Khamis, 4 September 2014

Mari Mengenal Virus Ebola - Let's Identify The Ebola Virus

 Virus ebola 


sha3622.blogspot.com


Menjadi fokus utama dunia setelah 923 orang di Sierra Leone, Guinea, Liberia, dan Nigeria meninggal dunia

Mari mengenal lebih jauh mengenai virus tersebut.



sha3622.blogspot.com


Berapa banyak orang yang terkena virus ebola?

Menurut  (WHO), lebih dari 1.600 orang di Guinea, Liberia, dan Sierra Leone telah terjangkit virus ebola. Ini merupakan wabak terbesar sepanjang sejarah. Lebih dari setengahnya telah meninggal. 2 pekerja kemanusiaan Amerika Syarikat terjangkit ebola ketika bekerja di Afrika Barat. Pada masa ini, kedua-duanya telah mendapatkan rawatan di Atlanta, Amerika Syarikat.



Di mana wabak tersebut?



Masa ini wabak ini yang menggemparkan kerana virus ini pertama kali ditemui pada tahun 1976.

sha3622.blogspot.com


Bagaimana menularnya virus ini?

 Anda tidak akan ditularkan ebola apabila bersebelahan dengan seseorang yang dijangkiti. Tidak seperti Ebola virus influenza atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Seseorang dijangkiti virus ebola melalui hubungan langsung dengan cairan tubuh pensakit. Hal ini terjadi ketika cairan tubuh seperti muntah atau darah pesakit mengenai mata, hidung, atau mulut seseorang itu. 

Pada kes kali ini, orang-orang yang terjangkit adalah mereka yang merawat saudaranya yang terjangkit, atau menyiapkan jenazah yang akan dikebumikan.

Orang-orang yang bekerja di bidang kesihatan berisiko tinggi tertular penyakit ini, terutamanya mereka yang tidak terlatih atau tidak dilengkapi perlengkapan yang wajar.

Virus ebola dapat bertahan hidup di permukaan benda. jadi, benda apa pun yang tercemar dengan cecair badan pesakit, seperti sarung tangan getah dan picagari, boleh menjadi satu medium untuk penghantaran virus.

Mengapa wabah ebola sukar sulit ditangani?

Di beberapa daerah di Afrika Selatan, ada kepercayaan bahawa ketika seseorang menyebut perkataan "ebola" dengan kuat, maka seketika itu juga virus tersebut muncul. kepercayaan ini menyebabkan para doktor, seperti Doctors Without Borders, sukar memeranginya.

Bahkan, sebahagian anggota masyarakat menyalahkan doktor sebagai pihak yang menyebarkan virus. Mereka yang terjangkit memilih pergi ke dukun untuk mendapatkan pengubatan.

 Keraguan  mereka bukan tanpa sebab. Pada masa lalu, pekerja rumah sakit yang tidak berhati-hati malah menjadi agen penyebaran virus tersebut.



sha3622.blogspot.com


Bagaimana penyakit ini berkembang?

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikatsecara umumnya, gejala muncul kira-kira lapan hingga 10 hari selepas orang yang terdedah kepada virus ini.

Gejala awalnya adalah pening, demam, dan sakit. kadang kala muncul ruam-ruam di tubuh penderita. Hal ini diikuti dengan cirit-birit dan muntah-muntah.

Kemudian, berdasarkan lebih dari 50 persen kes yang ada, virus ebola menyerang secara mengerikan, pesakit  mengalami muntah darah atau kencing darah, selain itu, keluar darah dari kulit, mata, atau mulut pesakit. Namun, bukan ini yang menyebabkan penderita meninggal, melainkan ketika pembuluh darah di dalam tubuh mengeluarkan cairan, ini menyebabkan tekanan darah menurun secara drastik membuatkan hati, ginjal, jantung, dan organ lainnya berhenti bekerja.

Bagaimana pengubatan penyakit ini?

Dikala ini, belum ada vaksin atau ubat untuk ebola, ketika wabak  terjadi, sebanyak 60-90 persen pesakit meninggal. Setakat ini,apal yang dapat dilakukan doktor adalah merawat pesakit, menggunakan cairan dan ubat-ubatan untuk menjaga tekanan darah tetap normal. Para doktor juga memberikan ubatan lainnya ketika jangkitan ini menyerang tubuh pesakit yang semakin lemah, sebahagian kecil  memiliki imuniti terhadap virus ebola.

Dari mana virus ini berasal?

Pertama kali, virus ebola ditemui pada tahu n1976. Pada awalnya, virus ini dipercayai berasal dari gorila. Wabak ebola terhadap manusia terjadi ketika mereka memakan daging gorila. Namun, teori ini dibantah para ilmuwan,sebabnya, jika hal ini benar, maka seharusnya lebih banyak kera yang terjangkit dan kemudian mati 

Para ilmuwan percaya bahwa kelelawar adalah penyebar virus ini. Kesimpulan ini berdasarkan kajian yang disiarkan oleh Emerging Infectious Diseases. Lembaga ini melakukan kajian terhadap 276 kelelawar yang ditangkap di empat daerah di Banglades.

Penularan terjadi ketika kera dan manusia memakan makanan yang telah terkena air liur kelelawar,berkemungkinan juga, kera atau manusia menyentuh benda-benda yang telah terkena air liur atau kelelawar, dan kemudian menyentuh mata dan mulut sendiri.

Wabah kali ini dipercayai berasal dari sebuah desa di dekat Gueckedou, Guinea, di mana berburu kelelawar adalah hal yang lumrah, menurut Doctors Without Borders.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Rabu, 3 September 2014

Gejala Penyakit Polio - Symptoms Of The Polio Disease

   


   Gejala Penyakit Polio 


http://sha3622.blogspot.com
Penyakit polio atau poliomyelitis adalah penyakit paralisis atau kelumpuhan yang disebabkan oleh virus. Penyakit polio sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat. Biasanya kes terbanyak penyakit polio menyerang adalah kanak-kanak, namun bukan bererti orang dewasa bebas dari penyakit polio.

Penyebab penyakit polio

Penyebab penyakit polio adalah poliovirus (PV). Virus ini masuk melalui mulut dan hidung, kemudian membiak didalam tekak dan saluran pencernaan. Virus ini dapat memasuki aliran darah dan mengalir ke dalam sistem saraf pusat menyebabkan melemahnya otot dan kadang kala menyebabkan kelumpuhan
Resiko terjadinya poliomyelitis:
sha3622.blogspot.com
  • Belum mendapat imunisasi polio
  • Melawat ke daerah yang masih banyak jangkitan polio
  • Usia yang sangat lanjut atau sangat muda
  • Luka di mulut, hidung atau tekak
  • Ketegang (Stress) dan kelelahan fizikal yang luar biasa sehingga melemahkan system kekebalan tubuh.

Ciri-ciri dan Gejala penyakit polio

Masa inkubasi virus polio biasanya berkisar 3-35 hari. Gejala kebiasaan serangannya adalah pengidap mendadak lumpuh pada salah satu anggota tubuh yang bergerak setelah demam selama 2-5 hari. Penyakit polio dibezakan dengan 3 jenis,yang mana jenis penyakit polio tersebut memiliki gejala / tanda – tanda sendiri.
  • Polio tidak lumpuh - non-paralisis: Polio non-paralisis menyebabkan demam, muntah, sakit perut, lesu, dan sensitif. Terjadi kram otot pada leher dan punggung, otot terasa lembek jika disentuh.
  • Polio paralisis spinal: Strain poliovirus ini menyerang saraf tulang belakang, menghancurkan sel tanduk anterior yang mengontrol pergerakan pada batang tubuh dan otot tubuh. Pada penderita yang tidak memiliki kekebalan atau belum divaksinasi, virus ini biasanya akan menyerang seluruh bahagian saraf tulang belakang dan otak. tetapi pesakit yang sudah memiliki kekebalan biasanya terjadi kelumpuhan pada kaki.
  • Polio bulbar: Polio jenis ini disebabkan oleh tidak adanya kekebalan semulajadi sehingga otak turut terserang.Otak mengandungi syaraf motorik yang mengatur pernapasan dan saraf kranial, yang mengirim signal ke berbagai syaraf yang mengontrol pergerakan bola mata; saraf trigeminal dan saraf muka yang berhubungan dengan pipi, kelenjar air mata, gusi, dan otot muka; saraf auditori yang mengatur pendengaran; saraf glossofaringeal yang membantu proses menelan dan berbagai fungsi di kerongkong; pergerakan lidah dan rasa; dan saraf yang mengirim signal ke jantung, usus, paru-paru, dan saraf tambahan yang mengatur pergerakan leher, jenis polio ini bolrh menyebabkan kematian.

Pencegahan penyakit polio

Virus polio sangat mudah berjangkit dan tak dapat disembuhkan. Virus ini menyerang seluruh tubuh (termasuk otot dan sistem saraf) dan boleh menyebabkan kelemahan otot yang sifatnya berkekalan dan kelumpuhan dalam bearapa jam sahaja. Penularan virus polio boleh terjadi dari mulut iaitu percikan air liur, boleh juga dari najis pesakit polio.
Antara beberapa cara pencegahan penyakit polio:
  • Imunisasi polio yang biasanya dilakukan sewaktu bayi atau kanak-kanak. Vaksin polio ada 2 jenis iaitu vaksin salk (vaksin virus polio yang tidak aktif), dan vaksin sabin (vaksin virus polio yang aktif). Pada pesakit gangguan system kekebalan vaksin sabin boleh menyebabkan penyakit polio.
  • Bila memasak air harus mendidih dengan sempurna. Dengan suhu yang tinggi dapat cepat mematikan virus polio, sebaliknya bila keadaan beku atau suhu yang rendah virus ini boleh bertahan hidup bertahun-tahun.
  • Biasakan menjalani cara hidup yang sihat
  • Sentiasa menjaga kebersihan

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 2 September 2014

Menafaat Nasi - Fully Benefit Of Rice

sha3622.blogspot.com

Nasi  adalah sumber karbohidrat yang menghasilkan tenaga untuk beraktiviti ,memang banyak terdengar soal yang menyatakan nasi menjadi penyebab akan penyakit kencing manis pada kebanyakan orang, apakah sebahaya itu nasi, mari kita bahaskan pada perkara ini.bila metabolisme berjalan dengan baik, tak akan ada kelebihan glukos dalam darah,. tetapi metabolism ini boleh terganggu berpunca dari pankereas yang bermasaalah menyebabkan pengeluaran hormone insulin yang tidak cukup untuk mengubah glukos menjadi tenaga ,kekurangan insulin dalam tubuh mengakibatkan glukosa menjadi tetap berada dalam darah,bagi mereka yang sihat masaalah ini tidak timbul.

Khasiat nasi putih sebenarnya

Jika kita makan nasi putih 1 pinggan, itu sama saja menghasilkan kalori sebanyak 242 kalori. Itu tidak hanya mengenyangkan tapi juga membuat tubuh cukup kandungan kabohidrat yang berguna sebagai sumber tenaga, menjadikan berupaya untuk membuat buat kerja dan berolahraga.

Khasiat nasi putih antara lain:

