Selasa, 17 Jun 2014

Khasiat buah avokado

Buah avokado 




kaya akan kandungan vitamin dan mineral yang bermenafaat bagi kesihatan tubuh. buah avokado yang sudah masak biasa dijadikan jus, atau dimakan begitu saja bersama gula dan madu.

Dalam buah avokado atau sekurang-kurang mengandung 11 vitamin dan 14 mineral yang bermenafaat. avokado kaya gengan protein, riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), potasium (kalium), dan vitamin C. selain itu, buah avokado juga mengandung asid lemak omega-3 yang bermenafaat untuk menjaga kesehatan jantung, menurunkan kolesterol dan makanan untuk otak.


Bukan setakat buahnya sahaja yang bermenafaat. Biji dan daun alpukat juga sering dijadikan bahan untuk pengubatan tradisional. Misalnya untuk merawat batu karang, darah tinggi, sakit kepala dan juga hingga kencing manis.

Berikut ini beberapa khasiat buah avokado serta bijiya untuk kesihatan dan pengubatan tradisional:


Merawat Sariawan (bahagian dalam mulut mengelupas


Ambil satu biji buah avokado yang sudah masak,ambil isinya buahnya kemudian diberi 2 sudu makan madu asli, digaulkan merata lalu dimakan. Lakukan setiap hari sampai sembuh. Ini merupakan salah satu cara untuk mengubati sariawan.


Mengatasi kulit muka kering
Isi buah avokado yang sudah matang dilumatkan menjadi seperti bubur. Kemudian, adunan tersebut digunakan untuk masker, dengan cara mengoleskannya pada muka yang kering. Biarkan kurang lebih kurang 2 jam, kemudian dibilas dengan air 


Sakit gigi berlubang


Ambil satu biji avokadot, kemudian ditumbuk hingga halus. Gunakan sedikit serbuk biji alpukat tersebut dan masukkan ke dalam gigi yang berlubang. atau boleh juga menggunakan kapas dan diletakkan ke dalam gigi yang berlubang.


Bengkak kerana Peradangan 
Biji buah avokado dikeringkan, kemudian ditumbuk hingga halus. ambil serbuk dari biji avokado secukupnya, kemudian ditambah sedikit air sampai menjadi adunan seperti bubur. Balutkan adunan tersebut ke bahagian tubuh yang sakit. 


Kencing manis
Biji avokado dipanggang di atas api lalu dipotong kecil-kecil, kemudian direbus dengan air bersih sampai airnya menjadi coklat.tapis dan, minum airnya setelah sejuk. 


Rambut Berkilau
Haluskan sebiji avokado matang, kemudian campur dengan yoghurt, sebutir telur, setengah sudu teh minyak rosemary dan satu sudu teh minyak jojoba. Kemudian jadikan masker untuk rambut anda. Biarkan lebih kurang 20-30 minit, kemudian bilas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan