- Menafaat Nasi - Fully Benefit Of Rice
- Menafaat Cendawan untuk kesihatan - Fully Benefi
- Khasiat sayuran Brokoli - Nutrition of broccoli
- Khasiat Kacang Bendi untuk kesihatan - Lady finger...
- Khasiat Ubi Kentang Bagi Kesihatan - Benefits Of P...
- Menafaat Dan Kandungan Zat Bayam Untuk Tubuh - Ben...
- Kandungan khasiat dan Menafaat Terong - Fully Bene...
Klik ditajuk
Pengambilan makanan
seimbang merupakan satu saranan yang dianjuran bagi semua orang kerana
pengambilan makanan berzat menentukan aspek kesihatan setiap individu.
Pengertian ‘makanan
seimbang’ ialah makanan yang memiliki
kandungan zat yang sesuai dengan zat yang diperlukan oleh tubuh penting untuk
diketahui, keperluan pengambilan zati setiap orang berbeza-beza, bergantung
dari jenis kelamin, usia aktifiti seharian, dan lain-lain
Makanan seimbang yang
dimaksud haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi:
Karbohidrat
Protein
Vitamin & Mineral
Lemak
Serat
Karbohidrat
Karbohidrat sangat diperlukan
oleh tubuh, kerana zat ini memiliki peran penting sebagai sumber sumber tenaga
utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat pada
makanan:
Contohnya: nasi,
kentang mie, ubi, ubi kayu , dan lainnya. Bila tubuh mengalami kekurangan zat
karbohidrat, maka gejala awal yang paling mudah didapati adalah tubuh terasa
lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari kebiasaannya.
Gula
Gula boleh didapati
pada makanan seperti gula pasir, gula merah, gula batu, sirup, madu dan kueh
manis. Namun perlu diawasi, pengambilannya, gula tidak memiliki kandungan zat berkhasiat
lainnya kecuali karbohidrat,jadi gula hanya akan mengakibatkan kegemukan pada
tubuh.
Lemak
Ramai yang belum
mengetahui, bahwasanya lemak merupakan sumber tenaga juga, namun disebab
bentuknya sukar diserap oleh tubuh,membuatnya mendatang masaalah bagi tubuh.
Lemak adalah bahan sebagai rizab tenaga untuk badan, Lemak yang berlebihan
dapat membuat tubuh menjadi gemuk. Lemak terdapat pada minyak, margarin,
santan, kulit ayam, kulit itek dan lemak haiwan lainnya.
Protein
Protein berfungsi
untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti sel yang rosak pada tubuh. Jadi keperluan
protein menjadi kemestian bagi tubuh setiap hari. Protein terdapat pada: Ikan,
ayam, daging, telur, susu, tahu, tempe serta kacang
Vitamin & Mineral
Vitamin & Mineral mempunyai
fungsi untuk membantu melancarkan prestasi badan. terdapat banyak pada
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Serat
Serat memiliki banyak
fungsi bagi tubuh, diantaranya:
Membantu menurunkan
glukos dalam darah
Membantu menurunkan
lemak dalam darah
Melancarkan pembuangan
air besar
Membuat perut terasa
lebih kenyang
Serat terdapat pada
makanan jenis:
Roti gandum, buah, dan
sayuran segar Kacang, tahu, tempe,
sha3622.blogspot.com |
Jumlah & Jenis
Makanan Sehari-hari Sesungguhnya, entah dari mana kita mengamalkan perinsip
makan 3 kali sehari. Perinsip tersebut telah ditanamkan secara turun temurun
dari orangtua kita. Sebenarnya yang terpenting adalah cara pemakanannya, asalkan
keperluan zat tubuh mencukupi, cara makan yang berlebihan adalah menurut hawa
nafsu semata-mata dan bukanlah oleh dasar keperluan zat tubuh semata-mata. Sebenarnya
tidak perlu berlebihan, cara makan yang berlebihan hanyalah mengakibatkan
timbulnya potensi penyakit seperti stroke,lemah jantung, kencing g manis dan sebagainya.
Makan teratur
Kegemukan ,Bila gemuk,
perlulah berusaha agar berat badan menjadi normal sehingga terhindar dari berbagai
penyakit kerana kegemukan. Untuk menurunkan berat badan perlulah makan makanan
seimbang dan mengurangi makanan yang tinggi kalori seperti : lemak, gula, kanji,selain
itu diperlukan lebih banyak kegiatan jasmani secara teratur sesuai kegemaran,
seperti berjalan kaki, menunggang basikal, berenang, dan sebagainya.
Diet Untuk Kencing
Manis
Sama sahaja iaitu
makanan seimbang, sesuai dengan keperluan zat. bezanya pada pesakit kencing
manis : ditekankan pada perlunya makan teratur dalam hal jenis dan jumlah
maknan serta waktu makan.
Bagaimana Cara Makan
yang Teratur
Untuk itu perlu
diketahui :
Keperluan Tenaga /
kalori sehari
Keperluan bahan
makanan sehari
Apakah Berat Badan Yang Sihat
Berat badan yang sihat
ialah berat badan tubuh yang memiliki kadar seimbang dengan tinggi badan. Tubuh
sehat ideal secara fizikal dapat dilihat dan dinilai dari penampilan luar.
Berat tubuh yang sehat
dan ideal dapat dikelifikasikan dengan menggunakan rumusan:
Body Mass Index /
Indeks Massa Tubuh
=
Berat Badan
Setelah mengetahui
status berat badan, penting pula untuk mengetahui pembatasan keperluan kalori
yang dapat diperkirakan sesuai dengan status hasil akhir penghitungan Body Mass
Index , yakni seperti berikut :
Very obese
:
1000 kalori/hari
Obese
:
1500 kalori/hari
Overweight
:
1700 kalori/hari
Normal
:
2000 kalori/hari
sha3622.blogspot.com |
Namun sesungguhnya
pengertian tubuh sihat ideal melalui aspek kesihatan ialah mencakupi pembahasan
yang lebih luas yang tidak cukup hanya melalui penilaian secara fizikal tubuh.
Titik yang mencapai
tubuh yang sihat yang sesuai, jika dimulakan untuk meningkatkan pengambilan
nutrien. Jika perlu, sejak janin di dalam rahim. Penting dalam keadaan
kesihatan wanita hamil perlu menjadi pemakanan yang mencukupi serta mengekalkan
kesihatan untuk melahirkan bayi yang sihat.Yang lebih penting adalah pemantauan
pertumbuhan dan perkembangan anak selanjutnya sampai anak dewasa, agar mencapai
tinggi badan dan berat badan ideal, sehat jasmani dan rohani, menuju sumber
daya manusia yang berkualitas.
Pada masa dewasa dan
perkembangan usia seterusnya merupakan masa kritikal untuk terjadinya kegemukan
dengan berbagai komplikasi penyakit. Hal ini biasanya terjadi kerana perubahan
gaya hidup menjadi lebih santai, kurangnya beraktiviti dan kecenderungan caea pemakanan
yang berlebih yang mengandungi kalori terlalu tinggi, protein dan lemak Juga
penting adalah usaha untuk mengelakkan peningkatan penyakit kardiovaskular,
boleh dimulakan dengan mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat.
Perkara utama adalah
keseimbangan. Berat badan tidak berlebih dan tidak pula kekurangan nutrisi yang
menjadi penyebab kepada berbagai macam penyakit.
Ancaman kekurangan zat
makanan atau kekurangan pengambilan nutrien kepada badan banyak terjadi
akhir-akhir ini di tengah-tengah masyarakat bandar adalah disebabkan oleh pola
makan berlebihan yang berlainan dengan nutrien yang diperlukan.
Sebagian besar makanan
yang kita makan sehari-hari baik secara sengaja maupun tidak disengaja,
kandungannya terlalu sedikit vitamin, protein nabati, garam mineral, lemak
nabati, zat asid amino essensial, hingga zat berserat serta air
Perkara yang paling
membahayakan ialah pengamilan terlalu banyak bahan pengawet, gula, garam
protein haiwan, lemak haiwan, kolesterol dan makanan yang diproses
Keseimbangan pengambilan nutrisi seperti
karbohidrat, mineral, protein, vitamin dan lain sebagainya penting adanya untuk
diperhatikan. adapun cara pemakanan yang disaranrkan yang menjadi dasar pola
makanan berkhasiati seimbang terdiri dari 3 golongan bahan makanan yakni zat tenaga
(karbohidrat), zat pembangun (protein), dan zat pengatur dalam jumlah yang
sesuai dengan keperluan tubuh.
Karbohidrat dapat
diperoleh dari beras, jagung, roti, mee, makaroni, bihun, kentang, ubi kayu,
ubi, talas, kanji, gula dan minyak.
Protein dapat
diperoleh dari daging, ayam, telur, ikan, udang susu, kacang dan hasil pemorsesan
seperti tahu dan tempe.
Zat pengatur banyak
terdapat dalam sayur-sayuran yang berwarna kuning, jingga dan merah.
Seiring dengan ancaman
kekurangan zat makanan yang secara tidak sengaja kita jalani, pengamal
kesihatan sering mengesyorkan keseimbangan diet yang sihat diikuti dengan
aktiviti sukan.
Tidak perlu berolahraga yang berat hingga bermandi
keringat, cukuplah berolahraga sederhana selama 30 minit, 5 hari seminggu asalkan
secara rutin. berupa jalan cepat atau joging dengan degupan jantung 100-130
detik dengan demikian, aktifiti tersebut telah mengurangkan 250 kalori sehari.
Garam
Garam mengandungi unsur
sodium dan chlor (NaCl), dimana unsur sodium sangat penting untuk mengatur
proses keseimbangan cairan di dalam tubuh, disamping fungsinya dalam mengatur
kelancaran proses transmisi saraf dan kerja otot.
Tubuh manusia
sebenarnya hanya memerlukan kurang dari 7gr garam sehari atau bersamaan dengan
3.000 mg sodium.
Satu sudu teh garam bersamaan
dengan 2.000 mg sodium. Sodium yang
terkandung dalam setiap menu modern kebanyakkan ialah sekitar 500 mg. kerapkali
dalam menu makanan harian kita mengandungi garam berlebihan dari yang sekedar
kita perlukan oleh tubuh. menyebabkan organ ginjal jadi 6 kali lebih berat
untuk membuangnya. Selain itu, pengambilan garam berlebihan bagi tubuh juga
menyebabkan darah tinggi., orang yang mengidap penyakit jantung pun perlu mengawl
pengambilan sodium juga. Begitu juga jika mengidap penyakit ginjal dan gangguan
hati.
Beberapa jenis makanan
yang banyak mengandung sodium, antara lain seperti soda kueh, serbuk soda
sebagal pengawet, julap, makanan yang dipanggang, keju, makanan dalam tin dan
laut, serta bijirin sementara beberapa jenis makanan yang memiliki kadar rendah
sodium antara lain seperti buah dan sayur-sayuran segar, daging dan ternakan segar.
Penting diketahui,
kekurangan garam sama berbahayanya dengan berlebihan garam. Kekurangan sodium
dan chlor secara drastik boleh menjadi beban lain bagi ginjal. diiringi gejala
pembengkakan (oedema), kaki bengkak yang disebabkan penyakit jantung.
Adapun pengawasan
pengambilani terbagi menjadi 3 kategori:
Diet ketat : cukup 500
gr sodium atau setara 1,5 gr garam dapur.
Diet Sedang : cukup
800 gr sodium atau setara 2 gr garam dapur.
Diet Ringan : cukup
2000 gr sodium atau setara 5 gr garam dapur.
Berikut kandungan
mineral yang terdapat dalam garam yang biasa kita ambil sehari-hari dari
makanan maupun minuman.
Yodium Zat mineral
yodium biasanya terdapat pada garam, namun pastikan garam yang anda beli memiliki
kandungan yodium. kerana zat ini berperanan penting untuk membantu perkembangan
kecerdasan atau kepandaian pada anak pada masa pertumbuhannya.
Phospor Phosfor
berfungsi untuk pembentukan tulang dan membentuk gigi.
Cobalt Cobalt memiliki
fungsi untuk membentuk pembuluh darah.
Kalsium Kalsium atau
zat kapur merupakan zat mineral yang memiliki fungsi dalam pembentukan tulang
dan gigi disamping perannya dalam kecergasan otot pada tubuh.
Kalium berfungsi
sebagai pembentuk aktiviti otot jantung.
Zinc diperlukan untuk
pembentuk enzim dan hormon penting.
Sulfur atau Belerang
Berfungsi dalam proses pembentuk protein di dalam tubuh.
Chlor Chlor digunakan
tubuh kita untuk membentuk HCl atau asid klorida pada perut. HCl sendiri
berfungsi membunuh kuman penyebab penyakit dalam perut serta mengaktifkan
pepsinogen menjadi pepsin.
Magnesium berfungsi
sebagai zat yang pembentuk sel darah merah berupa zat pengikat oksigen dan
hemoglobin.
Mangaan berfungsi
untuk mengatur pertumbuhan tubuh kita dan sistem reproduksi.
Tembaga Tembaga pada
tubuh manusia berguna sebagai pembentuk hemo globin pada sel darah merah.
Natrium / Na
Natrium adalah zat
mineral yang kita perlukan sebagai pembentuk faram di dalam tubuh dan sebagai
penghantar impuls dalam serabut syaraf dan tekana osmosis pada sel yang menjaga
keseimbangan cairan sel dengan cairan yang ada di sekitarnya.
Flour - tepung
Memiliki peranan dalam
pembentukan lapisan email gigi