Sabtu, 30 Ogos 2014

Khasiat Bunga Cengkeh - The Nutrition of Clove Flower

sha3622.blogspot.com
Bunga Cengkeh dipanggil Clove dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu jenis rempah asli yang sangat terkenal. 
Aroma khas cengkeh dihasilkan oleh sebatian eugenol, yang merupakan sebatian utama (72-90%) penyusun minyak atsiri cengkeh. Eugenol memiliki sifat antiseptik dan anestetik (bius).
sha3622.blogspot.com

Selain eugenol, kandungan lainnya yang ada pada minyak atsiri cengkeh adalah sebatian asetil eugenol, beta-caryophyllene, vanilin, tanin, asam galotanat, metil salisilat (suatu zat penghilang rasa sakit), asid krategolat, berbagai sebatian flavonoid (iaitu eugenin, kaemferol, rhamnetin, dan eugenitin), berbagai sebatian triterpenoid (iaitu asid oleanolat, stigmasterol, dan kampesterol), serta mengandungi berbagai sebatian seskuiterpen.
Selain sebagai bahan masakan , bunga cengkeh juga mempunyai banyak menafaat dan khasiat untuk kesihatan seperti ubat sakit gigi, menghilangkan loya, batuk, juga dapat mengusir aroma yang tidak enak pada mulut.


sha3622.blogspot.com

Cengkeh untuk mengubati sakit gigi
Pada gigi yang berlubang, sumbat dengan kapas yang telah dititiskan dengan minyak cengkeh. atau, 10 butir cengkeh ditumbuk sampai halus, lalu , dimasukkan pada lubang gigi secukupnya, kemudian ditutup dengan kapas. Lakukan dua kali sehari.


Cengkeh untuk menghilangkan bau mulut
Selain untuk mengatasi sakit gigi, cengkeh juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau nafas. Caranya 10 butir cengkeh dicuci lalu dibancuh dengan 200 cc air panas, biarkan selama lima minit, setelah sejuk, tapis dan airnya digunakan untuk berkumur. Lakukan setiap hari secara rutin.


Cengkeh untuk mengatasi Resedung (sinus)
Ambil cengkeh yang telah dikeringkan secukupnya, tumbuk sampai menjadi serbuk, lalu ditiupkan ke dalam hidung dengan menggunakan straw dengan ukuran secukupnya.


Cengkeh untuk mengubati rasa loya
Untuk ubat loya, ambil 10 butir cengkeh, 20 gram asam jawa, dan gula melaka secukupnya. Rebus semua bahan dengan 400 cc air sampai berbaki 200 cc,kemudian ramuan itu ditapis dan diminum sewaktu masih panas, lakukan dua kali sehari, setiap kali minum sebanyak 100 cc.

Cengkeh untuk ubat  sakit kepala
Ambil 5 butir cengkeh, 5 gram kayu manis, 5 gram biji pala, dan 5 butir lada sulah. Semua bahan ditumbuk halus hingga menjadi serbuk, kemudian dibancuh dengan 100 cc air panas. diminum sewaktu masih panas.

Cengkeh untuk mengatasi radang perut
5 butir cengkeh, 5 gram kayu manis, 5 gram biji pala, 5 butir buah pelaga, 15 gram kulit limau mandarin, 150 gram lobak dan labu  secukupnya. Semua bahan direbus dengan 1000 cc air panas kemudian diminum.

Cengkeh untuk mengubati batuk
10 butir cengkeh, 10 lembar daun sirih, 5 lembar daun tapak liman, 3 butir buah pelaga, 2 batang kulit kayu manis, dan gula melaka secukupnya. Semua bahan direbus dengan 800 cc air hingga berbaki 400 cc. tapis dan minum 2 kali sehari. Setiap kali minum sebanyak 200 cc.

Cengkeh untuk mengatasi perut kembung
Untuk mengatasi perut kembung, bancuh 10 butir cengkeh dengan air panas lalu diminum sebagai teh, atau, masukkan 5 hingga 10 butir bunga cengkeh pada buah pir yang dilubangkan dan dibungkus dengan kertas aluminium foil lalu dipangang hingga masak, setelah masak, cengkehnya dibuang dan buah pirnya dimakan.

Cengkeh untuk ubat masuk angin
Ambil 10 titis minyak cengkeh dibancuh dengan 50 cc air panas, tambahkan madu secukupnya, gaulkan sampai rata lalu diminum sewaktu masih panas. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari.

Cengkeh untuk mengatasi stress ( Keteganggan)
Minyak cengkeh dapat dijadikan sebagai ubat perangsang fikiran dan mental, menghilangkan keletihan dan kelelahan. Bila digunakan sebagai obat dalam dengan dos yang sesuai maka dapat menenangkan fikiran. dikala terasa stress, cobalah didihkan air dengan daun selasih, daun pudina dan cengkeh, kemudian anda dapat menggunakan air ini untuk minum teh hitam dengan menambahkan sedikit madu.


Minyak cengkeh juga dapat membantu mengatasi susah tidur pada penderita insomnia,khasiat lain dari cengkeh adalah untuk merawat masalah mental seperti kehilangan memori, depresi dan juga kegelisahan.


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan