Khamis, 4 September 2014

Mari Mengenal Virus Ebola - Let's Identify The Ebola Virus

 Virus ebola 


sha3622.blogspot.com


Menjadi fokus utama dunia setelah 923 orang di Sierra Leone, Guinea, Liberia, dan Nigeria meninggal dunia

Mari mengenal lebih jauh mengenai virus tersebut.



sha3622.blogspot.com


Berapa banyak orang yang terkena virus ebola?

Menurut  (WHO), lebih dari 1.600 orang di Guinea, Liberia, dan Sierra Leone telah terjangkit virus ebola. Ini merupakan wabak terbesar sepanjang sejarah. Lebih dari setengahnya telah meninggal. 2 pekerja kemanusiaan Amerika Syarikat terjangkit ebola ketika bekerja di Afrika Barat. Pada masa ini, kedua-duanya telah mendapatkan rawatan di Atlanta, Amerika Syarikat.



Di mana wabak tersebut?



Masa ini wabak ini yang menggemparkan kerana virus ini pertama kali ditemui pada tahun 1976.

sha3622.blogspot.com


Bagaimana menularnya virus ini?

 Anda tidak akan ditularkan ebola apabila bersebelahan dengan seseorang yang dijangkiti. Tidak seperti Ebola virus influenza atau Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Seseorang dijangkiti virus ebola melalui hubungan langsung dengan cairan tubuh pensakit. Hal ini terjadi ketika cairan tubuh seperti muntah atau darah pesakit mengenai mata, hidung, atau mulut seseorang itu. 

Pada kes kali ini, orang-orang yang terjangkit adalah mereka yang merawat saudaranya yang terjangkit, atau menyiapkan jenazah yang akan dikebumikan.

Orang-orang yang bekerja di bidang kesihatan berisiko tinggi tertular penyakit ini, terutamanya mereka yang tidak terlatih atau tidak dilengkapi perlengkapan yang wajar.

Virus ebola dapat bertahan hidup di permukaan benda. jadi, benda apa pun yang tercemar dengan cecair badan pesakit, seperti sarung tangan getah dan picagari, boleh menjadi satu medium untuk penghantaran virus.

Mengapa wabah ebola sukar sulit ditangani?

Di beberapa daerah di Afrika Selatan, ada kepercayaan bahawa ketika seseorang menyebut perkataan "ebola" dengan kuat, maka seketika itu juga virus tersebut muncul. kepercayaan ini menyebabkan para doktor, seperti Doctors Without Borders, sukar memeranginya.

Bahkan, sebahagian anggota masyarakat menyalahkan doktor sebagai pihak yang menyebarkan virus. Mereka yang terjangkit memilih pergi ke dukun untuk mendapatkan pengubatan.

 Keraguan  mereka bukan tanpa sebab. Pada masa lalu, pekerja rumah sakit yang tidak berhati-hati malah menjadi agen penyebaran virus tersebut.



sha3622.blogspot.com


Bagaimana penyakit ini berkembang?

Menurut Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Amerika Syarikatsecara umumnya, gejala muncul kira-kira lapan hingga 10 hari selepas orang yang terdedah kepada virus ini.

Gejala awalnya adalah pening, demam, dan sakit. kadang kala muncul ruam-ruam di tubuh penderita. Hal ini diikuti dengan cirit-birit dan muntah-muntah.

Kemudian, berdasarkan lebih dari 50 persen kes yang ada, virus ebola menyerang secara mengerikan, pesakit  mengalami muntah darah atau kencing darah, selain itu, keluar darah dari kulit, mata, atau mulut pesakit. Namun, bukan ini yang menyebabkan penderita meninggal, melainkan ketika pembuluh darah di dalam tubuh mengeluarkan cairan, ini menyebabkan tekanan darah menurun secara drastik membuatkan hati, ginjal, jantung, dan organ lainnya berhenti bekerja.

Bagaimana pengubatan penyakit ini?

Dikala ini, belum ada vaksin atau ubat untuk ebola, ketika wabak  terjadi, sebanyak 60-90 persen pesakit meninggal. Setakat ini,apal yang dapat dilakukan doktor adalah merawat pesakit, menggunakan cairan dan ubat-ubatan untuk menjaga tekanan darah tetap normal. Para doktor juga memberikan ubatan lainnya ketika jangkitan ini menyerang tubuh pesakit yang semakin lemah, sebahagian kecil  memiliki imuniti terhadap virus ebola.

Dari mana virus ini berasal?

Pertama kali, virus ebola ditemui pada tahu n1976. Pada awalnya, virus ini dipercayai berasal dari gorila. Wabak ebola terhadap manusia terjadi ketika mereka memakan daging gorila. Namun, teori ini dibantah para ilmuwan,sebabnya, jika hal ini benar, maka seharusnya lebih banyak kera yang terjangkit dan kemudian mati 

Para ilmuwan percaya bahwa kelelawar adalah penyebar virus ini. Kesimpulan ini berdasarkan kajian yang disiarkan oleh Emerging Infectious Diseases. Lembaga ini melakukan kajian terhadap 276 kelelawar yang ditangkap di empat daerah di Banglades.

Penularan terjadi ketika kera dan manusia memakan makanan yang telah terkena air liur kelelawar,berkemungkinan juga, kera atau manusia menyentuh benda-benda yang telah terkena air liur atau kelelawar, dan kemudian menyentuh mata dan mulut sendiri.

Wabah kali ini dipercayai berasal dari sebuah desa di dekat Gueckedou, Guinea, di mana berburu kelelawar adalah hal yang lumrah, menurut Doctors Without Borders.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan