Khamis, 16 Januari 2014

Telinga BerdesinTennitus-g (Ear Ringing)

 Telinga Berdesing

Tennitus juga adalah gejala penyakit dan yang boleh melibatkan satu atau kedua dua telinga. Bunyinya boleh dikaitkan dengan mengikut denyutan jantung/ tidak mengikut denyutan jantung. Gejala tinnitus ini mungkin sekejap atau lama dan boleh jadi berterusan atau berulang-ulang.
Gejala gejala berkaitan:



  • kurang pendengaran
  • sakit kepala
  • pening kepala(vertigo)

Ada beberapa punca tinnitus yang diketahui tetapi dalam kebanyakan kes,  antara punca-punca yang dikenalpasti:

  • Saluran darah tidak normal
  • Saluran Eustachian yang gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
  • Masalah masalah telinga seperti; tahi telinga keras dan tersumbat, jangkitan telinga tengah kronik, otosclerosis, presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia), masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
  • Kecederaan kepala
  • Pendedahan telinga kepada bunyi bising yang kuat
  • Ubat ubatan ( ubat penahan sakit, antibiotik)
  • Tumor dalam telinga dalam ( acoustic neuroma)
  • Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
  • Tekanan darah tinggi dan atherosclerosis
  • Angin ahmar
  • Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Dalam kebanyakan kes, tinnitus adalah disebabkan oleh pengumpulan faktor faktor di atas manakala gejala-gejala di bawah memerlukan perhatian serius:

  • Tinnitus yang berterusan mungkin tanda awal tumor di telinga tengah atau otak
  • Tinnitus yang bunyinya seperti denyutan jantung di satu telinga mungkin tanda awal penyakit yang serius .
  • Tinnitus yang bertambah teruk atau pun disertai oleh gejala-gejala lain


Komplikasi


  • Seseorang yang mengalami masalah tinnitus yang teruk mungkin menghadapi masalah pendengaran, kerja dan tidur
  • Ada yang menghadapi masalah psikologi yang serius


Rawatan

Rawatan tinnitus selalunya tidak berkesan sepenuhnya disebabkan punca punca tinnitus tidak dapat di fahami sepenuhnya
Telinga dan masalah perubatan lain harus diberikan rawatan sewajarnya dengan ubat atau pembedahan.

  • Ubat-ubatanUbat-ubatan yang didapati berkesan dalam rawatan tinnitus adalah yang ubat yang digunakan untuk menghilangkan keresahan, ubat penenang serta ubat yang dapat memperbaiki kualiti tidur.
  • “Masking”
    • Alat bantu dengar untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran
    • Tinnitus “masker” untuk sesiapa yang mempunyai masalah pendengaran / pendengaran normal
    • Alat tinnitus; kombinasi alat-alat di atas (rawatan ini di berikan oleh pakar pemulihan pendengaran(audiologist)
  • Pembedahan tidak dapat membantu menghilangkan tinnitus buat masa ini


Pencegahan


  • Bunyi bunyi yang lembut boleh mengurangkan bunyi yang berkaitan dengan tinnitus. Pesakit boleh mendengar bunyi tersebut untuk beberapa jam sehingga terlelap
  • Elakkan mengambil kopi, teh, coklat, cola, alkohol, atau produk yang mengandungi kaffeine
  • Elakkan merokok
  • Elakkan ubat ubatan yang menyebabkan tinnitus seperti aspirin /NSAIDs .Aspirin boleh menyebabkan tinnitus bertambah teruk dalam sesetengah orang.
  • Elakkan mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerosakan pada sistem pendengaran kecuali jika terpaksa atau tidak ada alternatif lain.
  • Jangan dedahkan diri kepada bunyi bising
  • Tekanan perasaan didapati boleh menyebabkan pertambahan bunyi tinnitus. Oleh itu cuba kawal perasaan anda dan tumpukan perhatian anda daripada memikirkan tentang tinnitus. Cara ini mungkin boleh membantu.     Tinitus juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat seperti aspirin dan paras aktiviti hormon serotonin yang rendah.

    Tinitus Subjektif

    Kebanyakan pesakit akan mengesyaki mereka mengalami kanser otak, kerosakan pada bahagian koklea, gegendang telinga dan sebagainya.

    Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, tinitus akan hilang dengan cara tahi dan nanah dibuang serta diubati dengan antibiotik. Jika individu mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akan mendengar langsung sebarang bunyi sama ada daripada luar atau dalam.

    Pendengaran luar kebanyakan individu akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur mereka. Namun tidak semua individu mengalami masalah tersebut.

    Tahap masalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika individu tersebut lebih sensitif dengan desingan yang berlaku, maka dia akan rasa keadaan tersebut sangat serius.


    Keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikologi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.

    Penggunaan topeng tinitus dan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun tidak boleh mengatasi masalah sepenuhnya.

    Alat bantuan pendengaran bertindak seperti mikrofon yang menguatkan bunyi luar bagi mengawal bunyi desingan dalam. Namun, ramai pesakit mengadu ia tidak berkesan kerana kadang kala terdapat masalah seperti pemakaian tidak betul menyebabkan bunyi terlalu rendah atau tinggi.
    Tinitus Objektif

    Apabila doktor yang merawat dapat mengesan bunyi dari dalam telinga pesakit, ini dipanggil tinitus objektif.

    Ia berlaku disebabkan gerakan otot pada telinga, atau bunyi berdetik sekitar kawasan telinga tengah (dalam). Sesetengah individu mengalami bunyi yang berdetik seperti nadi (dipanggil pulsative tinnitus).

    Keadaan ini adalah biasa dan ia berlaku disebabkan perubahan aliran darah atau peningkatan arus pergolakan darah berdekatan telinga (seperti dari artereosklerosis). Namun ia juga boleh bertukar menjadi tinitus subjektif disebabkan terlalu risau dengan aliran darah tersebut.

    Jika pesakit itu mengalami masalah tinitus objektif, beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pakar saraf bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

    Amat jarang penghidap tinitus objektif berkait rapat dengan masalah kesihatan serius lain. Namun terdapat kes kecil seperti carotid artery aneurysm dan carotid artery dissection.
    Gaya Hidup Sihat

    Dalam mengelak masalah tinitus berlaku seiring dengan peningkatan usia, disarankan agar setiap individu menjalani gaya hidup sihat.

    Penyakit seperti diabetis dan darah tinggi boleh mengganggu deria pendengaran sekali gus mendedahkan penghidapnya kepada masalah tinitus.


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

3 ulasan:

  1. Telinga berdesing hampir 3 minggu apa nak buat

    BalasPadam
  2. Nice video. Thank you for the information. We are provide rehabilitation for stroke patient. we are using two method which is combination of physiotherapy treatment and acupuncture. For further information can call us at 0124520077

    BalasPadam