http://sha3622.blogspot.com |
.Kandungannya yang rendah lemak, gula dan juga kalori, air kelapa muda dinobatkan sebagai minuman semulajadi yang terbaik.
Kenapa?
Bayangkanlah, air buah mana yang boleh disuntik terus ke dalam salur darah untuk mengembalikan tenaga dan kesihatan askar2 yang cedera ketika peperangan dan juga telah menyelamatkan ribuan manusia di negara2 dunia ketiga? Hanya air kelapa muda!
Kandungan air kelapa muda adalah hampir sama dengan plasma darah manusia dan ia telah digunakan bagi menggantikan larutan garam perubatan ketika zaman peperangan dunia ke-2.
Air kelapa muda adalah larutan anti bakteria, anti virus dan bersifat bersih dari kuman.
Dibawah ini disenaraikan beberapa khasiat air kelapa muda:
1. Memulihkan katarak tanpa pembedahan (sila rujuk pakar)
2. Menghilangkan jerawat
3. Membawa nutrien dan oksigen ke seluruh tubuh.
4. Meningkatkan metabolisma (yes, itu yg diperlukan untuk membakar lemak dengan cepat!)
5. Meningkatkan imunisasi tubuh (kan dah kata ulser Yong sembuh in two days, and time demam campak elok minum air ni)
sha3622.blogspot.com |
6. Membuang toksik dalam darah dan membantu membunuh virus seperti HIV, Herpes, Flu dsb. ( sila rujuk pakar)
Bahan yang terdapat di dalam air kelapa muda iaitu monolaurin, yang mampu membunuh lipid-coated virus dan juga sesetengah bakteria.
7. Mengawal penyakit kencing manis.
Bahan yang terdapat di dalam air kelapa muda iaitu monolaurin, yang mampu membunuh lipid-coated virus dan juga sesetengah bakteria.
7. Mengawal penyakit kencing manis.
8. Menstabilkan PH level dalam
darah. Sekiranya tahap keasidan dalam darah tinggi, buah pinggang akan
rosak. Badan akan menjadi lemah.
9. Merawat buang pinggang dan penyakit batu karang.
sha3622.blogspot.com |
10. Mengembalikan hidrasi ketika serangan cirit birit (lebih baik dari larutan garam ORS)
11. Pengambilan secara kerap dapat memulihkan penyakit hati (seperti hepatitis), kerana kandungan asid lauric.
12. Membuang racun dalam tubuh (telah dipraktikkan pada zaman dahulu
ketika ubat2 hospital belum lagi wujud. Pengambilan air kelapa muda
adalah selama 40 hari berturut2)
13. Membantu melangsingkan tubuh.
14. Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi kerana kandungan potasium yang tinggi (lebih tinggi dari sebiji pisang).
15. Mematikan cacing di dalam usus.
16. Memberhentikan rasa ingin muntah/loya ketika demam.
16. Memberhentikan rasa ingin muntah/loya ketika demam.
17. Mengurangkan selulit, memulihkan sunburn, jerawat dan juga ruam
ketika demam campak, dengan menyapu air kelapa muda ke bahagian kulit
yang bermasalah itu.
Selain dari menjaga kesihatan buah pinggang, juga dapat package..anti ageing
Lebih baiklah kita minum air kelapa muda yang natural, dari sumber alam yang seri murni ni.
Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid, sbg menteri pertanian era 80an, org utama promosi kelapa muda di peringkat komersil. Malangnya, org tgh yg untung byk..org kg jual rm1 sebiji..org tgh jual rm2.70 Dan peniaga jual antara rm4 ke rm5
BalasPadam