  • Mencegah kanser: serat insoluble yang terdapat dalam nasi putih penting dalam melindungi tubuh dari sell-sell penyebap kanser.
  • Perawatan kulit: Para pengkaji kesihatan berpendapat bahawa tepung daripada beras dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit kulit. Di India, air cucian beras digunakan oleh para pengamal ayurvedic sebagai ubat ,berkesan dalam menyejukan permukaan kulit yang terbakar.
  • Mencegah darah tinggi - Hypertensi. Nasi hanya mengandung sedikit sekali sodium yang dapat meningkatkan tekanan darah, dan nasi juga menjadi makanan terbaik untuk  yang terkena tekanan darah tinggi - hypertensi.
  • Ubati sakit perut,  dan gangguan pencernaan: orang yang terkena pedih ulu hati - maag tentu harus menjaga pola makannya secara rutin, selain itu sekam padi yang berumur 3bulan mengandung diuretic properties untuk meningkatkan selera makan.
  • Meningkatkan mood baik – Serotonin adalah sebatian yang menimbulkan perasaan senang pada otak,  Ini juga ditunjukkan pada kajian, seseorang yang menjalani diet setiap hari dengan pengambilan 1/2 cawan nasi atau selembar roti, sering mengalami  kegelisahan
  • Mencegah gejala kanser  - Nasi perang banyak mengandung serat insoluble yang akan mengurangi resiko sel-sel kanser terjadi pada tubuh, 
  • Nasi non kolesterol – nasi tidak mengandung lemak berbahaya sama sekali ataupun sodium. maka dari itu, nasi pasti juga baik untuk dimasukkan dalam menu diet seimbang.
  • Kaya akan vitamin - Nasi banyak mengandungi vitamin dan mineral misalnya niacin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, thiamine, dan riboflavin.
  • Mengubati disentri –  Menafaat nasi pada kulit arinya, dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati disentri. Sekam padi yang berusia tiga bulan mengandung diuretic properties, bahkan orang China percaya bahwa nasi dianggap meningkatkan selera, menyembuhkan sakit perut dan masalah pencernaan.
  • Sebenarnya, memakan nasi dengan kadar yang sesuai tidak membahayakan tubuh. Namun, sukatannya harus seimbang. Untuk remaja , dalam sekali makan, porsi nasi satu satu pinggan, selebuihnya  dilengkapi lauk yang kaya serat, sebenarnya sudah cukup. Kita juga boleh memakan buah sebelum menyantap nasi,ianya dapat mengurangi kadar gula yang terkandung di dalamnya.
  • Ini bukan berarti kita tidak boleh makan nasi sama sekali. Kanak-kanak dan remaja yang kerap beraktiviti  dianjurkan untuk memakan nasi kerana mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidat menghasilkan tenaga untuk kita beraktiviti,tetapi awas makan nasi putih jangan berlebihan. kalau  berlebihan , akan mendatangkan keburuknya.

  • Menafaat Nasi

    Sejak awal di negara-negara asia,  lebih banyak mengambil nasi dari pada sumber karbohidrat lain. Hal ini menjadi persoalan di masa sekarang, karena nasi dianggap memiliki kadar gula yang tinggi dibandingkan dengan ubi, kentang atau gandum. Berikut ini, beberapa fakta tentang nasi putih :
    • Apakah nasi menggemukan??
    Faktanya, nasi rendah bebas lemak dan kolesterol. Nasi adalah sumber tenaga yang baik kerana kandungan karbohidratnya. Karbohidrat membantu tubuh menjalankan fungsinya dan baik untuk pertumbuhan.

    • Kandungan garam pada nasi tinggi??
    Pada kenyataanny nasi adalah makanan yang tidak mengandung garam. Nasi sangat baik  diambil oleh orang-orang yang diet kadar garam dalam tubuhnya.

    • Bagaimana dengan kandungan protein pada nasi??
    Setelah karbohidrat, protein merupakan nutrisi yang kedua paling banyak ditemui pada padi.Nasi mengandungi protein yang dianggap berkualiti tertinggi dibandingkan dengan biji-bijian lain. Beras juga merupakan biji-bijian yang tidak mengandung alahan seperti biji-bijian lain atau biasa disebut gluten.
     jangan takut mengambil nasi, namun jangan lupa seimbangkan dengan buah-buahan dan sayuran sihat pada menu makanan anda.

     Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


    Isnin, 1 September 2014

    Khasiat Habbatus Sauda - Black seed nutrition



    Khasiat Haibbatus Sauda


    sha3622.blogspot.com

    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Sesungguhnya di dalam habbatus sauda (jinten hitam) terdapat penyembuh bagi segala macam penyakit kecuali kematian” (HR. al Bukhari no. 5688 dan Muslim no. 2215, ini lafazhnya Muslim, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)

    Imam Ibnu Qayyim al Jauziyah berkata: ‘Jintan hitam memiliki banyak sekali khasiat.  Erti dari sabda Nabi, “Menurut Hadist riwayat Imam Bukhari riwayat dari Aisyah ra. Bahwa ia pernah mendengar Nabi SAW yang dalam sabdanya berbunyi ” Sesungguhnya didalam habbatussauda itu terdapat penyembuh segala penyakit kecuali as-sam atau kematian”Penawar segala jenis penyakit“, seperti firman Allah, “Menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Rabb-nya“, yakni segala sesuatu yang boleh hancur.  Jinten hitam memang berkkhasiat mengubati segala jenis penyakit sejuk, juga membantu kesembuhan berbagai penyakit panas   (Metode Pengobatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, .

    Apa Itu Habbatus sauda

    Tumbuhan herba, Jintan hitam / Habbatus sauda / black seed/ nigelle sativa dipercaya berasal dari daerah Mediterania namun dikembangbiakan di serata dunia, termasuk Arab Saudi, Afrika Utara, dan sebahagian Asia.
    Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, Ianya merupakan tumbuhan bunga fennel biasa(Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).
    Terkadang ada salah persepsi antara  nigelle sativa dengan tumbuhan herbal fennel (Foeniculum vulgare). Ada dua jenis tumbuhan ini, berwarna ungu kebiru-biruan atau putih. Pusat pertumbuhan bunga tersebut pada bahagian cabang di semua tangkainya, daunnya  tumbuh berseberangan secara berpasangan daun di bahagian bawah bentuknya kecil dan pendek, sedangkan dibahagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut boleh mencapai ketinggian 12 sampai 18 inchi sehingga kebahagian buahnya, apabila matang.

    Habbatus sauda mengembangbiakan dirinya sendiri dan bentuknya sebuah kapsul buah yang mengandung banyak biji trigonal putih, sewaktu buah tersebut sudah matang, ia akan terbuka dan biji yang ada didalamnya akan terbang ke udara, berubah menjadi warna hitam  .Ianya dikenail dengan banyak nama berbeda disetiap tempat. Ada yang menyebutnya Black caraway, ada juga menyebutnya black cumin (Kalonji), atau  coriander seeds.

    Dalam bahasa inggris, tanaman ini lebih sering mengacu pada “ Love in a Mist”. Selain itu 
    Habbatus sauda, yang lebih dikenali dan dipakai sejak masa dahulu ini juga disebut Shonaiz di Persia. Hal yang paling berhubungan tentangnya adalah tumbuhan ini merupakan bahagian dari sebuah pendekatan keagamaan untuk kesihatan dan kehidupan seharian manusia., kandungan nutrisi dan fungsi penyembuh yang banyak dalam bijinya dapat membangun system kekebalan tubuh sepanjang hari, dan juga menyediakan sumber yang optimal untuk menjaga kesihatan dan menyembuhkan penyakit.

    Habbatus sauda (Nigella sativa)  kaya akan kandungan nutrisi Monosaccharides (molekul gula tunggal) dalam bentuk glukosa rhamnose, xylose, dan arabinose. Ianya juga mengandungi non-starch polysaccharide yang berfungsi sebagai sumber serat diet yang sangat berguna. Lima belas asid amino membentuk protein , termasuk lapan dari asida amino penting. Asid amino tidak dapat dikeluarkan secara mencukupi didalam tubuh kita, sedangkan kita memerlukannya untuk menjaga berat badan. Black seed mengandung Arginine yang penting pada masa pertumbuhan. Analisisa kimia lanjutan menemukan bahwa Habbatus sauda mengandungi karotin, yang diubah menjadi  vitamin A oleh hati ( liver ) 

    sha3622.blogspot.com


    Habbatus sauda (Nigella sativa) Seed juga merupakan sumber kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Diperlukan dalam jumlah yang sedikit dalam tubuh, fungsi utama elemen-elemen ini memiliki peranan penting dalam membantu bermacam enzim lainnya.Ianya juga kaya akan asid lemak, terutama asid lemak esensial tidak tepu ( asid Linoleic dan Linolenic). EFA, terdiri dari asid alfa-Linolenic (omega 3) dan asid Linoleic (omega 6), adalah untuk pembentuk sel dan substansi yamg tidak dapat dibentuk dalam tubuh dan oleh sebab itulah harus mendapat bekalan atau melalui makanan yang memiliki kandungan EFA tinggi.

    Diantara menafaat Habbatus Sauda yang telah dibuat kajian adalah

    Khasiat Minyak Habbatus Sauda “Syifa”
    Zat-zat aktif yang terkandung dalam Minyak Habbatus Sauda ”Syifa” memiliki kemampuan dalam menyembuhkan berbagai penyakit, antara lain:


    Beberapa manfaat jintan hitam yang perlu diketahui :
    1. Menguatkan sistem kekebalan tubuh
    Jintan hitam/Habbatus sauda dapat meningkatkan jumlah sel-sel T yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Prof. G. Reimuller, Direktur Institut Imunologi dari Universitas Munich mengakui bahwa ekstrak habbatus sauda berkhasiat meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan dapat digunakan sebagi bioregulator. Dengan demikian habbatus sauda dapat dijadikan sebagai ubat bagi penyakit yang menyerang sistem kekebalan tubuh seperti kasker dan AIDS.
    2. Meningkatkan daya ingat dan konsentrasi
    Dengan kandungan asid linoleat (omega 6) dan asid linolenat (omega 3), habbatus sauda merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. habbatus sauda juga memperbaiki peredaran darah ke otak dan sangat baik diberikan pada anak diusia pertumbuhan dan dewasa
    3. Meningkatkan bioaktivitas hormon
    Hormon adalah zat aktif yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang masuk dalam peredaran darah. Salah satu kandungan habbatus sauda adalah sterol yang berperanan aktif pada sintesis dan bioaktivitas hormon.
    4. Menetralkan racun dalam tubuh
    Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa sakit perut, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.
    5. Mengatasi gangguan tidur dan stress
    Saponin yang terdapat di dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan syaraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.
    6. Anti histamin/anti alergi
    Histamin adalah zat yang dilepaskan oleh sel tubuh yang memberikan reaksi alergi seperti asma.  Dari minyak habbatus sauda dapat diisolasi ditymoquinone. Sebatian pada minyak (mudah menguap) ini disebut nigellone. Pemberian minyak ini memberi kesan positif terhadap pesakit asma. Kajian yang dilakukan Nirmal Chakravaty MD tahun 1993 membuktikan bahwa kristal dari nigellone memberikan kesan supressive. Kristak-kristal ini dapat melawan protekinase C,  zat yang menjadi pencetus pelepasan histamin. Kajian lain membuktikan hal serupa. Ahli imunologi dari Universiti Munich Dr. Med Peter Schleincher melakukan pengujian terhadap 600 orang yang menderita alergi. Hasilnya cukup meyakinkan, 70% yang menderita alergi terhadap serbuk, jerawat dan asma sembuh setelah diberi minyak nigella (Habbatus sauda). Dalam praktikalnya, Dr. Schleincher memberikan habbatus sauda kepada pesakit penderita influenza.
    7. Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
    Habbatus sauda mengandung minyak atsiri dan volatil yang telah diketahui bermenafaat untuk memperbaiki pencernaan. Secara tradisional minyak atsiri digunakan untuk ubat cirit-birit. Tahun 1992, jurnal Farmasi Pakistan memuat hasil kajian yang membuktikan bahawa minyak volatil dari habbtaussauda lebih mampu membunuh strainbakteri V Colera dan E Coli dibandingkan dengan antibiotik seperti Ampicillin dan Tetraciclin.
    8. Melancarkan air susu ibu
    Kombinasi asid lemak tidak tepu dan struktur hormonal yang terdapat dalam minyak habbatus sauda dapat melancarkan air susu ibu. Kajian mengenai ini disiarkan dalam literatur kajian di Universitas Potchestroom tahun 1989.
    9. Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan  Anak kecil
    Pada masa pertumbuhan, bayi memerlukan nutrisi untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh secara semulajadi terutama pada musim hujan di mana  bayi mudah terkena selsema. Kandungan omega 3, 6, 9 yang terdapat dalam habbatus sauda merupakan nutrisi yang membantu perkembangan sel otak bayi dan janin.
    10. Anti ketumbuhan
    Pada persidangan kanser internasional di New Delhi, minyak habbatus sauda diperkenalkan ilmuwan dari laboratorium Kanser dan Imunologi, California Selatan. Habbatus sauda dapat merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan. Sebatian yang terkandung di dalamnya dapat menghancurkan sel-sel ketubuhan dan meningkatkan antibodi.
    11. Nutrisi bagi manusia
    Habbatus sauda yang kaya akan kandungan nutrisi sangat baiki untuk orang dewasa terutama untuk menjaga daya tahan tubuh dan otak agar. Habbatus sauda mengandung 15 jenis asid amino termasuk di dalamnya 9 asid amino essensial. Asid amio essensial tidak dapat dikeluarkan oleh tubuh dalam jumlah yang cukup sehingga perlu adanya penambahan yang dapat mencukupkannya seperti habbatus sauda.
    Jintan hitam mengandungi bahan aktif yang disebut Nigellion dan Timocinon. Nigellion dan Timocinon berfungsi dalam tubuh sebagai anti histamin/anti alergi, antioksidan, anti infektif dan broncodialating (melonggarkan tekak). Selain itu juga kaya akan sumber asid lemak tidak tepu seperti asid linoleat, arakidat, eikosanoat dan asid lemak rantai sedang seperti asid miristat, palmitat dan stearat. Asid-asid lemak ini membantu tubuh mencegah infeksi, meningkatkan sistem kekebalan dan mengendalikan reaksi alergis. Asid linoleat gamma juga dapat membantu menstabilkan membran-membran sel.
    Ada satu ujikaji  yang dapat kita lakukan. Masukkan MSG (vetsin) ke dalam air panas, tunggu hingga larut lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tadi akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia dengan kemasukan bahan kimia yang berupa racun.
    Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan campurlah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali. Walau kesan warna hitam dari jintan hitam tampak namun warna kebiruan akan hilang. Ini bererti bahwa jintan hitam dapat melarutkan toksin/racun dalam tubuh kita. 
    Rasulullah saw bersabda: Gunakanlah Habbatus sauda, karena di dalamnya terdapat ubat untuk segala macam penyakit kecuali maut (Shahih Bukhari dan Muslim)

    Antara Khasiat lain Habbatus sauda 
    1. Mengbuati penyakit Kencing manis
    2. Sangat efektif dalam menurunkan kadar gula dalam darah
    3. Mengubati keputihan
    4. Meningkatkan produksi dan kualitas ASI
    5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
    6. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
    7. Memperbaiki hormon sexual, meningkatkan kesuburan pria(meningkatkan kualitas dan jumlah sel sperma). Cocok untuk orang yang ingin punya keturunan
    8. Mengatasi gangguan seksual dan impotensi
    9. Anti alergi dan anti bakteri
    10. Anti radang (mengobati berbagai macam radang)
    11. Mengobati penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus seperticacarherpes, dll.
    12. Anti tumor dan kanker
    13. Mengatasi tekanan darah tinggi
    14. Mengobati tekanan darah rendah
    15. Menyembuhkan infeksi saluran kemih
    16. Mengobati penyakit paru-paru (Asma, Bronkhitis, TBC, dll)
    17. Mengobati selsema dan batuk
    18. Menyembuhkan penyakit ginjal (batu ginjal)
    19. Mengatasi depresi dan kelelahan
    20. Anti Oksidan dan anti penuaan diri
    21. Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
    22. Mengatasi gangguan kulit (eksim, jerawat, flek dan luka kulit)
    23. Mengubati epilepsi dan kejang
    24. Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran
    25. Mengubati gangguan pencernaan (sakit maag) dan diare
    26. Anti sakit (analgesia)
    27. Mengubati sakit kepala (migrain)
    28. Menyembuhkan anemia
    29. Mengubati dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
    30. Menormalkan aktifitas otot-otot jantung
    31. Menyembuhkan penyakit liver hepatitis dan perlemakan hati disebabkan alkohol                                                                                                                                              
    Berikut adalah kaedah memakan Jintan Hitam untuk menjaga kesihatan;
    1 Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur. Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
    2 Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu. Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
    3 Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii. Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
    4 Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur. Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
    5 Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam. Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
    6 Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari. Kebaikkan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
    Ada kebaikkan lain kaedah lain mengamalkan Jintan Hitam selain  6 perkara di atas. Anda boleh carinya dalam Internet atau baca buku berkaitan perubatan Islam. Amat panjang kalau mahu dicatatkan semuanya.
    Bagaimanapun, kini ramai yang  mengamalkan atau mengambil habbatus sauda  dalam bentuk biji ,serbuk dan juga minyak.

     Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.