Rabu, 6 Ogos 2014

Tanda tanda Penyakit yang dapat dikesan - Signs of the disease on the body

Tanda tanda Penyakit yang dapat dikesan


Tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait rapat dengan fungsi badan
 yang lain. Apa apa pun, kalau ada masaalah dengan tubuh badan cepat-
cepat lah membuat pemeriksaan atau walaupun kedatangan hanya sekejap 
sahaja kerana bermungkinan memberi perunjuk yang kita ni sebenarnya sakit.

1. MATA 
(Bertindak balas dengan keadaan hati).
a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata 
menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.                     
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi, menunjukkan                                           proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluarnya tahi mata :Menunjukkan fungsi hati lemah, pembuangan toksin 
sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau
 bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas 
hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG 
(Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan 
mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang 
berlebihan Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. 
Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin 
di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang 
yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh 
badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk 
membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR
 (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang 
sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya 
diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : 

Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai 
masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran 
koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan 
darah mengandungi 
asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk 
pembuangan toksin.

7. TELINGA: 
Berkaitan dengan buah pinggang.
a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.
Biasanya tapak kaki terasa
 sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : 
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut 
dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : 
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan 
ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : 
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma 
pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : 
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut 
akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan 
tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras 
dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit
 jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, 
ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya 
disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang 
akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit 
kaki busuk (Hong Kong Foot).


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan