Selasa, 9 September 2014

Menafaat burung puyuh bagi tubuh kita - Fully benefit quail for our bodies



sha3622.blogspot.com

Menafaat burung puyuh bagi tubuh kita


Menafaat dan Kandungan Gizi Telur Burung Puyuh

Telur puyuh merupakan sumber protein terbaik.
Seratus gram telur puyuh mengandung 13,05 gram protein, lebih sedikit  dari telur ayam maupun telur itek.

Salah satu keunggulan protein telurnya dibandingkan dengan protein haiwan lain adalah daya penghadamanya yang sangat tinggi,maksudinya, setiap gram protein yang masuk akan dicerna di dalam tubuh secara sempurna.

Nutrisi otak
Selain protein, lemak, vitamin, dan mineral, telur burung puyuh juga kaya akan kolin. Kolin berperanan penting di dalam tubuh, terutama bagi perkembangan fungsi otak.Hal berkaitan dengan peranan kolin sebagai komponen asetilkolin yang berfungsi sebagai pengantar

sha3622.blogspot.com
isyarat saraf
Pengabilan kolin yang cukup akan membantu isyarat saraf pada otak, sehingga dapat memperkuat daya ingat anak-anak dan menghindari kepikunan pada warga tua 
Seratus gram telur puyuh dan telur itek mengandungi 263,4 mg kolin, lebih tinggi daripada kolin yang terdapat pada telur ayam. Namun, keperluan kolin setiap orang berbeza-beza.
Ibu-ibu yang sedang kehamil hingga menyusui, sebaiknya mulai mengambil makanan sumber kolin, seperti telur puyuh, dalam jumlah yang banyak.Ianya penting untuk membantu perkembangan otak janin.

Selain itu, pengambilan kolin yang cukup pada saat kehamilan juga dapat mengurangi risiko kematian sel pada janin, yang bererti mengurangi kemungkinan bayi cacat dan keguguran, sementara pengambilan kolin dikala menyusui dapat membuatkan perkembangan otak bayi secara optimal.Kajian yang dilakukan oleh Meck dan William (1999) menunjukkan bahwa untuk perkembangan janin yang optimal, pemberian makanan kaya kolin sebaiknya dilakukan sewaktu bayi dalam kandungan (20-25 minggu) hingga disaat melahirkan.

Kajian yang dilakukan Ladd dkk (1993) menunjukkan, kolin tidak hanya baik diambil oleh mereka yang sedang dalam tahap pertumbuhan, tetapi juga oleh warga tua 
Mereka yang berada pada usia lanjut juga wajib mengambil kolin untuk mempertahankan fungsi otak
agar selalu sihat, selain itu, kolin juga dapat memperbaiki memori otak yang rusak akibat proses penuaan.

Melindungi mata
Salah satu ciri khas yang sangat menarik dari telur, termasuk telur puyuh, adalah warna kuning telurnya.
Warna kuning telur tersebut bukan sekadar warna yang menyegarkan mata, tetapi juga menunjukkan bahwa telur mengandungi sebatian lutein dan zeaksantin.Kedua sebatian itu merupakan pigmen yang memberikan warna kuning.
Selain memberikan warna kuning, pigmen tersebut ternyata juga mempunyai khasiat kesihatan yang sangat luar biasa.

Kata Lutein berasal dari bahasa Latin luteus, yang berarti kuning emas.
Demikian juga kata zeaksantin yang berasal dari kata zea yang merujuk pada genus jagung, dan xanthin yang juga berasal dari bahasa Latin yang berarti kuning.

Selain pada telur, lutein dan zeaksantin juga banyak terdapat pada sayuran hijau.
Hasil kajian yang dimuat dalam The Journal of Nutrition, August 2004, menunjukkan bahawa lutein pada kuning telur lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding lutein pada sayuran hijau seperti bayam.
Meskipun belum ada  kajian yang menjelaskan secara pasti, berkemungkinan besar kerana kuning telur banyak mengandungi lemak, sehingga lutein lebih mudah larut dan diserap oleh tubuh.Lutein dan zeaksantin tidak mempunyai  vitamin A, meskipun keduanya sangat baik untuk mata. Secara alsemulajadi lutein dan zeaksantin terdapat pada retina mata.Pengambil makanan yang kaya lutein dan zeaksantin akan meningkatkan kandungan lutein dan zeaksantin dalam retina mata.

Di dalam retina mata, lutein dan zeaksantin dapat membantu melindungi mata dari kerosakan dengan cara memapis sinar biru, terutama pada bayi dan anak-anak.menurut Bone dkk (1992), lutein dan zeaksantin berpotensi menyerap cahaya biru hingga 20-90 persen.Kanak-kanak sangat berpotensi terkena sinar biru yang berasal dari pancaran sinar matahari, layar televisian, ataupun komputer. Sinar biru sebenarnya adalah sinar yang memiliki  gelombang sepanjang antara 400-500 nm pada spektrum sinar yang masih dapat diterima mata.
Namun, pada usia yang masih mentah, lensa mata pada kanak-kanak belum cukup matang,belum sepenuhnya mampu menyerap sinar biru yang masuk. Jika perkara ini berlaku agak lama, sinar tersebut dapat menyebabkan kerosakan dan menyebabkan luka pada retina mata anak.Pendek kata, telur puyuh sangat disarankan untuk kanak-kanak yang sedang dalam tahap pertumbuhan juga ibu-ibu pada masa kehamilan dan menyusui.
Orang tua juga dianjurkan untuk mengambil telur burung puyuh, asalkan tidak mempunyai kadar kolesterol yang tinggi atau menderita kencing manis.

Mengandungi Zat Anti kanser
Tubuh tidak dapat mengeluarkan sendiri lutein dan zeaksantin yang diperlukan tubuh,sebab itulah, peranan makanan yang kaya akan lutein dan zeaksantin sangat diperlukan.  termasuklah telur burung puyuh.

Lutein dan zeaksantin tidak hanya diperlukan oleh kanak-kanak , tetapi juga bagi orang dewasa.
satu  kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan minimal 30 mg lutein setiap hari dapat memperlambat proses penuaan hingga 40 persen. 

Tubuh lebih kelihatan muda, terutama yang berhubungan dengan kesihatan mata.
Beberapa kajian menunjukkan, lutein dan zeaksantin juga baik untuk melawan risiko penyakit kanser dan ketumbuhan 

 Khasiat daging burung puyuh.


Antara khasiat burung puyuh ialah melancarkan perjalanan darah dan membantu kesihatan kaum lelaki, menguatkan tulang belakang dan mengandung zat & protein yang tinggi. Berbanding daging ayam, daging burung puyuh mengandungi khasiat pemakanan yang lebih tinggi di samping kandungan kalorinya yang rendah.Burung puyuh sebenarnya boleh menjadi ubat kepada sesetengah penyakit, terutamanya lelah atau asma\
 Dagingnya sangat lazat dan enak.Ianya, merupakan makanan alternatif bagi para peakit jantung koroner dan darah tinggi.Daging burung puyuh dengan tekstur daging halus lembut dan manis dengan kandungan kolesterol sangat rendah.Ianya kaya dengan mikronutrien dan berbagai vitamin termasuk folat, B kompleks dan vitamin E dan K.Ianya juga dapat menguatkan tulang belakang.Burung puyuh berkhasiat, kaya dengan protein, zat besi, kalsium & fosfor, Oleh kerana itu disarankan bagi orang yang kadar kolesterolnya tinggi dan mereka yang ingin mejagakan tahap kolesterol yang rendah.
Pada sistem saraf manusia memiliki peranan khasiat khusus, daging burung puyuh & telurnya dapat digunakan sebagai obat.

Antara Zat yang terkandubg dalam daging burung puyuh adalah seperti berikut 

Nutrition Facts
Quail, cooked
Amount Per 1 oz (28 g)
Calories 65
•  % Daily Value*
Total fat 4 g    6%
Saturated fat 1.1 g    5%
Polyunsaturated fat 1 g  
Monounsaturated fat 1.4 g  
Cholesterol 24 mg    8%
Sodium 15 mg    0%
Potassium 61 mg    1%
Total Carbohydrate 0 g    0%
Dietary fiber 0 g    0%
Sugar 0 g  
Protein 7 g    14%
Vitamin A    1%    Vitamin C    1%
Calcium    0%    Iron    7%
Vitamin B-6    10%    Vitamin B-12    1%
Magnesium    1%

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan