Ahad, 22 Jun 2014

Penyebab Anda Sering Terbangun dari Tidur di Tengah Malam

Penyebab Anda Sering Terbangun dari Tidur di Tengah Malam









Tidur yang berkualiti adalah tidur di malam hari mencapai selama 6 hingga 8 jam dan bangun di keesokan paginya,akan tetapi  ada sesetengah orang yang tiba-tiba terbangun di pertengahan malam atau di pagi-pagi hari lagi ,ianya boleh mengganggu kitaran tidur harian, yang menyebabkan kurang tidur dan tubuh kurang selesa

Menurut Pengarah Klelinik dari Behavioral Sleep Medicine Program di  University of Pennsylvania James Findley, Ph.D, jika anda terbangun hanya disebabkan berganti posisi tidur kemudian terlelap lagi, itu tidak jadi masalah, tapi apabila terbangun setiap 30 menit sekali, bererti ada yang salah dengan keadaan fizikal atau persekitaran anda. Ini beberapa penyebab dan cara mengatasinya, 

1. Gangguan Tidur
Ada beberapa gangguan tidur yang membuat seseorang sering terbangun di malam hari. Penderita insomnia misalnya, tidak hanya sulit untuk terlelap, tapi juga kerap terbangun beberapa kali di malam hari. Gangguan tidur lainnya adalah sleep apnea, iaitu gangguan pernafasan yang terjadi sewaktu tidur, yang berlaku selama lebih dari 10 saat. ditunjukkan oleh penyempitan saluran pernafasan lebih dari 80% selama lebih dari 10 saat dan terjadi penurunan kadar oksigen (pengukuran dari jumlah oksigen yang dibawa atau dilarutkan dalam waktu tertentu) lebih dari 3%.

"Bagi penderita sleep apnea, mungkin tidak akan menyadarinya kecuali ada teman yang tidur di sebelah anda yang memberitahu ,anda sering berhenti bernapas sewaktu tidur,

2. Keadaan Fizikal
Kadang kala keadaan tubuh yang 'tidak normal' juga boleh membuat anda terbangun di tengah malam atau diawal pagi . Masalah pada pencernaan juga boleh membangunkan anda di malam hari jika anda terlalu banyak makan sebelum tidur. Beberapa masalah kejiwaan seperti kecemasan berlebihan atau bipolar disorder juga diketahui  menjadi penyebab seseorang mudah terbangun

Pembesaran prostat pada lelaki juga boleh membuatkan terjaga di malam hari kerana banyaknya frekuensi buang air kecil. Beberapa perawatan  seperti ubat untuk tekanan darah tinggi atau jenis ubat yang bersifat diuretik (meningkatkan buang air kecil) juga boleh mengganggu tidur di malam hari.

3. Faktor Persekitaran
Keadaan persekitaran sangat memengaruhi nyenyak atau tidaknya tidur anda. Pembalikkan cahaya yang masuk dari luar rumah ke bilik tidur juga boleh membuat anda terjaga tanpa disedari. kadang kala cahaya yang menembus tirai jendela bilik tidur boleh menjadi masalah, oleh itu sebaiknya anda menggunakan tirai berkain tebal untuk mengatasinya.
Begitu juga dengan cahaya lampu yang menembus l di bawah pintu kamar, atau dari alarm jam dan layar LCD smartphone/tablet anda tutupkan semua peralatan elektronik sebelum tidur, atau tempatkan barang-barang yang berpotensi menimbulkan cahaya jauh dari tempat tidur.

Suara dari kendaraan bermotor atau aktiviti luar di tengah malam juga boleh menganggu  waktu tidur anda, Jika suara-suara sekecil apapun boleh membuat anda terbangun, sebaiknya anda memasang karpet peredam suara atau anda memasang musik instrumental yang boleh menyamarkan suara ggangguan dari luar.

Tips untuk mengatasinya:
Lakukan aktiviti sehat untuk mendapatkan kualitai tidur yang baik di malam hari. hindari makan terlalu banyak atau berat menjelang waktu tidur, bagi orang yang sulit terlelap, usahakan tidak tidur siang terlalu lama kerana ianya boleh mengganggu jadual tidur yang seharusnya.i jika di malam hari Anda kurang tidur sementara mata harus tetap terjaga di siang hari, James menyarankan untuk tidur siang maksima 45 minit. Lebih lama dari itu, Anda akan sulkar tidur setelah matahari terbenam. Hindari dari berfikir sewaktu menjelang waktu tidur terutama tentang keewangan kerana ini membuatkan anda akan sukar melelapkan mata

Hindari minum beralkohol. Menurut kajian yang disiarikan dalam jurnal Alcoholism: Clinical & Experimental Research, minuman beralkohol boleh mengganggu rutine tidur secara normal. Minuman alkohol seperti wine, bir atau champagne memang boleh membuat orang tidak sadar dan tidur terlelap. Tapi mengurangi waktu di fase tidur REM (rapid eye movement, tidur namun mata --dalam keadaan tertutup-- masih bergerak dan otaknya aktif) sehingga Anda akan bangun dalam keadaan tidak selesa dan kepala pusing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan