Petua Untuk Melambatkan Penuaan
1.Makan mesti cukup tetapi bukan
berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar
setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum
kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan,
tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan
penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.
2.
Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau
mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih
di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang
wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai
energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5.
Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di
sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk
bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan
untuk melancarkan kembali peredaran darah.
PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KEKAL LANGSING.
Petua-petua tradisional ingin berkongsi petua untuk sentiasa kelihatan langsing.
A) Pertama ialah mengubah cara pemakanan yang mejadi amalan seharian kepada satu amalan yang baru iaitu
1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan
ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi.
2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan seperti nasi dan makanan-makanan yang berat, ambil sekadar buah-buahan atau jangan makan langsung.3. Makan malam pada sekitar jam 700 malam.
4. Jangan makan makanan-makanan yang berat seperti nasi selepas jam 9 malam.
5. Amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg telah dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Minumlah selepas bangun pagi, tengahari dan sebelum masuk tidur.
PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHALUSKAN KULIT.
Ambil
buah tomato dan dikisar hingga halus. Setelah buah tomato tersebut
telah hancur, ambil nya dan lumurkan di muka anda untuk beberapa
ketika.
Setelah di biarkan agak beberapa lama cucilah dengan menggunakan air suam. Buah tomato juga bertindak sebagai pembersih kulit muka anda.
Sebaik-baiknya anda lakukan di waktu malam sebelum anda masuk tidur. Lakukanlah sekerap yang mungkin untuk melihat perubahannya. InsyaAllah anda akan lihat perbezaannnya.
Setelah di biarkan agak beberapa lama cucilah dengan menggunakan air suam. Buah tomato juga bertindak sebagai pembersih kulit muka anda.
Sebaik-baiknya anda lakukan di waktu malam sebelum anda masuk tidur. Lakukanlah sekerap yang mungkin untuk melihat perubahannya. InsyaAllah anda akan lihat perbezaannnya.
PETUA-PETUA TRADISIONAL MERAWAT GATAL KULIT KEPALA.
Ambil
daun rambutan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi lebih kurang 3
gelas air dan hancurkannya. Selepas itu ambil perahan 2 biji limau nipis
dan kacaukan dengan air daun rambutan tadi hingga sebati
Tapiskan
air tersebut dan sapukan hingga rata di atas kepala. Ratakannya hingga
air tadi menyerap ke seluruh kulit kepala anda. Cuba amalkannya
sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Petua-petua mencerahkan kulit badan anda.
Ambil beras
dan gorengkannya tanpa menggunakan minyak sehingga agak keperangan.
Selepas itu anda kisarkannya sehingga menjadi halus. Kisarkannya
sehingga benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit
anda apabila digosokkan pada badan nanti.
Ambil
beras yang dikisar tadi dan campurkannya dengan sedikit air sahaja.
Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu
dibiarkan hingga kering pada kulit, Beras ini sekadar untuk dijadikan
scrub.
Lakukan
scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan
mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda
lembut,
PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KESAN PARUT JERAWAT DI MUKA.
RAHSIA KULIT JAMBU BATU.
Ambil 3 atau 4 biji buah jambu batu muda dan kisarkan sehingga halus
(bahagian kulit sahaja yer). Setelah dikisar sapu kisaran tersebut ke
bahagian parut jerawat serta dibiarkan semalaman. Basuh seperti biasa
dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga kesan parut pulih
seperti sediakala dan Insyaallah kulit muka akan kelihatan lebih halus
dan licin.
KEGUNAAN KULIT PISANG.
Jangan membuang kulit pisang masak selepas anda memakannya. Kulit pisang
masak tersebut mampu menghilangkan kesan parut dari kudis mahupun luka
di anggota badan termasuk muka. Apa yang perlu dilakukan cuma sapu
bahagian dalam kulit pisang perlahan-lahan seklama beberapa minit pada
bahagian berparut selama beberapa minit. Kemudian basuh muka seperti
biasa. Cuba amalkan selalu sehingga parut hilang. Insyaallah...
AIR BILASAN BERAS.
Air bilasan beras juga boleh menghilangkan parut dengan cara
membersihkan muka anda dengannya. Biarkan air tersebut hingga kering
dengan sendirinya. Kemudian boleh lah membasuh muka anda dengan air
bersih. Ini hendaklah diamalkan sekerap yang anda mampu.
UBI KENTANG.
Ambil sebiji ubi kentang dan kupas kulitnya dan parutkan. Sapukan ke
wajah anda dan biarkan selama 10 atau 15 minit. Sebelum melakukannya
muka anda hendaklah dibersihkan terlebih dahlu dari kekotoran. Selepas
itu cuci menggunakan air suam.
Ambil beras dan gorengkannya tanpa menggunakan minyak sehingga agak keperangan. Selepas itu anda kisarkannya sehingga menjadi halus. Kisarkannya sehingga benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.
Ambil beras yang dikisar tadi dan campurkannya dengan sedikit air sahaja. Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan hingga kering pada kulit, Beras ini sekadar untuk dijadikan scrub.
Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut,
PETUA-PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN KESAN PARUT JERAWAT DI MUKA.
Ambil 3 atau 4 biji buah jambu batu muda dan kisarkan sehingga halus (bahagian kulit sahaja yer). Setelah dikisar sapu kisaran tersebut ke bahagian parut jerawat serta dibiarkan semalaman. Basuh seperti biasa dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga kesan parut pulih seperti sediakala dan Insyaallah kulit muka akan kelihatan lebih halus dan licin.
KEGUNAAN KULIT PISANG.
Jangan membuang kulit pisang masak selepas anda memakannya. Kulit pisang masak tersebut mampu menghilangkan kesan parut dari kudis mahupun luka di anggota badan termasuk muka. Apa yang perlu dilakukan cuma sapu bahagian dalam kulit pisang perlahan-lahan seklama beberapa minit pada bahagian berparut selama beberapa minit. Kemudian basuh muka seperti biasa. Cuba amalkan selalu sehingga parut hilang. Insyaallah...
Air bilasan beras juga boleh menghilangkan parut dengan cara membersihkan muka anda dengannya. Biarkan air tersebut hingga kering dengan sendirinya. Kemudian boleh lah membasuh muka anda dengan air bersih. Ini hendaklah diamalkan sekerap yang anda mampu.
Ambil sebiji ubi kentang dan kupas kulitnya dan parutkan. Sapukan ke wajah anda dan biarkan selama 10 atau 15 minit. Sebelum melakukannya muka anda hendaklah dibersihkan terlebih dahlu dari kekotoran. Selepas itu cuci menggunakan air suam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan