Isnin, 6 Oktober 2014

Kesan sampingan Minuman penambah tenaga -Side effects of Drinking energy drinks



http://sha3622.blogspot.com

Keburukan Minuman penambah Tenaga

Mungkin kita menganggap bahwa minuman penambah tenaga itu adalah benar-benar minuman penambah tenaga (energy suplemen ) bagi tenaga yang diperlukankan oleh tubuh kita, padahal ianya tidak benar, minuman penambah tenaga  tidaklah menambah tenaga pada tubuh, namun menyebabkan kesan bahan perangsang pada jantung agar berdegup lebih cepat dan mengepam darah lebih kuat, membuatkan kita merasakan seolah-olah mendapatkan tenaga dan stamina tambahan untuk beraktiviti.
Di Amerika Syarikat dan Negara maju lainnya beberapa minuman penambah tenaga sudah dilarang dipasarkan seperti Red Bull, kerana terbukti membahayakan kesihatan.
Apa sebenarnya minuman berenergi itu??
Pada dasarnya minuman penambah tenaga  seperti extra joss, kratingdaeng, kuku bima energi rosa, hemaviton jreng dan sebagainya adalah sejenis (soft drink) minuman ringan bersoda  seperti juga dengan coca cola, fanta, sprite dan sebagainya.
Bezanya minuman tambahan tenaga  itu diberi tambahan bahan-bahan seperti Taurine, Kafein, Vitamin, dan bahan-bahan lainnya. Namun jangan tergoda dengan kata vitamin, walaupun memang ada vitaminnya tetapi itu hanya sedikit sekali  Cuma "aksesoris " semata-mata, jadi jangan tergoda dengan tulisan pada label khasiat ( Nutrition Fact ) di label kemasan, ianya Cuma promosi ( Forbess Magazine ).
Yang paling berperanan dalam minuman "Berenergi Instan" itu adalah Kafein dan Taurine, kedua bahan inilah yang selama ini berperanan untuk seolah-olah menambah tenaga pada tubuh peminumnya. Pada hal jika diambil secara rutin maka akan mendatangkan bahaya.

Bahaya Taurine dan Kafein
a. TAURIN
Adalah seakan asid amino dari pecahan molekul sejenis protein yang sebenarnya sudah dikeluarkan secara mencukupi oleh tubuh melalui makanan sehari-harian yang kita makan.
Bahayanya
Mengambil Taurin pada awalnya akan meningkatkan konsentrasi berfikir untuk sesaat, namun pada dos rutin ( 3 kali sehari ) akan menyebabkan keletihan otak, sakit kepala, dan pada dos besar dapat menyebabkan kerosakan buah pinggang dan boleh menjadi tidak siuman (majalah Forbess)
sha3622.blogspot.com
sha3622.blogspot.com


b. KAFEIN
Adalah sebatian kimia sejenis protein yang terdapat pada kopi dan coklat, kafein merupakan perangsang  degup jantung, dan meningkatkan perkerjaan jantung mengepam darah. Menghilangkan mengantuk.

Bahayanya
Batas pengambilan kafein yang baik adalah 200 mg sehari, atau setara dengan satu sudu teh serbuk kopi, atau satu cawan kopi sehari. Namun jika kita lihat pada minuman tambahan tenaga segera, maka kita akan mendapati bahawa kandungan kafein ternyata adalah lima kali ganda lebih daripada itu .
Bahaya yang akan timbul jika berlebihan maka akan menyebabkan keletihan pada jantung, fungsi jantung terjejas dan kegagalan jantung.
Sebuah laporan kajian di Jerman mendapati bahawa jumlah darah yang dipam bagi setiap degup jantung meningkat ketara di kalangan mereka yang mengambil minuman gabungan taurina dan kafein.
Ini menunjukkan bahawa taurina memainkan peranan dalam penegangan otot dalam jantung dan juga sistem saraf keseluruhannya.
kafein dan taurin merupakan zat perangsang. Kafein bekerja dengan merangsang otak dan sistem saraf untuk terus beraktivitas. Sedangkan Taurin membantu pengaturan denyut jantung, mencegah aktivitas berlebihan sekaligus menurunkan aktivitas dari sel-sel otak. Jika zat-zat tersebut dikonsumsi berlebihan, menghasilkan efek yang saling berlawanan. 
 kafein dan taurin merupakan zat pergangsang. Kafein bekerja dengan merangsang otak dan sistem saraf untuk terus beraktiviti,sedangkan Taurin membantu pengaturan denyut jantung, mencegah aktiviti berlebihan sekaligus menurunkan aktiviti dari sel-sel otak. Jika zat-zat tersebut diambil berlebihan, menghasilkan kesan yang saling berlawanan. 

Kafein yang diambil dalam jumlah yang berpatutan, dapat meningkatkan tahap kewaspadaan seseorang untuk sementara waktu. Namun, beberapa minuman penambah energi, mengandung kafein dalam dos yang tinggi. Gejala yang sering disebabkan oleh kafein diantaranya ialah, gelisah, cemas, mudah marah, gemetaran, sukar tidur, sakit kepala, gastrik, cirit-birit atau masalah pencernaan lain. Gejala yang lebih serius adalah jantung berdebar lebih cepat.

Bagi orang-orang yang memiliki masaalah penyakit darah tinggi, gula dan jantung dilarang keras mengambil minuman yang mengandung zat-zat tersebut, termasuk warga tua, ini kerana ianya dapat menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Bila hal ini terjadi pada pesakit darah tinggi, akibatnya tekanan darah pesakit akan naik dan berisiko mengalami berbagai komplikasi, salah satunya adalah stroke.

Bila penyempitan pembuluh darah terjadi di pembuluh darah jantung, maka terjadilah serangan jantung. Kafein juga dapat memberatkan perkerjaan buah pinggang, pesakit buah pinggang pun harus berhati-hati terhadap zat ini. 
Seringkali orang-orang mengabil minuman penambah tenaga kerana ingin mendapatkan tambahan tenaga yang maksima dalam waktu yang singkat. Padahal selain zat perangsang, minuman penambah tenaga juga mengandungi pemanis buatan. Zat ini diserap tubuh lebih cepat dibandingkan gula biasa, sehingga kesan yang ditimbulkannya juga menjadi lebih cepat. Inilah faktor yang menjadikan minuman penambah tenaga dirasai lebih cepat mengembalikan stamina tubuh.

Sebenarnya, setiap orang memerlukan penambahan tenaga yang cukup untuk aktiviti sehari-harian.Kekurangan tenaga dan ion-ion di tubuh terjadi bila, aktiviti dan penambahan tenaga yang masuk ke dalam tubuh tidak seimbang, untuk mengganti tenaga dan ion-ion tubuh yang hilang adalah antara lain dengan cara mengambil karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayur, daging dan buah-buahan serta air putih. mengambil penambahan yang kandungannya adalah multivitamin atau bahan-bahan semulajadi antara lain seperti ginseng lebih selamat untuk kesihatan.

MINUMAN TENAGA HERBA
Tetapi jika kami masih memerlukan tenaga tambahan maka kita boleh membuat ramuan minuman tenaga herba semulajadi dan bebas kesan sampingan.
Caranya adalah campurkanlah susu lembu suam tulen dengan halia, madu, dan gingseng. campuran ini akan benar-benar menambah stamina dan tenaga kita. Walaupun kesannya tidak dirasai serta-merta tetapi cuba menggunakannya untuk aktiviti fizikal seperti olehraga, akan pasti bertambah baik.


Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.




2 ulasan: