Selasa, 8 Julai 2014

Menafaat Daun Pegaga untuk Pengubatan - Fully benefit Centella leaves for Medications

sha3622.blogspot..com

Pokok pegaga dikenal juga dengan nama latinnya Centella asiatica (Linn) dan termasuk dalam keluarga Umbelliferae. 

Daun pegaga ini memiliki sifat manis dan sejuk. Sementara kesan farmakologisnya adalah anti penyakit berjngkit, antitoxic, penurun panas, peluruh air kencing disebabkan keannya itut daun 
pegaga selalu dijadikan sebagai ubat tradisional.

Kandungan kimiainya terdiri dari asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahminoside, brahmic acid, madasiatic acid, meso-inositol, centellose, carotenoids, garam-garam mineral seperti garam kalium, natrium, magnesium, kalsium, besi, vellarine dan zat samak.

Menafaat Daun Pegaga untuk Pengubatan


Berikut ini beberapa penyakit yang boleh dioubati dengan menggunakan daun pegaga sebagai ramuan ubat tradisional.

Darah tinggi
Ambil lebih kurang 20 helai daun pegagan kemudian direbus dalam 3 gelas air hingga menjadi 3/4-nya. Ramuan tersebut diminum 3 kali sehari,sebanyak 3/4 gelas. sekali minum.

Demam
Segenggam daun pegaga segar ditumbuk hingga halus, kemudian ditambah sedikit air dan garam, lalu ditapis,airnya diminum pagi-pagi sebelum makan.

Buasir
Ambil 4-5 helai pegaga bersama akar-akarnya, lalu direbus dengan 2 gelas air selama ± 5 minit. Minum air rebusan ini secara rutin selama beberapa hari.

Bisul 
Cara pertama, sediakan 30 gram - 60 gram pegaga segar,bersihkan lalu direbus, dan air rebusannya diminum. Cara kedua, pegaga segar dibersih, kemudian dilumatkan dan ditempelkan ke bahagian tubuh yang sakit.

Batuk berdarah, muntah darah, pendarahan hidung

Ambil 60 - 90 gram daun pegaga segar lalu direbus atau diperah, kemudian airnya diminum.

Mata merah, bengkak
Daun pegagan boleh juga dijadikan sebagai ubat titis dimata. Caranya pun cukup mudah. Pegaga segar dicuci bersih, dilumatkan, diperah, airnya ditapis. Titiskan ke mata yang sakit 3-4 kali sehari.

Batuk kering
Ambil segenggam penuh pegaga segar, kemudian dilumatkan, dan perah airnya, tambahkan air dan gula batu secukupnya. Kemudian minum ramuan tersebut sekaligus.

Menambah nafsu makan
Untuk menaikkan nafsu makan, ambil 1 genggam daun pegaga segar direbus dengan 2 gelas air sampai berbaki 1 gelas, minum air rebusan daun pegagan tersebut sehari 1 gelas.

Menafaat teh daun pegagan
Teh daun pegagan segar berkhasiat untuk membangkitkan nafsu makan, menyegarkan badan, menenangkan, menurunkan panas, batuk kering, mengeluarkan cacing didalam perut, 
pendarahan hidung
Menafaat lalap pegaga
Lalaban pegagan segar berkhasiat Membersihkan darah, terutama pada bisul, pendarahan ulser . Memperbanyak cairan hempedu, sehingga dapat memperbaiki gangguan pencernaan.

Susah kencing
Jika Anda mengalami susah untuk kencing, ambil 30 gram pegaga segar. Lumatkan atau tumbuk halus. Ramuan tersebut ditempelkan di sekitar pusat.
Ambil 3/4 genggam pegagan dicuci bersih, lalu direbus dengan 3 gelas air sampai menjadi 3/4 -nya. tapiskan setelah sejuk diminum sehari 3 kali 3/4 gelas.sekali minum

 Demam Campak
Untuk mengubati penyakit demam campak, ambillah 60 -120 gram pegaga, cuci bersih lalu direbus. Kemudian air rebusannya diminum.

Pembengkakkan hati (liver)
Ambil 240 gram - 600 gram pegagan segar, kemudian direbus. setelah sejuk, air rebusannya minum secara rutin.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum, saya En. Mohd Zuhairi bin Noordin, pengasas Jutawan Herbs.

    Saya perkenalkan herba warisan turun-temurun yg telah membantu ramai pesakit kanser tahap 1–4 sembuh dgn izin Allah. Ia juga berkesan untuk:

    ✔ Sirosis hati
    ✔ Luka kronik kencing manis & gula tinggi
    ✔ Sakit lutut
    ✔ Kencing tikus
    ✔ Radang paru-paru & sempit (COPD)

    Herba ini boleh diamalkan bersama rawatan hospital & kimoterapi, malah bantu percepatkan proses sembuh. Fokus utama herba ini adalah membunuh sel kanser sampai ke akar, agar tak berulang lagi.

    100% herba semulajadi – selamat, tidak bertoksik, & tidak ganggu rawatan moden.
    Boleh diamalkan harian utk mencegah kanser dan bantu rawat penyakit lain.


    Ramai dah sembuh! Antara testimoni:
    EN SHARIZAL - Kanser primary mediastinal large B-cell Lymphoma Stage 4B merebak ke paru-paru.
    Pn.Nor Hayati binti Hamid – kanser payudara ke paru-paru dan tulang tahap 4
    En.Mohd Asri bin Ahmad – kanser Usus tahap 2
    Suzana binti Ahmad – kanser Rahim & lidah tahap 4
    Nor Azian binti Sarif – kanser Payudara triple negative
    Muhd Aidil Izzat Bin Ariffin – Kanser Burrkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4
    Noriza binti Baba - tapak kaki terbelah sbb kencing manis. hampir dipotong.
    Sekarang dah kering & bercantum semula.
    Dan ramai lagi...

    Nak tengok testimoni video pesakit yg sembuh?
    YouTube: Jutawan Herbs
    Blog: jusinfiniti.blogspot.com

    Jangan tunggu sakit melarat.
    Penawar dah ada, usaha sekarang.
    Saya sedia bntu anda – dari rawatan, pemakanan, hingga sokongan emosi.

    WhatsApp segera:
    017-468 7570 (En. Zuhairi)

    Sharing is caring – bantu sebarkan. Ramai yg dah sembuh, anda bila lagi?

    BalasPadam