Rabu, 15 Oktober 2014

Menafaat buah markisa untuk kesihatan - Fully benefit of passion fruits for health

Menafaat buah markisa untuk kesihatan

http://sha3622.blogspot.Com
   Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja.

 Markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.

Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai  hingga. Ogos Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.


sha3622.blogspot.Com
Buah markisa merupakan salah satu buah yang memiliki banyak sekali menafaat untuk kesihatan, buah yang memiliki rasa manis sedikit masam ini memang mengandungi banyak nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh tubuh kita.  
Antara beberapa manfaat buah markisa untuk kesehatan ialah

  1. Sumber vitamin C. Buah markisa merupakan salah satu buah dengan kandungan vitamin C yang sangat baik. Mengambil sebiji buah markisa telah memenuhi sekitar 50 persen dari keperluan vitamin C harian kita. 

  2. Sumber antioksidan. Buah markisa merupakan buah yang tinggi kandungan antioksidan yang cukup kuat melawan berbagai macam penyakit seperti kanser dan peradangan.  

  3. Menjaga kesihatan pencernaan. Buah markisa  bermenafaat untuk mengatasi berbagai macam masalah pencernaan seperti sembelit. buah ini juga merupakan ubat yang sangat baik untuk pengubatan hyperacidity, perut dan ulser duodenum.

  4. Kaya akan Beta karoten. Kandungan betakaroten dalam buah markisa  dapat mendorong perkembangan tulang dan gigi, memperbaiki jaringan sel tubuh, mengurangi risiko artritis, penyakit Parkinson dan kemurungan. (depresi.)  

  5. Kaya dengan kandungan zat besi. Markisa merupakan salah satu makanan yang mengandungi zat besi cukup tinggi. Dalam 1 cawan buah markisa mengandungi sekitar 4 mg zat besi.  

  6. Mengandungi folat. buah markisa diketahui merupakan salah satu dari buah-buahan yang mengandungi asid Folat., Asid folat berfungsi untuk menjaga kesihatan mental dan otak, serta dapat mencegah terjadinya cacat pada bayi selama masa kehamilan si ibu. Selain itu, asid folat juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan peredaran.. 

  7. sha3622.blogspot.Com
  8. Membantu menstabilkan berat badan. Buah markisa dapat membantu dalam menurunkan berat badan kerana mengandungi  rendah kalori, sodium dan lemak. Walaupun rendah kalori dan juga lemak Buah markisa juga kaya akan karbohidrat dan gula semulajadi yang dapat secara cepat meningkatkan stamina anda setelah letih beraktiviti. 

  9. Mengandungi serat yang tinggi  Buah markisa sumber serat yang sangat baik. Dalam 100 g buah markisa mengandungi 10,4 g atau 27 % serat . Serat sangat diperlukan untuk diet dan membantu menurunkan  kolesterol dalam darah. Selain itu serat dalam buah markisa juga dapat  membantu melindungi selaput lendir usus dengan cara mengurangi paparan zat-zat beracun di dalam usus besar serta mengikat bahan kimia yang merupakan penyebab terjadinya kanser di usus besar. 

  10. Mengandungi kalium yang tinggi .Buah markisa sangat kaya dengan kalium. Dalam 100 g buah markisa mengandungi sekitar 348 mg kalium. Kalium merupakan komponen yang sangat penting  untuk membantu mengatur degup jantung dan kestabilan tekanan darah. 

  11. Baik bagi pesakit asma. Buah markisa nutrisi yang dapat meringankan  serangan asma. Selain mengandungi vitamin C, markisa juga memiliki kekuatan menyekat histamin yang menyebabkan gejala penyakit asma.                                                                                                                                                                                                        Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan