Ahad, 31 Ogos 2014

Menafaat buah Aprikot Bagi Kesehatan - Fully benefit of Apricots

sha3622.blogspot.com
Buah Aprikot memiliki banyak  khasiat bagi kesihatan, seperti kemampuannya untuk mengubati gangguan pencernaan, sembelit, sakit telinga, demam, penyakit kulit, pencegahan kanser dan anemia. Minyak aprikot juga digunakan untuk mengubati ketegangan otot dan luka. Aprikot diyakini baik untuk perawatan kulit, terutama bagi wanita yang ingin tampil cantik dan sehat. Inilah sebabnya mengapa aprikot sering ditambahkan dalam berbagai produk kosmetik. 
Kemampuan buah aprikot lainnya bagi kesihatan adalah untuk meningkatkan kesihatan jantung, mengurangi kadar kolesterol, mencegah kerosakan penglihatan, membantu  untuk menurunkan berat badan, mengubati keadaan pernafasan, meningkatkan kekuatan tulang, dan menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh.
Aprikot dikenali dengan nama sainsnya Prunus armeniaca, berkait erat dengan buah plum.  aprikot dan plum keduanya ditemukan tumbuh liar sejak zaman prasejarah. Kebanyakan ilmuwan percaya aprikot berasal dari Armenia. Namun aprikot telah ada di Yunani kuno dan Roma, dan banyak ahli lain menyatakan bahwa aprikot sudah dikenali di India lebih dari 3.000 tahun yang lalu.

Kandungan khasiat Aprikot

Kandungan vitamin aprikot termasuk vitamin A, vitamin C, vitamin K, vitamin E, dan niasin (vitamin B3) serta beberapa vitamin penting lainnya dengan  jumlah yang kurang dari 5% dari keperluan harian. Kandungan mineral aprikot meliputi kaliam, mangan tembaga, magnisiam dan fosfor. Aprikot juga merupakan sumber serat yang sangat baik, seperti pada sebagian besar buah-buahan.

Menafaat Aprikot bagi Kesihatan tubuh kita

Mengatasi Sembelit:

Aprikot kaya dengan serat, oleh kerana itu ianya baik untuk melancarkan pembuangan air besar. Hal ini sering disarankan untuk mengambil aprikot, bagi orang  yang menderita sembelit.  Seratnya akan merangsang cairan perut dan pencernaan, membantu menyerap nutrisi dan memecah makanan agar lebih mudah diproses, selain itu, seratnya juga bermanfaat untuk mengaktifkan gerakan peristaltik pada saluran pencernaan, dan membuat pergerakan usus menjadi teratur.


sha3622.blogspot.com

Kesihatan tulang:

Aprikot mengandungj semua mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang sihat dalam jumlah yang baik. Kalsium, fosfor, mangan, zat besi, dan tembaga, semuanya adalah bahan peroses dalam pembentuk tulang, oleh sebab itulah, makan aprikot dapat memastikan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat, serta mencegah berbagai keadaan yang berkaitan dengan usia, termasuk osteoporosis.

Kesihatan Jantung:

Pengambilan Aprikot adalah cara yang baik untuk melindungi jantung  dari berbagai macam penyakit, termasuk aterosklerosis, serangan jantung, dan stroke. Tingginya jumlah vitamin C, serat dan kalium akan berkontribusi terhadap kesehatan jantung yang baik. Vitamin-C akan melindungi jantung dari radikal bebas, sementara kalium akan menurunkan tekanan darah dengan relaksasi ketegangan pembuluh darah dan arteri. Serat akan mengurangi gesekan dari kelebihan kolesterol terhadap dinding pembuluh darah dan arteri, sehingga mengurangi tekanan pada jantung. Semua sifat-sifat aprikot baik untuk meningkatkan kesihatan jantung.

Menjaga sukatan cairan dan metabolisme:

Sukatan cairan tubuh terutama tergantung  pada dua mineral, kalium dan natrium. Jumlah yang tinggi kalium dalam aprikot telah dikaitkan dengan keseimbangan cairan dalam tubuh, dan memastikan tenaga dialurkan dengan tepat ke organ dan otot, dengan mempertahankan keseimbangan elektrolit yang sehat, Anda boleh mendapatkan banyak tenaga, mengurangkan kekejangan, dan menyimpan tenaga untuk mengepam darah.

Mengatasi Sakit telinga:

Minyak Aprikot baik untuk mengubati sakit telinga, walaupun mekanisme yang tepat masih dalam ujikaji. Menitiskan beberapa titisan minyak aprikot ke dalam telinga yang sakit dapat mengubatinya dengan cepat. Para ilmuwan menganggap bahwa hal itu ada hubungannya dengan antioksidan yang terkandung dalam minyak aprikot.

Mengubati Demam:

Jus Apricot seringkali diberikan kepada pesakit yang menderita demam, kerana mengandungi berbagai vitamin yang diperlukan, mineral, kalori dan air untuk tubuh.,sementara aprikot juga dapat membantu detoksifikasi untuk berbagai sistem dan organ tubuh. sesetengaha orang memenafaatkan aprikot untuk meredakan demam dengan cara mengukus,  dengan cara ini, aprikot berperanan sebagai zat anti inflamasi yang dapat mempengaruhi tahap suhu tubuh keseluruhanya ketika sakit,selain itu, aprikot juga dapat mengurangi sakit peradangan, seperti radang sendi 

Mengubati Gangguan kulit:

Minyak Aprikot juga baik untuk perawatan kulit, kerana lebih cepat diserap oleh kulit dan dapat menjaga kulit berminyak setelah disapukan. Aprikot tidak hanya berguna untuk menjaga kesihatan kulit mengillap dan menghaluskan, tetapi juga akan membantu mengubati beberapa penyakit kulit, seperti ekzima, gatal, kudis, dan penyakit kulit yang lain. Hal ini adalah disebabkan oleh sebatian antioksidan yang ditemui dalam aprikot. kaya dengan tinggi vitamin A (60% dari keperluan harian), yang telah lama dikaitkan dengan kulit yang lebih sihat, antioksidan dalam aprikot juga akan melindungi kulit dari kesan radikal bebas, yang dapat menyebabkan kerosakan kulit dan tanda-tanda penuaan diri.

Mencegah dan mengatasi Anemia:

Disebabkan kandungan zat besi dan tembaga, aprikot juga dapat menyumbang dalam pembentukan hemoglobin. Penyakit Anemia pada dasarnya adalah kekurangan zat besi, dan dapat menyebabkan kelemahan, kelelahan, pening, masalah pencernaan, dan fungsi metabolisme umum lainnya. Tanpa sel darah merah, tubuh tidak dapat mendapat oksigen dengan baik, dan dapat menyebabkan kerosakan pada sistem organ tubuh. Zat Besi dan tembaga adalah bahagian terpenting dari pembentukan sel darah merah.


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Khasiat Bunga Cengkeh - The Nutrition of Clove Flower

sha3622.blogspot.com
Bunga Cengkeh dipanggil Clove dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu jenis rempah asli yang sangat terkenal. 
Aroma khas cengkeh dihasilkan oleh sebatian eugenol, yang merupakan sebatian utama (72-90%) penyusun minyak atsiri cengkeh. Eugenol memiliki sifat antiseptik dan anestetik (bius).
sha3622.blogspot.com

Selain eugenol, kandungan lainnya yang ada pada minyak atsiri cengkeh adalah sebatian asetil eugenol, beta-caryophyllene, vanilin, tanin, asam galotanat, metil salisilat (suatu zat penghilang rasa sakit), asid krategolat, berbagai sebatian flavonoid (iaitu eugenin, kaemferol, rhamnetin, dan eugenitin), berbagai sebatian triterpenoid (iaitu asid oleanolat, stigmasterol, dan kampesterol), serta mengandungi berbagai sebatian seskuiterpen.
Selain sebagai bahan masakan , bunga cengkeh juga mempunyai banyak menafaat dan khasiat untuk kesihatan seperti ubat sakit gigi, menghilangkan loya, batuk, juga dapat mengusir aroma yang tidak enak pada mulut.


sha3622.blogspot.com

Cengkeh untuk mengubati sakit gigi
Pada gigi yang berlubang, sumbat dengan kapas yang telah dititiskan dengan minyak cengkeh. atau, 10 butir cengkeh ditumbuk sampai halus, lalu , dimasukkan pada lubang gigi secukupnya, kemudian ditutup dengan kapas. Lakukan dua kali sehari.


Cengkeh untuk menghilangkan bau mulut
Selain untuk mengatasi sakit gigi, cengkeh juga dapat digunakan untuk menghilangkan bau nafas. Caranya 10 butir cengkeh dicuci lalu dibancuh dengan 200 cc air panas, biarkan selama lima minit, setelah sejuk, tapis dan airnya digunakan untuk berkumur. Lakukan setiap hari secara rutin.


Cengkeh untuk mengatasi Resedung (sinus)
Ambil cengkeh yang telah dikeringkan secukupnya, tumbuk sampai menjadi serbuk, lalu ditiupkan ke dalam hidung dengan menggunakan straw dengan ukuran secukupnya.


Cengkeh untuk mengubati rasa loya
Untuk ubat loya, ambil 10 butir cengkeh, 20 gram asam jawa, dan gula melaka secukupnya. Rebus semua bahan dengan 400 cc air sampai berbaki 200 cc,kemudian ramuan itu ditapis dan diminum sewaktu masih panas, lakukan dua kali sehari, setiap kali minum sebanyak 100 cc.

Cengkeh untuk ubat  sakit kepala
Ambil 5 butir cengkeh, 5 gram kayu manis, 5 gram biji pala, dan 5 butir lada sulah. Semua bahan ditumbuk halus hingga menjadi serbuk, kemudian dibancuh dengan 100 cc air panas. diminum sewaktu masih panas.

Cengkeh untuk mengatasi radang perut
5 butir cengkeh, 5 gram kayu manis, 5 gram biji pala, 5 butir buah pelaga, 15 gram kulit limau mandarin, 150 gram lobak dan labu  secukupnya. Semua bahan direbus dengan 1000 cc air panas kemudian diminum.

Cengkeh untuk mengubati batuk
10 butir cengkeh, 10 lembar daun sirih, 5 lembar daun tapak liman, 3 butir buah pelaga, 2 batang kulit kayu manis, dan gula melaka secukupnya. Semua bahan direbus dengan 800 cc air hingga berbaki 400 cc. tapis dan minum 2 kali sehari. Setiap kali minum sebanyak 200 cc.

Cengkeh untuk mengatasi perut kembung
Untuk mengatasi perut kembung, bancuh 10 butir cengkeh dengan air panas lalu diminum sebagai teh, atau, masukkan 5 hingga 10 butir bunga cengkeh pada buah pir yang dilubangkan dan dibungkus dengan kertas aluminium foil lalu dipangang hingga masak, setelah masak, cengkehnya dibuang dan buah pirnya dimakan.

Cengkeh untuk ubat masuk angin
Ambil 10 titis minyak cengkeh dibancuh dengan 50 cc air panas, tambahkan madu secukupnya, gaulkan sampai rata lalu diminum sewaktu masih panas. Lakukan 2 hingga 3 kali sehari.

Cengkeh untuk mengatasi stress ( Keteganggan)
Minyak cengkeh dapat dijadikan sebagai ubat perangsang fikiran dan mental, menghilangkan keletihan dan kelelahan. Bila digunakan sebagai obat dalam dengan dos yang sesuai maka dapat menenangkan fikiran. dikala terasa stress, cobalah didihkan air dengan daun selasih, daun pudina dan cengkeh, kemudian anda dapat menggunakan air ini untuk minum teh hitam dengan menambahkan sedikit madu.


Minyak cengkeh juga dapat membantu mengatasi susah tidur pada penderita insomnia,khasiat lain dari cengkeh adalah untuk merawat masalah mental seperti kehilangan memori, depresi dan juga kegelisahan.


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Jumaat, 29 Ogos 2014

Khasiat Kulit Kayu Manis -The Benefits Of Cinnamon

sha3622.blogspot.com
Menafaat Kulit Kayu Manis - 
Kulit Kayu manis atau Cinnamomum verum, sin. C. zeylanicum ialah pohon penghasil yang termasuk ke dalam jenis rempah-rempah yang beraroma, manis, dan pedas. Orang kebiasaanya menggunakan rempah-rempah ke dalam makanan. Banyak khasiat yang terdapat dalam sebatang kayu manis bagi kesihatan


Kulit Kayu manis adalah salah satu bahan makanan tertua yang pernah digunakan oleh manusia. Ianya digunakan sekitar 5000 tahun yang lalu di Mesir Kuno, dan disebutkan beberapa kali di dalam kitab-kitab Perjanjian Lama. Menafaat kulit kayu manis juga dapat dijadikan ubat  tradisional yang berfungsi sebagai makanan tambahan untuk berbagai penyakit, dengan dicampur madu, seperti untuk perubatan  radang sendi,penyakit kulit, jantung, dan kembung perut 

Menafaat Kulit Kayu Manis

1. Mengurangi Kolestrol Jahat ( LDL)
Rempah-rempah dengan citarasa eksotik ini juga dapat mengurangi kadar kolesterol jahat atau LDL dalam darah, caranya taburkan 1-2 sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam makanan Anda setiap hari untuk mencegah peningkatan LDL di dalam tubuh, sebaiknya dipastikan juga dengan pilihan makanan sihat lainnya yang rendah kolesterol seperti sayuran dan buah segar.

2. Membantu Mengatur Gula Dalam Darah
Kulit Kayu manis membantu mengatur kadar gula dalam darah, baik diambil pesakit kencing manis. Selain itu Kulit kayu manis juga baik diambil bagi Anda yang ingin menguatkan tenaga.

3. Berfungsi Menyeimbangkan Hormon
Mengandung sebatian kimia seulajadi ,Kulit Kayu manis (cinnamaldehyde) Menurut kajian,dapat meningkatkan hormon progesteron (merupakan hormon dari golongan steroid yang berpengaruh pada kitaran haid perempuan dan kehamilan) dan menurunkan pengeluaran hormon testosteron pada wanita, sehingga membantu menyeimbangkan hormon.

4. Memenuhi Keperluanan Serat & Mineral
Kulit kayu manis mengandungi sedikit serat, kalsium, zat besi dan mangan. Meskipun jumlahnya sedikit, tapi menafaatnya dapat membantu melengkapi keperluan serat dan mineral harian Anda.

5. Berkhasiat sebagai anti-bakteri
Banyak digunakan untuk menyingkirkan bakteri  tanpa merusak gigi atau gusi. Itu sebabnya kulit kayu manis banyak digunakan pada produk ubat gigi, ubat kumur dan gula-gula penyegar napas. Khasiatnya juga boleh didapatkan dengan mencampurkan serbuk kulit kayu manis ke dalam teh, cokelat panas atau susu panas.

6. Mencegah & Mengubati Kanser
Kajian di University of Texas, yang diterbitkan dalam jurnal Nutrition and Cancer, menunjukkan bahwa kulit kayu manis memiliki menafaat untuk dapat mengurangi pembiakan sel kanser, baik untuk pencegahan kanser dan mengubati  penyakit kanser.

7. Meringankan Selsema
Kandungan yang ada dalam kulit kayu manis juga dapat mengurangi selsema, terutama bila digabungkan dengan halia, di mana kandungan anti keradangannya membantu aliran  peredaran dalam tubuh, sehingga dapat menyebuhkan penyakit selsema.

8. Cukup berkesan dalam mengatasi masaalah sakit ketika datang haid

9. Meringankan sakit radang sendi  (rematik)
Seseorang yang sedang mengalami sakit radang sendi ,bolehlah mengambil kulit kayu manis untuk mengatasi masaalah itu. Menurut satu hasil kajian dari Universiti Copenhagen, pesakit yang mengambil serbuk kulit kayu manis dapat membantu menghilangkan rasa sakit disebabkan rematik,justeru itu kulit kayu manis sangat berguna bagi mereka yang memiliki penyakit rematik.

10. Pengawet makanan semulajadi

11. Mencegah Penyakit Jantung
Kulit kayu manis memiliki sifat anti radang yang membuatnya cukup  berkesan dalam melindungi jantung terhadap sebuah kerosakan maupun jangkitan, terutama di arteri yang disebabkan makanan berlemak.

Demikian informasi mengenai menafaat Kulit Kayu Manis,mungkin dapat  menjadi rujukan  dalam penjagaan kesihatan hidup dengan memenafaatkan khasiat kulit kayu manis.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.