Khamis, 16 Oktober 2014

Tulang dan Tips penjagaannya - Bone and Tips how to take Care

Tulang menyokong tubuh manusia dalam kedudukan tegak. Tanpa tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan
sha3622.blogspot.com


.
Tulang rangka merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan haiwan agar mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20 % dari jisim manusia,. Secara ringkas terdapat lima fungsi utama tulang dalam badan manusia.
Tulang melindungi organ penting lain seperti tulang dada melindungi paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan mengelilinginya hampir sepenuhnya.

Pertumbuhan tulang selengkapnya terbentuk pada umur lebih kurang 30 tahun. Setelah itu ada juga perubahan yang disebut remodelling. Tulang merupakan  tabung terbesar kalsium dan fosfat. 99% kalsium terdapat di tulang (1000 gram) dari jumlah kalsium tubuh, sedangkan fosfat dalam tulang mencapai 90% dari fosfat dalam tubuh.

Dari segi bentuk, tulang dapat dibahagi menjadi: tulang panjang  (seperti tulang hasta dan tibia), tulang pipih (seperti tulang rusuk, tulang dada), tulang pendek (tulang-tulang telapak tangan, pergelangan tangan) dan tulang tak beraturan (seperti tulang rahang, ruas tulang belakang).Menurut letaknya tulang dibahagi dua, iaitu: Tengkorak (bahagian kepala), dan rangka badan

Tulang turut merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk berpegang, kita tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dengan mudah.
Tambah kapsyen

Tulang turut merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas menghasilkan darah. Darah manusia sentiasa diuraikan oleh badan oleh itu ia perlu digantikan secara berterusan. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.

Tulang juga merupakan tempat simpanan bahan galian bagi badan. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang untuk menggantikan galian yang penting. Keadaan ini boleh mendorong kepada penyakit osteoporosis. 
Tambah kapsyen
Amat penting bagi kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat. Ini kerana tulang bagi kanak-kanak sentiasa membesar sementara bagi ibu yang menyusu, kalsium digunakan bagi menghasilkan susu bagi membekal bayi dengan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang yang mencukupi. 

Kalsium boleh diambil dengan meminum susu lembu. Susu soya juga dikatakan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, tetapi terdapat pendapat bahawa kalsium dalam soya / sayuran berada dalam bentuk yang tidak dapat dihadamkan oleh badan manusia.

Awas pengambilan garam berlebihan dapat mengurangkan kalsium ini akan membuatkan tulang menjadi keropos dan menjadikannya rapuh.


Penyakit sendi liming istilah perubatan adalah Osteoartritis, ia juga sering dikelirukan dengan pengeroposan tulang atau osteoporosis, di mana penyakit keduanya mempunyai gejala-gejala dan rawatan adalah sangat berbeza. Oleh orang ramai, keadaan hakisan bersama sering dianggap sinonim dengan tulang-tulang pengeroposan, kerana dua penyakit-penyakit yang mempunyai persamaan, dua penyakit-penyakit yang sering menyerang orang-orang yang tua. Manakala kedua-dua penyakit-penyakit ini, ianya sangat berbeza.

Secara amnya, perbezaan dalam pengeroposan hakisan tulang dan penyakit sendi ini terletak di bahagian badan yang di bawah serangan. Pengapuran /Liming penyakit kebanyakannya berlaku disebabkan proses penuaan (degeneratif) serangan pada sendi terutamanya sendi seperti sendi lutut, pinggang dan pergelangan kaki, manakala pengeroposan yang menyerang tulang-tulang di dalam badan, terutamanya tulang belakang dan pinggul yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan osteoporosis kerana penyakit tulang poros, kerana dalam kebanyakan pesakit yang menghidapi osteoporosis, tulang-tulang telah dikurangkan dalam jisim atau mengalami pengecutan. Ini berlaku kerana penurunan bekalan kalsium dalam tulang menyebabkan badan mengambil kalsium daripada tulang dan tulang secara beransur-ansur menjadi berliang, membolehkan tulang dapat menahan beban yang berat. Malah, perlanggaran cahaya walaupun boleh menyebabkan keretakan.


Pengapuran /Liming sendi atau Osteoartritis adalah penyakit sendi yang dicirikan oleh pengikisan/penipisan tulang rawan dalam sendi sehingga bantalan sendi makin lama makin menipis yang akhirnya akan hilang atau gundul jadi sendi akan menyakitkan bila digerakkan. Pengapuran /Liming boleh berlaku hampir pada semua sendi. Biasanya berlaku pada sendi yang menahan beban yang berat dan juga sering digunakan dalam sendi, lutut, pinggang, belakang atau tulang belakang, tangan dan kaki.  Sendi lutut merupakan sendi dengan beban kerja yang cukup berat sewaktu kita berdiri tegak, sendi dalam kedudukan mengunci supaya kedudukan badan stabil. Sedangkan sewaktu berjalan, sendi ini berperanan seperti engsel, sehingga gerakan kaki menjadi fleksibel.                   
sha3622.blogspot.com



“Sesungguhnya setiap manusia dari keturunan Adam diciptakan dengan 360 sendi. Barang siapa bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, duri atau tulang dari jalalan, memerintahkan kebaikan, mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka”. (Muslim; 1675)

Di dalam The Hatchinson Encyclopedia (1995) menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada manusia hanya 206 sahaja.

Namun Doktor muslim bernama Hamid Ahmad Hamid di dalam bukunya ‘Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia’ (“The Journey of Faith inside the Human Body”), menyebutkan dengan terperinci360 persendian pada manusia, sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Rasulullah di dalam hadisnya 14 abad yang lalu.


A. 147 persendian yang terdapat pada vertebrae/ tulang punggung:
- 25 sendi di kawasan vertebrae/tulang punggung
- 72 sendi di antara vertebrae/tulang punggung dan costae/tulang rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.

B. 24 persendian pada thorax/dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.

C. 86 persendian area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.

D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut

E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang punggung dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).

Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86+92+11= 360 sendi.
Meneliti ilmu osteologi melalui beberapa potong Al Quran dan hadis dia atas sebenarnya mampu memberi keinsafan kepada kita umat akhir zaman. Bagaimana jika sebuah kitab yang dikatakan ciptaan manusia serta hadis Nabi yang dikatakan melalui rekaan ulama’ semata-mata mampu mengungkap setepat itu fakta-fakta berkenaan ilmu yang sebenarnya asing di zaman tersebut.
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. 

sha3622.blogspot.com

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.
Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah? ” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu  ‘alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda yang bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan.” (riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dam Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dalam coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel2 dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang2 sulbi yang telah dikisar & dibakar tadi ke dalam embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.
“Beliau adalah tulang belakang keluarga”. Kenyataan atau ayat ini merujuk perumpamaan dalam bahasa melayu yang merujuk kepada individu yang berperanan sebagai penaung, penyara atau individu yang kuat menyokong keperluan keluarganya. Ternyata organ tulang dipilih sebagai menghargai individu yang menjadi harapan keluarga. Tiada pula istilah otak keluarga, jantung syarikat atau hati masyarakat. Yang ada hanya tulang belakang masyarakat, tulang belakang organisasi.

Tulang adalah organ dalam tubuh badan manusia atau haiwan yang cukup signifikan dengan keteguhan, asas yang menjadikan sesuatu makhluk itu berbentuk, mampu bergerak, kuat serta menampung tubuh badan.

Sistem rangka ( skeletal system) termasuk semua tulang dan sendi di dalam badan. Setiap tulang adalah organ yang hidup yang kompleks yang terdiri daripada banyak sel, gentian protein, dan mineral. Rangka bertindak sebagai struktur yang menyediakan sokongan dan perlindungan bagi tisu lembut yang membentuk seluruh badan. Sel-sel darah baru dih asilkan oleh sum-sum tulang merah di dalam tulang kita. 

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan