Isnin, 19 Mei 2014

Khasiat Minyak Zaitun

Sudah sejak lama minyak zaitun bermanfaat  untuk mengatasi berbagai gangguan kesehatan pada kulit dan rambut,selain minyaknya, buah zaitun juga kerap diambil kerana kandungan berbagai vitamin serta mineralnya yang cukup tinggi.





Berikut adalah beberapa manefaat minyak serta buah zaitun bagi kesehatan dan kecantikan yang harus diketahui.
  1. Melembutkan Rambut
    Rambut yang kusut dapat diatasi oleh minyak zaitun dengan cara mengusapkan terus minyak zaitun pada bahagian rambut yang kering dan kusut denagn mengunakan tangan. Jika digunakan secara teratur, minyak zaitun akan mampu memberikan khasiat tambahan pada rambut  menjadikannya lebih lembut dan sehat.

  2. Sebagai losyen badan
    Minyak zaitun juga boleh juga bermanefaat untuk tubuh , kerana dapat digunakan sebagai minyak urut serta dapat juga digunakan sebagai campuran losyen badan atau sabun mandi untuk menjaga kelembaban dan kelembutan kulit . Minyak ini boleh juga digunakan sebagai lulur badan (scrubbing) dengan cara mencampurkan dengan gula pasir.

  3. Khasiat untuk bibir
    Jika ingin memiliki bibir yang lembab dan terhindar dari kekeringan dan pecah-pecah, bolehlah meletakkan (mengoleskan) minyak zaitun jenis extra virgin setiap malam menjelang tidur.

  4. Menjaga Kesihatan Kuku Jari
    Minyak ini juga dapat digunakan untuk menjaga kesehatan kuku jari , titiskan 2-3 titik minyak zaitun kedalam air suam lalu rendam jari tangan dan kaki  kedalam larutan ini selama 20 menit. Cara ini dapat memperkuat kuku dan juga melembutkan kulit yang keras jika  dilakukan secara rutin sekurang-kurangnya seminggu sekali.

  5. Mencegah kencing manis (Diabetes )
    Khasiat lain dari minyak zaitun adalah dalam bidang kesihatan, minyak ini memiliki kandungan asid lemak tidak tepu tunggal membolehkannya mengatur kolesterol dalam tubuh . Minyak ini juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan dapat mencegah terjadinya penyakit diabetes mellitus.

  6. Mencegah Kanser
    Terdapat kandungan Antioksidan yang tinggi pada minyak zaitun yang dipercayai dapat mencegah kanser dan mengurangi resiko penyakit jantung. Antioksidan yang terkandung dalam minyak zaitun, terutama sebatian Hidroksitirosol, memiliki manefaat untuk menyeimbangkan kadar gula dalam tubuh serta mencegah pertumbuhan sel-sel tidak normal penyebab kanser.

  7. Menghilangkan Sakit
    Rasa sakit pun dapat dihilangkan dengan menggunakan minyak ini. Kandungan sebatian oleokantal dalam minyak zaitun dapat mencegah radang seperti asid mefenamat dan sebagai ubat penghilang radang-radang lain. Minyak zaitun ini mampu melawan pembentukan prostaglandin yang merupakan salah satu faktor penyebab sakit. Caranya cukup mudah, iaitu  disapukan pada bahagian tubuh yang sakit.

  8. Mengatasi Kelimumur
    Bagi yang memiliki masalah dengan rambut berkelimumur cubalah untuk mencampurkan minyak zaitun dengan shampoo . Hal ini akan lebih berkesan untuk menghilangkan kelimumur dibandingkan jika hanya memakai shampoo anti kelimumur sahaja.

  9. Mengatasi Kulit Muka Kering
    Apabila memiliki masalah dengan kulit muka kering bolehlah menyapukan  minyak zaitun terus ke muka, dapat juga dicampur dengan masker rambut . Minyak zaitun akan berfungsi untuk menjaga kelembaban secara semulajadi kulit agar tetap seimbang serta berfungsi juga untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dipermukaan muka, menjadikannya tidak akan nampak kering dan kusam, akan tetapi, cara ini tidak disarankan untuk kulit yang berminyak, kerana berkemungkinan dapat merangsang timbulnya jerawat.

  10. Mencegah Penuaan Kulit
    Minyak zaitun dapat digunakan sebagai pelembab kulit bagi yang sudah berusia atau sudah  mengalami tanda-tanda penuaan kulit seperti timbulnya kedutan pada muka. caranya ialah,  campurkan minyak zaitun dengan air perahan limau. Sapukan campuran ini secara merata pada muka lalu urut secara perlahan, lakukan sebelum tidur dan dibiarkan selama 20-30 minit,  kemudian dibilas  dengan air atau sabun khusus muka. Penggunaan minyak zaitun seperti ini akan membuat kulit anda menjadi lebih tegang dan terhindar dari kedutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan