Sabtu, 9 Ogos 2014

Rahsia Sujud Di Dalam Solat - The Secret Of Prostrate Themselves In Prayer

Rahsia Sujud Di Dalam Solat 
http://sha3622.blogspot.com
http://sha3622.blogspot.com
c
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD.

Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Dr Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University, mendapati fakta mengenai menafaat sujud bagi kesihatan. Dalam kajiannya ditemui ada beberapa urat syaraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah dan urat ini baru hanya boleh dimasuki darah pada waktu bersujud.
Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu-waktu shalat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, ashar, maghrib, ‘isya). Subhanallah. Jadi, siapa yang tidak shalat maka urat ini tidak menerima darah, sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal.
Kerana letak otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, jadi dibantu dengan sujud yang lebih lama agar menambah kekuatan aliran darah ke otak (Nabi saw menyuruh agar kita sujud lama-lama di raka’at terakhir, sambil banyak meminta semua keinginan kita)

 Hikmah sujud antara lain ialah:
1- Melegakan sistem pernafasan
(rilieved congestion for
breathing).

2- Mengembalikan kedudukan
organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud akan :
a. Membetulkan buah pinggang
yang terkeluar sedikit dari tempat
asalnya.
b. Membetulkan pundi peranakan
yang jatuh (prolapsed uterus/ fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN
(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leherperut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik
memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih
baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin,
organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar
dari sakit bergelombang perut (convulsio ns).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima
pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah
penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong,
riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah.. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau
jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali mran : 25
0)

Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan )

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan