KEBAIKAN POKOK MANIS STEVIA BERBANDING GULA BIASA
Bagaimana gula boleh menjejaskan kesihatan?
• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gulatidak menyebabkan sakit jantung secara lansung tetapi ia menjadikanplatelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darahdalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melaluilemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gramgula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilankalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akanditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
• Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.
GULA STEVIA LEBIH SIHAT DARIPADA GULA BIASA
• Gula tidak menjejaskan mana-mana bahagian tubuh tetapi ia merubah kimia darah.
• Gulatidak menyebabkan sakit jantung secara lansung tetapi ia menjadikanplatelet darah melekit dan ini meningkatkan risiko pembekuan darahdalaman yang boleh membawa kepada serangan jantung dan strok melaluilemak darah.
• Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gramgula memberi anda 4 kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilankalori atau gula berlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akanditukar menjadi lemak.
• 24 sudu teh gula boleh menyebabkan keberkesanan sel darah putih menurun sebanyak 92% dan ini memakan masa sehingga 5 jam.
• Proses penuaan menjadi lebih cepat menerusi pemecahan oksigen akibat pengambilan gula.
GULA STEVIA LEBIH SIHAT DARIPADA GULA BIASA
Tanaman herba yang cantik untuk landskap.
Daun manis pengganti gula untuk pesakit kencing manis dikategorikan sebagai pokok renek sesuai sebagai penghias penutup bumi
KONSEP Edible Garden atau Taman Ramuan menitik beratkan setiap pokok yang ditanam boleh dijadikan makanan, ubat selain menghias laman.
Untuk itu, ada beberapa pokok yang dikategorikan sebagai tanaman herba boleh dijadikan hiasan menarik dalam Taman Ramuan termasuk stevia atau daun manis yang menjadi pilihan ramai kebelakangan ini.
Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula.
Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi penghias penutup bumi.
Daunnya berbentuk bujur manakala batangnya lembut, halus dan bergerutu. Ia boleh membesar setinggi satu meter manakala bunganya kecil berwarna putih menyerupai bunga aster, cuma saiznya lebih kecil.
Stevia adalah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Justeru, stevia menghasilkan biji benih apabila matang.
Pokok ini boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga jarang dibiakkan dengan cara itu. Maka, pembiakannya selalunya menggunakan keratan batang.
Stevia berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika Selatan dan Amerika Tengah, ada yang menyatakan ia berasal dari Paraguay.
Selain untuk landskap, stevia digunakan secara meluas sebagai pemanis. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana.
Ia mula digunakan kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun lalu sebagai pemanis teh herba dan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Di Eropah, kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari pada kurun ke-16 dan ia kemudian dibawa ke Asia. Kajian mengenai tumbuhan ini dimulakan pada awal kurun ke-19 apabila pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan secawan teh herba yang kelat.
Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya,
Uniknya, stevia adalah pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 kali lebih manis daripada gula biasa. Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tidak mengandungi toksid.
Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi kesan terhadap kesuburan, namun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan stevia.
Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan alternatif atau tambahan untuk pesakit darah tinggi.
Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid dalam stevia mendapati steviol tidak menghasilkan glukos, bermakna ia baik untuk pengidap diabetes.
Pengkaji Denmark mendapati hipoglisemik in vitro yang dilakukan steviosid dan steviol berupaya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi ejen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
Ada pendapat menyatakan stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung dan berfungsi menstabilkan tekanan darah serta degupan jantung.
Kini, berjuta-juta orang di Brazil dan Jepun menggunakan stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semula jadi, malah menjadi perisa makanan diluluskan sejak 20 tahun lalu.
Penduduk Jepun adalah pengguna paling besar menggunakan stevia untuk memaniskan hampir semua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat.
Malah, dilaporkan syarikat pengeluar minuman seperti Coca Cola menggunakan ekstrak stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan Kanada.
Di Amerika Syarikat, stevia menjadi bahan larangan yang tidak boleh digunakan terhadap produk makanan. Ini mungkin kerana monopoli pengeluar pemanis tanpa kalori sintetik yang terdapat di sana.
INFO: Stevia
• Tanah kompos, tanah campuran bukan tanah liat yang menakung air
• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi serta perlu disiram dua kali sehari dalam cuaca panas.
• Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
• Dos yang biasa digunakan dan dicadangkan untuk penggunaan stevia ini ialah 1/4 sudu makan. Daunnya yang dihancurkan digunakan untuk menggantikan 1 sudu makan gula biasa.
Nama Tempatan: Stevia
Nama Saintifik: Stevia rebaudiana
Nama Lain: Teh manis, sweet leaf of Paraguay, caa-he-éé, kaa jheéé, ca-a-jhei, ca-a-yupi, azucacaa, eira-caa,
Sinonim: Eupatorium rebaudianum capim doce, erva doce, sweet-herb, honey yerba, honeyleaf, yaa waan, candy leaf, sugarleaf.
Famili: Astereacea
Asal: Paraguay
Antara ciri-ciri stevia ialah:
Pemanis semula jadi
Menurunkan kadar gula dalam darah
Melawaskan kencing
Menurunkan tekanan darah
Membunuh bakteria
Membunuh kulat
Membunuh virus
Mengurangkan keradangan
Membantu menurunkan berat badan.
PENGENALAN DAUN GULA STEVIA
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.
GULA : PEMANIS YANG MEMBUNUH
Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yangpaling memudaratkan manusia. Gula cuma menambah kalori tambahan yangjika tidak digunakan akan bertukar sebagai lemak dalam tubuh. Ia tidakmemberi sebarng nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat itudigunakan untuk memtabolismenya. Lebih buruk lagi gula menyingkirkanzat makanan daripada tubuh. Itulah sebabnya ia digelar "kalori kosong"atau makanan tanpa khasiat.
Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar pemakanan tentang keburukan gula.
• "Gula adalah pemanis pembunuh".Kajian yang telah dibuat daripada ahli pemakanan dan saintis, Professor John Yudkin.
• Satu kajian di Finland mendapati diet yang kaya dengan gula mengurangkan kekuatan tulang tikus yang sedang membesar.
• Rencanaterbaru Newsweek yang mengetengahkan gelombang jenayah di Jepunberjudul "Devil Food Made Me Do It", melaporkan tentang kaitan diantara makanan yang terlalu banyak gula membawa kepada keganasan.
Antara penyakit-penyakit dari kemanisan gula :
• Penyakit Jantung
• Kanser - Sel-sel kanser subur dengan gula
• Kencing Manis
• Jerawat
• Candida Albicans - Gula boleh menyebabkan jangkitan vagina
• Melemahkan Sistem Imun - 24 sudu teh gula boleh mengakibatkan 92% sel darah kurang berkesan
• Kerosakan Gigi - 8 dari 10 kanan-kanak menjadi mangsa
• Cepat Tua
• Kegemukan
• Sakit Sendi
• Osteoporosis
• Batu Karang Hempedu
Diantara penyebab gula menjejaskan kesihatan anda : • Gula boleh melemahkan sistem imun
• Gula boleh mengganggu imbangan galian dalam tubuh
• Gula penyebab hiperaktiviti, gelisah dan kenakalan kanak-kanak
• Gula menjejaskan pencapaian kanak-kanak di sekolah
• Gula boleh melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
• Gula boleh merosakkan buah pinggang
• Gula boleh membawa kepada kanser payudara, ovari, prostat dan kanser dubur
• Gula menjadi faktor kanser pundi hempedu
• Gula boleh menyebabkan kanser kolon, dengan risiko lebih tinggi terhadap wanita
• Gula boleh menyebabkan perut berasid
Kanser
Gula menggalakkan kanser kerana insulin dikaitkan dengan pengeluaranhormon Prostaglandin E2 yang melemahkan sistem imun. Tumor kanseradalah pemakan gula. Paras gula dalam darah yang tinggi bermaknaterdapat bekalan "bahan bakar" tumor yang terus beredar diselurh badan.
Candida Albicans (Keputihan)
Gula turut menjadi makanan kepada yis Candida Albicans yang menyebabkan jangkitan faraj akibat pertumbuhan yis yang berlebihan.
Apabila kandungan gula dalam darah menjadi tinggi, terdapat gulatambahan sebagai makanan. Dengan itu yis bertambah berllpat gandadengan cepat sehingga menyebabkan pertumbuhan yang berlebihan.
Kegemukan
Gula adalah satu penyebab kegemukan kerana 1 gram gula memberi anda 4kalori tanpa sebarang khasiat lain. Pengambilan kalori atau gulaberlebihan yang tidak digunakan oleh tubuh akan ditukar menjadi lemak.Ini akan menyebabkan kegemukan selain dari timbulnya pelbagai masalahkesihatan yang lain.
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)
Tekanan darah tinggi adalah perkara biasa bagi orang yg gemuk.Tisu yang bertambah dengan lemak bermakna menambahkan lagi jarakkapilari di mana melaluinya darah dipam. Keadaan ini lebih menekanjantung dan arteri hingga menyebabkan pelbagai bentuk penyakit jantungyang boleh membawa kepada maut.
POKOK ANTI SERANGGA SEMULAJADI
NATURAL ORGANIC INSECTICIDE TREE
Nama sains: Azadirachta indica Syn. Melia Azadiracta, Antelaea azadirachta, Melia indica
Nama biasa: Mambu, neem, nim, margosa, sadu, sadao, dao, repe, imba, mamba, mimba intaran
Famili: Meliaceae (satu keluarga dengan pokok Mahogani/ Swietenia mahagoni dan Sentang/Azadirachta excelsea)
Negara asal: Malaysia, Indonesia, India, Myammar, Bangladesh, Sri Lanka, and Pakistan
Ketinggian pokok: 15-20 meter
Buah
- • Sangat beracun
Fakta mengenai pokok ini
- Pokok ini cepat membesar
- Hidup di Negara beriklim Tropika dan separa tropika
- Namanya di Afrika (Swahili) bermakna ‘pokok 40’ ianya dikatakan boleh menyembuhkan 40 jenis penyakit.
- Di India, pokok ini dikenali dengan bermacam macam nama seperti,’Pokok sakti’, ‘Sembuh segala penyakit’, ‘Kedai ubat alam’,’ Ubat untuk segala penyakit’ dll.
- Pokok ini tahan kemarau dan boleh hidup ditempat yang kurang air/ kering atau tanah berpasir.
- Di India ranting pokok ini dikunyah untuk bersihkan gigi.
- Di Senegal pokok ini telah digunakan sebagai ubat malaria dengan berkesan
- Di kepulauan Pacifik daun mambu/neem dibuang ke laut, katanya ikan suka bertelur pada daun pokok ini.
- Orang orang India tahu macam mana untuk mengatasi racun pokok ini.
Kegunaan sebagai makanan
- Bunga di masukkan kedalam masakan kari
- Di India, bunga pokok mambu/neem dan gula merah dibuat gula gula.
- Pucuk muda dan bunga pokok ini dijadikan sayur di India., Vietnam dan Myammar
Khasiat perubatan
- Daun , buah,, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan
- Daun mambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (Anthelmintic)
- Atikulat(antifungal),
- Ubat kencing manis (antidiabetic)
- Anti-kuman/bacteria ( antibacterial)
- Anti –virus ( antiviral),
- Anti kesuburan /membunuh mani (anti-fertility,)
- Ubat tahan sakit (Sedative)
- Digunakan didalam perubatan ‘Ayurvedic’ untuk penyakit kulit.
- Ubat jerawat (acne treatment)
- Pesakit cacar atau campak (smallpox /measles) tidur diatas daun mambu/neem.
- Turunkan suhu badan (Febrifuge/antipyretics)Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas.
- Ubat sakit ‘scabies”
- Astringent
- Daun untuk ubati kudis
- Mengikut dos yang betul daun mambu/neem diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit. (Increase immunity)
Kegunaan dalam industri sabun dan wangian
- Minyak mambu/neem untuk perbuatan sabun, shampoo, krim, dll.
- Minyak mambu/neem membuat kulit bergetah (elastic)
Anti serangga/ racun serangga organik (Organic Pest control)
- Minyak mambu/neem menghidar dari gigitan nyamuk
- Boleh menghindar/membunuh lebih dari 500 jenis serangga,kutu, nematodes, ianya akan menghindai serangga, kalau serangga memakan racun serangga dari mamu/neem ianya tidak membunuh serangga itu sebaliknya akan merusakkan generasi(kepompong) serangga itu.
- Berbanding dengan racun kimia, mambu/neem neem selamat dan tidak memudaratkan untuk jangka masa panjang kepada manusia dan haiwan
- Daun digunakan untuk hapuskan kutu rambut.manusia, kucing dan anjing.
- Asap dari pembakaran daun mambu pun boleh membunuh seragga
- Untuk membuat racun serangga anda cuma perlu ‘blend ‘ daun mambu/neem dengan cili api dan bawang putih. Tidak seperti racun kimia, ramuan ini anda boleh pegang dengan tangan (jangan diminum).
Kegunaan sebagai baja:
- Daun pokok ini kaya dengan ‘potash’ dan’phophorus’ dan boleh dibuat baja.
Kegunaan landskap
- Pokok teduhan/ teduhan yang luas
- Tempat kurang hujan
- Pokok tepi jalan (roadside planting)
- Tanah berpasir
- Tepi laut
Saintis Pakistan ,Salimuzzaman Siddiqui pada tahun 1942 telah menemui bahan kimia pahit dari pokok mambu:-
1. Nimbin (dari minyak)
2. Nimbidin(dari minyak)
3. Nimbinin(dari minyak)
4. Azadirachtin(/dari biji)
AMARAN
Boleh dikatakan kebanyakkan bahagian pokok mambu/neem adalah beracun ; rujuk kepada pakar perubatan tradisional sebelum mengunakannya.
Rujukan
Wikipedia
I.H.Burkill- A Dictionary of the Economic products of the Peninsula Malaysia
Pokok Kaduk
pokok kaduk
Inilah
rupa pokok kaduk.. Sekali tengok macam daun sirih, tapi bukan. Kalau
nak tahu perbezaannya, pokok sirih ada junjung tempat dia naik
menjalar.. tapi pokok kaduk tumbuh melata dan mudah membiak.. Daun kaduk
selain dibuat ulam dan kerabu, biasanya dicampur ke dalam masakan gulai
siput sedut (siput sawah). Boleh juga dicampurkan ke dalam masakan
singgang asam pedas (bagi orang-orang Kelantan/Terengganu). Mieng Kham
juga satu hidangan istimewa pembuka selera, cukup popular di kalangan
orang-orang Thai, juga disedikan dengan daun kaduk.
pokok kemangi
Daun ini licin berbau,
harum dan digunakan sebagai rencah, perasa juga sebagai ulam. Selasih
hitam berbunga gelap dan berbau kuat sementara kemangi jantan mempunyai
bunga berwarna cerah. Bunganya
dalam bentuk karangan di hujung ranting yang tegak. Kelopak bunga yang
tua mudah tumbuh meliar dan membiak melalui biji.
Daun
pokok kemangi dapat mengubati batuk kerana bersifat narkotik ringan.
Caranya dengan meramas daun dan menyapukannya pada leher atau mengunyah
lima helai daun di waktu pagi dan petang. Air rebusan daun yang diminum
mampu menyembuhkan selesema, resdung, asma dan membuang angin dalam
badan.
Campuran
kemangi, lada hitam, halia dan madu dipercayai boleh mengurangkan
stress, tekanan darah tinggi, kolesterol dan menstabilkan kandungn gula
dalam darah. Amalan mengunyah daun juga dapat menghilangkan bau nafas.
Bijinya
apabila direndam ke dalam air akan mengeluarkan jeli yang bersifat
diuretik, stimulan dan merangsang pengeluaran peluh. Selain itu biji
kemangi jantan yang telah direndam boleh mengubati penyakit usus dan
sakit buah pinggang dan merendahkan suhu badan.
Terung pipit
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.
Khasiat
Secara saintifik
Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.
Secara tradisi
Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Penggunaan
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).
Khasiat Terung Pipit
Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.
Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Nama lain : Asin-asin(Utara Semenanjung), mani cai (Cina), rau ngót (Vietnam)
Pengenalan
Daun Kesum
Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.
Terung pipit
Terung pipit atau juga dikenali sebagai terung rembang (rimbang dalam bahasa Minang), atau terung manggul adalah sejenis ulam yang terdapat di hutan ASEAN. Nama botani terung ini adalah Solanum tarvum.
Khasiat
Secara saintifik
Dalam tiap 100 g bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 89 g, protein 2 g, lemak 0.1 g, karbohidrat 8 g, serat 1.0 g, kalsium 50 mg, fosforus 30 mg, ferum 2 mg, vitamin A 750 I.U., vitamin B1 0.08 mg, vitamin C 80 mg.
Secara tradisi
Buahnya mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan. Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.
Penggunaan
Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah. Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.
Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).
Khasiat Terung Pipit
Merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika.Biasanya dimakan secara mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Dikenali sebagai Solanum torvum ,dalam nama sainsnya.
Daripada kajian, terung ini mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.9% karbohidrat serta mengandungi fosforus, sedikit zat besi, banyak vitamin A dan C dan sedikit vitamin BI.Terung ini juga mengandungi alkoloid jenis steroid yang dikenali sebagai soladin dengan kandungan sebanyak 0.84%.
Buah ini mengandungi banyak khasiat. Antaranya dengan meminum air rebusan buah ini dapat meredakan kesakitan akibat sakit perut yang berterusan.Selain itu akarnya pula dapat mengubati retak kulit pada kaki.
Pokok Maman
Nama Saintifik: Cleome gynandra
Famili: Capparidaceae
MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.
Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.
Famili: Capparidaceae
MAMAN adalah sayuran tradisional yang sangat digemari masyarakat desa. Pucuk atau daun muda yang dijeruk dimakan dengan nasi. Air jeruknya menjadi cicah ikan bakar atau dihirup seperti sup. Rasa masam jeruk maman ini merangsang selera sehingga nasi lebih enak dimakan dan lebih berselera daripada biasa.
Pucuk Maman juga menjadi sayuran penyedap rasa dalam pindang ayam atau ikan dan pelbagai resipi masakan tradisional yang digemari.
Maman,
herba semusim setinggi antara 60 hingga 80 sentimeter (sm). Batangnya
lembut, bercabang di bahagian atas dan berwarna hijau kemerahan. Daun
kompaun palmat yang terdiri daripada 3 hingga 5 segmen berbentuk obovat.
Petiol 5 hingga 10 sm panjang. Infloresen terminal rasem dengan
bunganya yang berwarna putih keunguan. Buah kapsul berbentuk silinder, 3
hingga 11 sm panjang, 3 hingga 6 milimeter (mm) lebar dan hujung
berparuh runcing. Pedisel 1 hingga 3 sm panjang. Buahnya mengandungi
biji-biji kecil berwarna hitam keperangan.
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).
Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus.
Maman mengandungi khasiat makanan yang tinggi. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan, Maman mengandungi air 88.3 g, protein (4.1 g), lemak (0.5 g), karbohidrat (3.5 g), serat (1.8 g), kalsium (275 mg), fosforus (28 mg), ferum (8.1 mg), natrium (16 mg), kalium (269 mg), karotena (5,816 ug), vitamin A (969 ug), vitamin B1 (0.14 mg), vitamin B2 (0.24 mg), niasin (1.4 mg) dan vitamin C (72. mg).
Maman mudah dibiakkan dengan menyemai biji benih. Tanaman ini adalah tanaman parak dan sering ditanam selepas pembukaan tanah baru. Biji maman ditaburkan di tempat yang dibakar. Selepas 3 hingga 6 minggu atau sebelum berbunga maman ini dituai pucuknya atau dicabut terus.
Pokok Pegaga
Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Khasiat
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Antara khasiat lain pegaga adalah:
* penawar alahan
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah
* anti kanser
* melawaskan air kencing
* penawar batu karang
* penawar kencing berdarah
* penawar ulser
* merangsang peredaran darah
* merawat cirit birit
* menurunkan tekanan darah
Kebiasaannya
kegunaan pegaga di rumah ni bagi masakan lemak..Tapi boleh juga dimakan
begitu saja.. Ops kena basuh lah dulu nanti ada plak kena kuman plak..
Selain
itu ianya boleh dijadikan sebagai ‘jus’ dengan mem’blender’ pegaga
tersebut. Tapi saya tak pernah cuba lagi (rasanya ada dikomersialkan )
..
Kepada sesiapa yang ingin melakukan penanaman taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya menjalar di tanah.
Cekur Manis
Nama botani : Sauropus androgynusNama lain : Asin-asin(Utara Semenanjung), mani cai (Cina), rau ngót (Vietnam)
Pengenalan
Pokok cekur manis
atau nama saintifiknya Sauropus androgynus merupakan tumbuhan yang
banyak terdapat di Asia Tenggara. Terdapat bahagian pokok cekur manis
yang boleh dijadikan makanan. Pucuk cekur manis biasa digunakan dalam
masakan masyarakat Melayu. Daun cekur manis boleh diperam atau dijeruk
dan dijadikan bahan masakan yang sungguh menyelerakan. Ia juga dikenali
sebagai mani cai (Cina), dan bahasa Vietnam sebagai rau ngót. Pokok
cekur manis terdiri daripada beberapa batang menegak yang mampu mencecah
ketinggian 2.5 m dan mempunyai daun bujur gelap sepanjang 5–6 cm. Pokok
cekur boleh dibiakkan dengan menggunakn keratan batang atau biji benih.
Pokok ini mudah untuk hidup dan lasak dengan keadaan persekitaran.
Kegunaan
Ia
merupakan salah satu sayuran daun yang popular di Asia Selatan dan
terkenal kerana cekur manis mudah didapati dan rasanya sedap. Pucuknya
juga boleh dimakan sebagai ulaman. Di Vietnam, ia dimasak sebagai sup
bersama ketam, atau udang kering. Cekur manis merupakan salah satu
daripada tumbuhan yang mengandungi vitamin K. Cekur manis bukan hanya
boleh dijadikan ulaman, di Malaysia ia biasa dijadikan sayur dalam
masakan seperti masak lemak dan sebagainya. Daun cekur manis mengandungi
banyak provitamin A karetenoid terutama pada daun yang baru dipetik dan
masih segar. Malah cekur manis juga mengandungi vitamin B, C, protein
dan juga mineral. Kandungan nutrien dalam daun cekur manis semakin
tinggi jika daunnya semakin tua.
Dalam
perubatan tradisional, cekur manis sering disarankan kepada ibu-ibu
mengandung khususnya untuk memperbanyakkan susu selepas melahirkan anak.
Caranya ialah dengan melumatkan daunnya kemudian ditampal pada payudara
si ibu. Cekur manis yang dijadikan jus juga paling mujarab untuk
mengubati sakit mata dan meredakan demam dan panas badan.
Daun Kesum
Kesum dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan masak asam pedas.
Selain
digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan
yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan
masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum
direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula,
daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan
sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian
bilas dengan air bersih
Pucuk Putat
"Barringtonia racemosa"
Putat merupakan tumbuhan yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan tepi sungai atau berhampiran dengan kawasan yang berpaya. Ia merupakan sejenis pokok yang bersaiz sederhana dan boleh mencapai ketinggian hingga 10 meter.Ia di jumpai tumbuh dikawasan asia tenggara dan kepulauan pasifik.Terdapat dua jenis putat yang selalunya dijadikan ulam oleh masyarakat melayu iaitu putat hijau dan putat merah. selain dari pucuknya buahnya juga boleh dijadikan ulam.Ada juga putat yang dipanggil putat laut(Barringtonia asiatic) seperti namanya putat ini biasa dijumpai tumbuh berhampiran dengan pantai.daunnya juga agak berbeza dengan daun putat paya dengan warna daunnya hijau gelap yang berkilat.Bentuk buahnya juga berbeza.Walaupun habitat asalnya berhampiran dengan laut ia juga boleh ditanam dalam medium yang lain.pucuk midin |
Orang Terengganu biasanya letak dlm bubur lambut..
Dan di masak sayur air lada hitam...perghhhh sedap...
Midin atau nama saintifiknya Stenochlaena palustris adalah
tumbuhan liar yang tumbuh di tanah dataran rendah dalam hutan sekunder
dan tempat terbuka seperti kebun getah serta gemar menumpang pokok lain.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Tumbuhan ini juga antara tanaman semusim rizomatous dan epiphytic dengan akarnya mencengkam di tanah yang biasa didapati di kawasan paya gambut dan air tawar serta hutan belukar.
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit ciri birit dan daunnya yang direbus baik dimakan sebagai ulam.
———————————————
pucuk paku
Lazimnya pokok paku tumbuh meliar di pinggir paya,sungai,sungai,ladang dan pada tempat yang agak lembab.Ianya pula membiak dengan jatuhan spora di bawah daun daun yang cukup matang.Ada juga petani dan pengusaha yang membiakan pokok paku ini secara khusus bagi menampung bekalan dari permintaan yang sentiasa ada.
Dari jolokan sayur kampung kini sayur pucuk paku semakin digemari.Untuk di buat sayur pula hanya daun muda atau pucuk sahaja yang digunakan kerana bersifat lembut.
Pelbagai resepi boleh dicuba dengan sayur pucuk paku ini.Antara yang biasa masak lemak kuning / putih,kerabu,digoreng bersama kicap dan lain lain cara mengikut kreativiti masing masing.Sangat menyelerakan bagi penggemarnya.
Mungkin warga PCC ada pendapat yang tersendiri berkaitan dengan sayur pucuk paku ini.
Ulam Raja
Nama Tempatan : Ulam Raja
Nama Saintifik : Cosmos
caudatus
Nama Lain : King
salad, Intan Berayun
Ulam Raja (king salad) sebenarnya adalah tergolong dalam
jenis cosmos yang biasa ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya yang
cantik dan berwarna warni. Namun yang selalu dijadikan ulam selalunya mempunyai
bunga yag kecil dan berwarna agak pucat(merah jambu pucat) atau putih.Ia juga
dikenali sebagai bokok intan berayun. biasanya ia boleh tumbuh hingga mencapai
2 meter tingginya dan ketinggian yang paling sesuai untuk pertumbuhannya ialah
pada 200 meter dari aras laut. Ia membiak melalui biji benih yang dihasilkan
selepas bunganya matang.Tumbuhan ini berasal dari Amerika latin tetapi boleh
didapati tumbuh secara liar disemua negara asean. ia mengandungi 0.3 peratus
protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat, ia juga kaya dengan laksium dan
vitamin A.
KHASIAT
Ulam raja digunakan dalam perubatan tradisional kerana
khasiatnya yang dikatakan dapat mencuci darah dari bahan toksid dan juga dapat
menguatkan tulang. klorofom yang diekstrak dari daun ulam raja mengandungi
costunolide, stigmasterol, lutein dan bipyridine yang dikatakan dapat
merencatkan aktiviti sesetengah bakteria dan fungus seperti candida albicans
dan Bacillus subtilis dan juga E.choli.
Ulam
Raja ini sangat senang ditanam dan boleh tumbuh dihalaman rumah atau
didalam pasu bunga. Kaedah penjagaan yang mudah dengan siraman air dua
kali sehari akan menjadikan pokok ulam raja mudah membiak dan membesar
dengan cepat. Ianya boleh dijadikan sumber sayuran atau ulaman
seharian. Sangat sesuai ditanam didalam pasu sekiranya anda tinggal
dirumah bertingkat seperti flat atau apartment
Daun Sireh
Khasiat Daun Sirih
TANAMAN
bernama ilmiah Piper betle ini termasuk jenis tumbuhan merambat dan
bersandar pada batang pohon lain. Permukaan daun berwarna hijau dan
licin, sedangkan batang pohonnya berwarna hijau tembelek (hijau agak
kecoklatan) dan permukaan kulitnya kasar serta berkerut-kerut.
Bentuk
daun sirih pipih menyerupai jantung dan tangkainya agak panjang. Buah
sirih berupa buah buni yang berbentuk bulat berwarna hijau keabu-abuan.
Akarnya
tunggang, bulat dan berwarna coklat kekuningan. Kemampuan tanaman ini
untuk memanjangkan batangnya bisa mencapai puluhan meter.
Siapa yang tidak mengenal daun sirih, tanaman yang kaya akan manfaat ini memiliki beberapa khasiat untuk kesehatan dan kecantikan. orang-orang tua juga biasa menggunakannya bersama buah pinang dan kapur untuk di kunyah atau istilahnya menyirih.
Siapa yang tidak mengenal daun sirih, tanaman yang kaya akan manfaat ini memiliki beberapa khasiat untuk kesehatan dan kecantikan. orang-orang tua juga biasa menggunakannya bersama buah pinang dan kapur untuk di kunyah atau istilahnya menyirih.
Tanaman
ini cukup terkenal di berbagai belahan dunia, terutama di kawasan Asia
Selatan dan Asia Tenggara. Selain itu, daun ini memiliki nama lokal di
berbagai wilayah seperti betel (Perancis), betelhe, vitele (Portugal);
sirih (Indonesia), suruh, sedah (Jawa), seureuh (Sunda), ju jiang
(China). Sirih dapat dimanfaatkan untuk :
-Anti oksidan
Minyak
atsiri dari daun sirih memiliki kandungan minyak terbang (betiephenol),
seskuiterpen, pati, diatase, gula dan zat samak dan kavikol yang
memiliki daya antioksidasi (mematikan kuman) dan fungisida (anti jamur).
Sirih juga mengadung bahan aktif fenol dan kavikol. Daun sirih dapat
dimanfaatkan untuk pestisida nabati (mengendalikan hama penghisap)
-Diare
Tumbuk
secara bersamaan hingga halus 4-6 lembar daun sirih, 6 biji lada, 1
sendok makan minyak kelapa. Kemudian gosokkan bahan yang sudah halus
pada bagian perut. Beberapa saat kemudian diare dijamin akan reda.
-Menghentikan pendarahan gusi
Didihkan 4 lembar daun sirih dengan dua gelas air. Setelah dingin dipakai untuk kumur, diulang secara teratur sampai sembuh.
-Menghentikan pendarahan hidung atau mimisan
Gulung
1 lembar daun sirih sambil di tekan-tekan hingga minyaknya keluar.
Kemudian sumbatkan atau tempelkan pada hidup yang berdarah karena
mimisan tersebut.
-Sakit gigi berlubang
Rebus
1 lembar daun sirih dengan 2 gelas air sampai mendidih. Setelah dingin
pakailah untuk berkumur. Ulang terus sampai sembuh.
- Untuk mengobati mimisan.
Saat
anak anda panas dalam atau kecapean, kadang keluar darah dari hidungnya
atau mimisan. kita dapat mempergunakan daun sirih untuk mengobati atau
meredakannya. Ambil beberapa daun sirih, cuci dan bersihkan, lipat dan
gulung2 lalu masukkan ujungnya sedikit pada salah satu lubang hidung
secara bergantian, niscaya dapat meredakan mimisan pada putra putri
anda.
- Mengobati keputihan
banyak
wanita mengalami masalah keputihan, bau tak sedap dan gatal2 pada organ
intim. cobalah untuk mengobatinya dengan khasiat antiseptik alami pada
daun sirih. Ambil daun sirih secukupnya lalu rebus. pergunakan air
rebusan tadi untuk mencuci organ intim atau cebok. atau bisa juga di
gunakan dengan cara berendam dalam air rebusan daun sirih yang sudah
hangat-hangat kuku.
-Menghilangkan bau badan
rebus beberapa lembar daun sirih, tunggu hingga dingin lalu diminum.
-. Mengobati bau mulut
Ambil 2 lembar daun sirih lalu di seduh, lakukan kumur2 setiap pagi dan sore hari.
Nama Botani : Melastoma malabthricum
Pokok Gelenggang
Nama Botani : Cassia Alata
Famili : Caesalpinaceae
Famili : Caesalpinaceae
Pengenalan
Gelenggang adalah tumbuhan renek
yang tumbuh secara meliar di kawasan terbiar terutama kawasan
berdekatan dengan air seperti sungai, sawah padi dan paya. Ketinggian
pokok ini mencapai sehingga 7 meter. Pokok gelenggang mempunyai bunga
yang cantik berwarna kuning. Apa yang menarik, dedaun pokok gelenggang
ini akan 'rehat' (tertutup) pada waktu malam. Buahnya dalam bentuk
lenggai.
Kegunaan
Daun gelenggang telah digunakan
sejak lama dahulu untuk mengubati kurap dan panau. Daun gelenggang yang
segar dihancurkan, dicampur dengan sedikit minyak tanah dan
dilumurkannya pada tempat yang berkenaan. Daun pokok ini juga dikatakan
boleh digunakan untuk hilangkan jerawat.
Pokok Senduduk
Famili : Melastomaceae
Pengenalan
Pokok
senduduk merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa dijumpai tumbuh
secara liar di kawasan terbiar, padang dan ianya lebih menggemari
kawasan yang terbuka. Pokok senduduk boleh mencapai ketinggian sehingga 3
meter mengikut usia dan kawasan di mana ia tumbuh. Daun senduduk
mempunyai bulu-bulu halus dan ia mengeluarkan bunga berwarna ungu. Pokok
ini membiak melalui biji benih dan ia juga boleh dibiakkan menggunakan
keratan batang.
Kegunaan
Daun
pokok senduduk sering digunakan untuk merawat luka kecil dengan caranya
melumatkan daun muda senduduk dan ditampalkan pada bahagian luka. Ia
berfungsi untuk menghentikan pengaliran darah dan menyembuhkan luka
tersebut. Pucuk senduduk yang masih muda dimakan sebagai ulam dapat
merawat cirit birit. Daun senduduk yang dikeringkan dicampur bersama
herba lain direbus dan diminum air rebusan tersebut boleh mengatasi
masalah keputihan bagi kaum wanita. Daun senduduk yang tumbuk halus dan
ditampal pada bisul akan segera memecahkan bisul dan mengecutkan bisul
tersebut.
Akar
senduduk yang dilumatkan bersama daunnya dan ditampal pada cacar atau
parut cacar, dipercayai dapat menghilangkan kesan parut tersebut. Akar
senduduk yang dikeringkan kemudian rebus dan diminum oleh ibu lepas
bersalin(semasa dalam pantang) dapat menyembuhkan luka, mengecut dan
mengetatkan semula rahim.
Untuk
merawat buasir, air rebusan campuran akar, daun dan batang senduduk
diminum airnya. Jika air rebusan tersebut digunakan untuk berkumur, ia
akan meredakan sakit gigi. Air rebusan tersebut juga boleh dijadikan
mandian untuk mengatasi masalah lenguh sendi tulang, angin dan ia
menyegarkan badan.
Buah
senduduk sebenarnya boleh dimakan tetapi ia kurang digemari kerana
mempunyai biji-biji kecil dan warna buahnya akan memberi kesan yang
lambat hilang pada bahagian mulut. Buahnya sangat digemari oleh burung
dan haiwan. Bunga senduduk yang mekar boleh melembutkan kulit muka
dengan merendam beberapa kuntum bunga dalam dan air rendaman tersebut
digunakan sebagai pembasuh muka. Biarkan seketika dan bilas dengan air
suam, kulit muka akan kelihatan segar dan berseri
Lempoyang
Nama botani: Zingiber zerumbit.
Famili: Zingeberaceae
Pengenalan
Kegunaan
Lempoyang merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain untuk dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera makan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda lempoyang membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
Famili: Zingeberaceae
Pengenalan
Lempoyang
merupakan tumbuhan dari keluarga zingerberaceae. Ia biasa tumbuh liar
tapi banyak juga yang ditanam di sekitar rumah dan kebun kerana
khasiatnya dalam bidang perubatan herba. Ia mempunyai bunga berbentuk
kon berwarna merah dan mampu bertahan lama.
Kegunaan
Lempoyang merupakan herba utama dan dicampur dengan daun-daun herba lain untuk dijadikan sebagai rebusan mandian herba wanita lepas bersalin. Rebusan daun lempoyang terbukti dapat memberi kesegaran dalaman dan luaran kepada golongan wanita lepas bersalin. Lempoyang juga boleh membantu mengatasi masalah kurang selera makan. Rizom muda lempoyang dimakan secara berteusan sebagai ulam boleh digunakan untuk menambah selera makan. Rizom muda yang dimakan mentah baik untuk wanita yang ingin mengekalkan awet muda. Air rebusan rizom muda lempoyang membantu melegakan atau mengubati sakit perut.
Pokok Serai Kayu
Nama Tempatan:
|
Salam
|
Nama Saintifik:
|
Eugenia Polyantha
|
Nama Lain:
|
samak kelat, bay leaf, daun salam manting, serah, serai kayu, Daeng klua (Thai),Saramu-rihu. sinonim: Syzygium polyanthum
|
Famili:
|
myrthaceae
|
Lokasi dijumpai:
|
Tumbuhan liar
|
Asal:
| |
keterangan:
| |
Pokok
salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar.
Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki.Namun ketinggian yang
biasa dijumpai ialah 60 kaki.Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan
berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang
wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan
bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya.Daunnya yang kering
berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan
sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging.Ia
dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng
atau dipanaskan.Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah
:euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol.Ia membiak
melalui biji benih dan keratan batang.
| |
kegunaan:
| |
Perubatan
herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing
manis, cirit-birit dan darah tinggi.Bahagian yang digunakan
termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya.Untuk diabetis melitus
caranya dan tekanan darah tinggi, 20 helai daun salam direbus bersama
tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali
sehari sebelum makan pagi dan malam.Untuk mengubat cirit birit,
daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam
sebelum diminum.Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk
mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada
bahagian yang terlibat sebelum dibalut.Setengah pendapat juga
mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol
dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan