sebahagian daripada proses penuaan dan
tidak perlukan perhatian dari segi perubatan.
“OAB adalah penyakit yang disahkan dan boleh dirawat dengan bantuan
perubatan. Malah amalan senaman yang betul seperti senaman Kegel untuk
melatih otot pelvik; melatih otot vagina; stimulasi elektrikal lantai
pelvik selain terapi untuk melatih tabiat buang air kecil yang lebih
sistematik boleh membantu,” katanya.
Jenis ubatan yang digunakan untuk melegakan masalah kesihatan ini ialah
Oxybutinin (Ditropan), Tolterodine, Darifenacin dan terbaru dalam
kumpulannya ialah Solifenacin atau Vesicare.
Fakta: Faktor risiko OAB
# Usia yang lanjut (20 peratus populasi berusia 70 ke atas mungkin akan melaporkan tanda OAB)
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar
# Strok
# Kecederaan saraf tunjang
# Dementia
# Penyakit Parkinson
# Diabetes
# Pembesaran prostat
# Pembedahan prostat
# Hamil kembar
INFO: Tip tangani OAB
# Ambil kira jumlah pengambilan cecair dan waktu pengambilannya.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.
# Jauhi minuman kafein.
# Amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat atau ambillah makanan tambahan yang berserat.
# Latih pundi kencing untuk melewatkan sedikit gesaan ke tandas apabila terasa ingin kencing.
# Sesetengah orang berhadapan dengan masalah untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya. Justeru, tunggu beberapa minit selepas membuang air kecil untuk membuang air kecil kali kedua. Ini bagi memastikan pundi kencing benar-benar kosong.
# Jadualkan waktu untuk anda membuang air kecil setiap hari. Misalnya, setiap dua atau tiga jam sekali. Ia lebih baik daripada anda ke tandas hanya selepas terasa ingin membuang air kecil.
# Lakukan senaman otot lantai pelvik bagi menguatkan otot berkenaan dan saluran kencing anda.
# Pakai pelapik seluar dalam bagi mengelakkan anda terkucil.
# Kekalkan berat badan yang ideal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan