Jumaat, 8 Ogos 2014

Sistem Pencernaan - The Digestive System



SISTEM PENCERNAAN




Terdiri daripada satu saluran yang berotot berukuran kira-kira 9.75 meter dengan bukaan pada mulut dan dubur di kedua-dua hujungnya.

Bahagian-bahagian sistem pencernaan manusia:

Makanan dihancurkan secara mekanikal oleh gigi kepada butir-butir yang lebih kecil supaya jumlah luas permukaan makanan ditambahkan untuk tindakan enzim.

Semasa pengunyahan, makanan dicampurkan dengan air liur daripada 3 pasang kelenjar liur, iaitu
  1. kelenjar parotid
  2. kelenjar sublingua
  3. kelenjar submandibel


Air liur melembutkan makanan dan menjadikannya lebih mudah ditelan.

Air liur mengandungi sejenis enzim, iaitu ptialin @ amilase liur. Enzim ini menghidrolisiskan kanji masak kepada maltosa.
   

Lidah menolong membulatkan gumpalan makanan menjadi bolus dan menolaknya ke arah faring.

Semasa menelan, lidah menolak makanan ke belakang mulut dan seterusnya ke esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki rongga nasal.

Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis.

Peristalsis - penguncupan dan pengenduran beritma yang berlaku di sepanjang salur alimentari.



Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.

Jus gaster mengandungi   

a)   asid hidroklorik

membunuh kuman di dalam makanan

menyediakan pH yang sesuai bagi enzim renin & pepsin (kedua-dua enzim ini paling aktif dalam keadaan berasid)
b)   enzim renin

mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu yang larut) kepada kasein (protein susu yang tidak larut)
https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2Fadina.itgo.com%2Frenin.gif&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*
c)   enzim pepsin

menghidrolisiskan protein kepada pepton & polipeptida
https://images-blogger-opensocial.googleusercontent.com/gadgets/proxy?url=http%3A%2F%2Fadina.itgo.com%2Fpepsin.gif&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*   


Penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis membantu mencampuradukkan makanan dengan enzim.

Makanan berada di dalam perut selama kira-kira 4 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenal sebagai kim.


Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas.

Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila diperlukan.

Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mempunyai enzim.

Fungsi hempedu : Mengemulsikan lemak (memecahkan lemak menjadi titisan halus yang terampai di dalam air). Pengemulsian lemak menambahkan jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim.

Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas.

Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim
  1. amilase
  2. tripsin
  3. lipase

Amilase menghidrolisiskan kanji yang masih belum dihidrolisiskan oleh ptialin dalam rongga mulut kepada maltosa.

Tripsin menghidrolisikan pepton dan polipeptida kepada peptida.


Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak dan gliserol.




Kelenjar usus pada dinding usus kecil menghasilkan jus usus yang bersifat alkali.

Jus usus mengandungi enzim:
  1. erepsin (peptidase) yang menhidrolisiskan peptida menjadi asid amino
  1. maltase yang menhidrolisiskan maltosa kepada glukosa
  1. sukrase yang menghidrolisiskan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
  1. laktase yang menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa dan galaktosa


Gula ringkas, asid amino, gliserol, dan asid lemak adalah hasil akhir pencernaan. Semua hasil ini diserap di usus kecil.

PENYERAPAN & ASIMILASI HASIL PENCERNAAN

bullet
Usus kecil mencapai luas permukaan yang besar dengan cara berikut
  1. usus kecil adalah sangat panjang, kira-kira 6 meter
  2. terdapat banyak lipatan di dalam usus kecil
  3. seluruh permukaan dalam usus kecil mempunyai unjuran berbentuk jari yang dinamakan vilus
  4. pada permukaan epitelium vilus, terdapat unjuran halus yang dinamakan mikrovilus
bullet
Setiap vilus mengandungi satu jaringan kapilari darah. Di tengah-tengah vilus, terdapat satu lakteal yang berwarna putih. Lakteal bersambungan dengan salur limfa.
bullet
Proses penyerapan makanan berlaku secara resapan diikuti dengan pengangkutan aktif.
bullet
Gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C yang larut dalam air diserap ke dalam kapilari darah di dalam vilus.
bullet
Kapilari darah daripada semua vilus bersatu dengan vena portal hepar. Vena portal hepar membawa darah yang mengandungi makanan tercerna ke hati.
bullet
Asid lemak dan gliserol meresap ke dalam epitelium vilus. Di dalam sel epitelium vilus, gliserol berpadu dengan asid lemak membentuk titisan lemak. Titisan lemak ini kemudian diserap ke dalam lakteal.
bullet
Vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak juga diserap ke dalam lakteal.
bullet
Dari lakteal, titisan lemak diangkut oleh salur limfa yang akhirnya membuka ke dalam vena subklavika kiri di bahagian antara leher dan bahu.
bullet
Makanan tercerna yang telah diserap akan diasimilasikan.
bullet
Asimilasi - Proses penggabungan makanan tercerna ke dalam sel dan tisu badan.
bullet
Sebahagian besar makanan tercerna diangkut oleh vena portal hepar ke hati. Proses asimilasi bermula di sini.
bullet
Glukosa berlebihan yang terhasil akan ditukarkan oleh sel hati menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
bullet
Hati juga membina pelbagai jenis protein seperti enzim, protombin, dan fibrinogen daripada asid amino yang diterimanya.
bullet
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan kerana beracun. Hati menguraikannya menjadi urea. Urea diangkut oleh darah ke ginjal untuk dikumuhkan melalui air kencing.
bullet
Lemak yang berlebihan akan dibina menjadi tisu lemak dan disimpan di bawah kulit serta di sekeliling usus.

bullet
Sisa makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar.
bullet
Penyerapan air berlaku di usus besar. Kesannya, sisa makanan mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu.
bullet
Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan.
bullet
Pergerakan tinja di dalam usus besar menuju ke dubur berlaku secara peristalsis.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan