Sewaktu anda makan nangka, jangan terus membuang bijinya. biji nangka dapat diolah kembali untuk dijadikan makanan.
Biji nangka bukan hanya enak dimakan, ianya juga mempunyai banyak menafaat untuk kesihatan dan kecantikan tubuh. Biji buah nangka dipenuhi oleh nutrisi dan protein.
Beberapa nutrisi yang ada di dalamnya antara lain adalah karbohidrat, serat, vitamin A, C, dan B, serta mineral seperti kalsium, zat seng, dan fosfor, selain itu di dalamnya juga terdapat antioksidan yang dapat melawan penyaki kanser. Biji nangka juga dapat membantu mencegah konstipasi.
1.Kesihatan kulit
Jika ingin memiliki kulit yang cantik, lembut, dan bebas kedutan serta bintik-bintik hitam, biji buah nangka dapat membantu Anda, caranya adalah dengan merendam biji buah nangka di susu sejuk ,kemudian lumatkan biji nangka tersebut dan gunakan sebagai masker pada kulit yang memiliki kedutan,Ianya dapat menghilangkan kedutan pada kulit, cara ini juga dapat digunakan untuk membuat kulit semakin halus dan bebas noda, selain itu, pengambilan biji buah nangka secara teratur juga dapat membantu menghaluskan kulit. Biji nangka yang kaya serat membantu mencegah konstipasi dan menghilangkan racun yang yang ada dalam kulit,dengan ini akan membuat kulit semakin bersih, sihat, dan gebu.
2. Kesihatan mental
Biji buah nangka mungkin nampak tiada berkaitan dengan kesihatan mental,sebenarnya keduanya saling berpengaruh. Selain baik untuk kesihatan kulit, pengambilan biji nangka juga baik untuk mencegah keteganggan (stress). Biji nangka mengandung banyak protein dan nutrisi yang baik untuk mencegah stress, bukan hanya itu, makan biji nangka juga dapat menjadi salah satu cara menyihatkan kulit. Nutrisi yang ada dalam biji nangka meningkatkan kelembapan kulit dan menyihatkan lever.
3.Kesihatan rambut
Biji nangka memiliki kemampuan untuk membantu melancarkan pengaliran darah, pengaliran darah yang baik sangat penting untuk kesihatan dan pertumbuhan rambut, dengan itu, pengambiln biji nangka akan membantu menjaga kesihatan rambut. , biji nangka juga dapat membantu mengawal tingkat gula darah kerana biji nangka mengandungi banyak mangan.
Biji nangka yang mengandung vitamin A juga membantu mencegah keguguran rambut dan menyihatkan mata. Vitamin A di dalamnya akan mencegah penyakit mata seperti kebutaan dan lainnya. Vitamin ini juga menjaga kesihatan rambut, mencegah rambut kering dan keguguran atau patah.
4.Mencegah anemia
Biji buah nangka mengandung banyak zat besi yang dapat membantu mencegah terkena anemia. Zat besi sangat diperlukan tubuh untuk pengeluaran sel darah merah, pengambilan biji nangka akan membantu Anda mengawal jumlah sel darah merah dan mencegah Anda mengalami kekurangan darah atau anemia, biji nangka juga melancarkan aliran darah ke seluruh tubuh, dalam membantu menjaga kesihatan organ tubuh lainnya seperti jantung dan pembuluh darah, serta mencegah penyakit kulit.
5.Meningkatkan kegairahan seks Biji nangka sebenarnya merupakan makanan aprodisiak yang dapat membantu meningkatkan gairah seksual, cara pengambilannya adalah dengan membakar biji nangka seperti membakar kacang. Jika Anda mengalami masalah dengan gairah seks, anda bolehlah mencuba pengambilan biji nangka.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Pistachio berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.
Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavi dan zing.
Kacang berwarna hijau ini juga mengandungii banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.Pistachios juga dapat MENGUATKAN INGATAN atau MEMORI. Kacang pistachios diketahui kaya dengan nutrien yang memberi menafaaat kepada jantung dan sistem peredaran darah. Kacang pistachio mengandungi hampir 90 peratus lemak tak tepu, juga dikenali sebagai "baik"
lemak, yang boleh membantu meningkatkan HDL kolesterol. Pistachios mempunyai lemak tepu yang sangat sedikit, jika ada. Malah, phytosterols dalam kacang pistachio sebenarnya menghalang penyerapan
"lemak jahat". Pistachios mengandungi antioksidan , kolesterol yang lebih rendah dan arginina, bahan yang mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. kacang pistachio merupakan sumber lebih 30 vitamin, mineral dan fitonutrien menafaatnya untuk kesihatan anda:
--Copper: Menguatkan tisu penghubung, membantu sistem kardiovaskular dan saraf
--Manganese: Membantu metabolisme, membina tulang
--Magnesium: Mengawal suhu badan dan penting untuk kesihatan tulang
--Vitamin A (beta carotene), lutein dan zeaxanthin: menggalakkan penglihatan sihat
--B6 Dan vitamin lain B (folat, thiamin, niasin, riboflavin dan asid Pantothenic): penting untuk sistem badan banyak termasuk sistem darah, sistem saraf dan sistem imun.
POKOK KACANG PISTACHIO Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat,mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol 'jahat') hingga 11.6 peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
Jika membelinya, pilihlah yang kulit luarnya terbuka kerana kulit tertutup menandakan kacang belum cukup tua.Kerana usia pistachio tidak lama sebaiknya pilihlah pistachio yang warna kacangnya hijau terang. Kalau sudah terlalu tua atau lama di kedai, warnanya akan pudar, dan kacang akan berubah layu.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Perintah Allah yang diwajibkan sejak Nabi Muhammad ber Isra-mi’raj ini adalah perintah yang paling utama dalam Islam ,disamping itu solat adalah pe-Refresh diri dari semua kegiatan duniawi. dengan sholat, kita dapat melepaskan penat dan fikiran-fikiran buruk yang negatif.
Sewaktu solat kita membaca Al-Fathihah disetiap rakaat, yang bila kita amati makna-nya, terdapat petunjuk untuk menjalani kegiatan sehari-hari dengan tenang dan tawakal.
Sholat, terutama sholat wajib seolah sudah di tetapkan pada jam dan waktu yang sesuai dengan yang kita perlukan buat istirahat, dan bersiap-siap menjalani hari. contohnya waktu Shubuh di laksanakan pada sekitar jam 6 pagi,
1. SOLAT ISYA : TERAPI PERIKARDIUM (MEMBUANG KELEBIHAN TENAGA DARI JANTUNG).
Fungsi perikardium adalah membuang kelebihan tenaga dari jantung dan dikirim ketitiklaogong*) yang terletak ditelapak tangan. Pada waktu malam hari dimulakan dengan sistem penurunan kerja organ internal (seluruh tubuh akan memasuki masa istirahat) terutama kerja sel otot dan otak yang digunakan untuk gerak dan berfikir. Waktu dan gerakan solat isyak mempengaruhi kerja perikardium yang membuang kelebihan tenaga dari jantung, sehingga proses istirahat menjadi sempurna.
Catatan: *) Titik laogong (Lao Gong) merupakan istilah dalam pengobatan China Tao, yang merupakan satu titik akupunture yang paling ampuh yang berhubungan dengan otot jantung (perkardium), Letaknya di telapak tangan. Lebih jauh mengenai titik laogong
Waktu subuh adalah terbit fajar sampai terbit matahari.Malam hari terjadi pembuangan zat-zat beracun dari dalam tubuh (detoksifikasi) dan pada jam 4.00 pagi pembersihan sampai ke paru-paru, dari paru-paru darah mengambil bahan bakar oksigen yang masih bersih, seluruh organ tubuh menerima pasukan nutrisi yang bersih, sehingga tubuh terasa lebih segar.
3. SOLAT ZUHUR: TERAPI JANTUNG DAN USUS KECIL.
Tenaga yang keluar diwaktu zuhur membawa hawa panas, emosi meningkat dan kerja jantung mencapai puncak. Berwudhuk mampu menstabilkan panas jantung, yang dengan gerakan solat akan lebih efektif pengaliran darah untuk membawa zat makanan untuk disalurkan ke organ tubuh yang lain.
4.SOLAT ASHAR : TERAPI PUNDI KENCING (MEMBUANG SISA PROSES KIMIA DI TUBUH).
Solat ashar dilakukan pada masa ini kitaran had panas ke sejuk,, membuat organ tubuh mudah membuang zat-zat kimia dari dalam tubuh. Keadaan ini sesuai dengan sifat organ pundi kencing dalam tubuh manusia. Fungsi utama pundi kencing ialah menampung cairan tubuh yang telah ditapis oleh ginjal menjadi air kencing dan mengeluarkannya dari tubuh, terjadilah keseimbangan kimia dalam tubuh sehingga metabolisme dapat terjaga.
5.SOLAT MAGHRIB : TERAPI GINJAL.
Pada waktu solat maghrib suhu udara semakin menurun. Sistem ginjal mulai menyesuaikan diri dengan alam dan tenaga di persekitarannya, ginjal dan pundi kencing organ yang berpasangan. keduanya akan mengawal tulang, sumsum dan otak, kedua organ ini memainkan peranan yang sangat penting dalam metabolisme air dan mengendalikan cairan tubuh, gerakan maghrib dan waktu maghrib sangat membantu penyesuaian organ tubuh dengan keadaan alam sekitar, kerana gerakan solat akan menjaga agar tenagapanas dalam tubuh seimbang.
6. SOLAT TAHAJJUD : TERAPI OTAK DAN KANSER
Sudah ditunjukkan di atas bahwa pembersihan zat-zat beracun dalam tubuh dimulai pada jam 11.00 malam dan pembersihan itu diawali dari otak. Pembersihan racun di otak memerlukan waktu 3 jam berakhir pada jam 2.00 pagi. Para ilmuwan Jerman mengatakan, adanya kekacauan sel-sel otak pada jam 11 malam sampai jam 2 pagi, jalan terbaik menghadapi waktu tersebut adalah beristirahat. (tidur). Pada jam 2 pagi pembersihan racun-racun diotak telah selesai. Waktu di mana kita dibangunkan untuk shalat tahajud.
Betapa luar biasanya Allah menciptakan manusia dan memerintahkan manusia untuk beribadah kepadanya. Tujuannya tak lain agar manusia itu selamat didunia dan akhirat dengan menjaga kesihatan jasmani dan rohani .... Subhanallah ..... Allahu Akbar
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah
Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
"Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
"Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu," katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
"Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun," katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
"Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu," katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
"Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
Sujud
"Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah," katanya.
setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma."Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
"Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya,didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
"Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan," katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
Pergerakan relatif
Ibadah solat melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
"Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
"Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja, Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
"Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman 'selamat pagi' yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki, Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, itu pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, , mempunyai lapisan luar yang gebu. . Ia adalah pokok kecil, tumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pula dengar orang menanam pokok badam ni.
Menafaat Makan Kacang Badam atau Almond bagi Kesihatan
Kacang almond bukan termasuk keluarga kacang, kacang almond termasuk kacang biji, ertinya kacang almond sebenarnya adalah biji buah almond, kacang almond sangat bermanfaat bagi tubuh kerana mengandung serat, vitamin dan mineral. kacang ini rasanya lazat sehingga banyak digunakan sebagai tambahan dalam berbagai makanan. Kacang almond dapat digunakan sebagai kacang almond , tepung almond, susu almond (santan almond), atau minyak almond.
1. Sumber Tenaga Kacang almond mengandungi karbohidrat dan protein yang merupakan sumber tenaga bagi tubuh, menambahkan almond dalam makanan bererti manambahkan tenaga, zat dan citarasa lebih pada makanan tersebut.
2. Membangun Otot Protein yang terdapat dalam kacang almond bermenafaat untuk membantu pembentukan sel-sel dan jaringan otot.
3. Mengawal Tekanan Darah Kacang almond banyak mengandungi potassium yang diketahui berperanan dalam mengawalkan tekanan darah.
4. Memperkuat Tulang Kacang almond dapat membantu menjaga tulang agar tetap sehat dan kuat kerana kacang almond mengandung kalsium yang membentuk struktur tulang.
5. Memperbaiki Kolesterol Darah Kacang almond mengandungi lemak tak tepu tunggal (monounsaturated fat) dan lemak tak tepu jamak (polyunsaturated fat). Pengambilannya dapat mengurangi kolesterol LDL (kolesterol jahat).
6. Sumber Antioksidan Almond merupakan sumber vitamin E. Vitamin E merupakan antioksidan yang mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas .
7. Menghaluskan dan Melembabkan Kulit Selain sebagai antioksidan, vitramin E yang terdapat dalam kacang almond juga menyehatkan kulit. Susu (santan) almond banyak digunakan pada produk sabun modern untuk menghaluskan kulit. Minyak almond digunakan untuk melembabkan kulit.
8. Mengurangi Resiko Gangguan Metabolisma Almond mengandung mineral mangan . Mangan sangat penting dalam menjaga fungsi kelenjar tiroid dalam mengawalkan kelajuan metabolisma sehingga mengurangi resiko gangguan metabolisma.
9. Membantu Mengawalkan Berat Badan Mangan, tembaga dan Riboflavin yang terdapat dalam biji almond membantu metabolisma tubuh dalam mengawal glukos dari karbohidrat untuk menghasilkan tenaga, yang dapat mengurangi resiko kelebihan berat badan dan obesiti.
10. Menjaga Kesihatan Saluran Pencernaan Almond mengandung serat pangan (dietary fiber) yang melancarkan pencernaan sehingga membantu menjaga kesihatan saluran pencernaan.
11. Mengurangi Resiko Penyakit Jantung Almond mengandungi fitokimia seperti beta-sitosterol stigmasterol, dan campesterol yang dianggap berkontribusi terhadap kesihatan jantung, almond dapat mengurangi resiko penyakit jantung.
12. Menjaga Kesihatan Bayi dalam Kandungan Almond mengandungi asid folat yang merupakan zat penting bagi ibu hamil, asid folat membantu pertumbuhan bayi yang normal. Kekurangan asid folat bagi ibu hamil beresiko melahirkan bayi cacat.
Almond atau Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandunganfosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
Kacang Badam
Menikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai.
Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi. Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.
Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.
Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?
Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.
Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.
Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung
sha3622.blogspot.com
Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).
Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).
Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.
Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).
Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)
Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.
Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya. Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).
Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.
Perbandingan keputusan bagi kedua-dua kumpulan dapat anda saksikan pada graf di bawah.
Badam Meredakan Diabetes
Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.
Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan. Badam Membantu Menghalang Batu Karang
Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.
sha3622.blogspot.com
Badam Menghalang Osteoporosis
Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.
Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?
Badam untuk Wanita Hamil
AlmondnutsKandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.
Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.
Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.