Merupakan salah satu jenis vitamin yang larut dalam air. Vitamin ini berperanan sangat penting dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan melawan radikal bebas. Istilah vitamin C sering merujuk pada sebatian asid askorbat yang merupakan bentuk paling umum. Kebanyakan orang berngangapan bahawa limau merupakan sumber vitamin C paling tinggi tetapi sebenarnya buah lain seperti buah jambu batu,buah betik, buah orange dan buah kiwi mengandung vitamin C lebih banyak lagi.
Menafaat dan Fungsi Vitamin C Bagi Tubuh
Mengatasi SelsemaVitamin c memang secara tidak langsung dapat menyembuhkan selsema. Pengambilan vitamin C dapat sebenarnya dapat mempercepat penyembuhan selsema.
Sistem Kekebalan Tubuh ( Imiun Sistem )
Vitamin C juga memiliki peranan penting dalam menjaga daya tahan tubuh dari serangan virus, bakteri dan radikal bebas.
Antioksidan
Vitamin C sebagai antioksidan selain dapat memperbaiki sel tubuh juga sel kulit yang rosak akibat radikal bebas.
Penyakit Mata
Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak. Memenuhi keperluan pengambilan vitamin C setiap hari boleh membantu mengelakkan katarak.
Kesihatan Kulit
Dalam merawat kecantikan, vitamin C memiliki peranan penting dalam melancarkan peredaran darah membuatkan kulit nampak lebih sihat. Vitamin ini juga akan merangsang pembentukan kolagen kulit dan menjaganya dari kerosakan.
Kanser
Beberapa penelitian menunjukkan bahwa beberapa wanita yangmengambil banyak vitamin C dari makanan seperti buah-buahan atau sayur (bukan suplemen), memiliki risiko lebih rendah terkena kanser payudara.
Pengambilan Vitamin C
Badan Kesehatan Dunia (WHO) misalnya menetapkan hanya 45 mg sehari, sementara Food Standard Agency pula sebanyak 40 mg sehari, sementara National Academy of Sciences di Amerika Syarikat antara 60 - 95 mg per sehari. Di AS, jumlah pengambilan maksimum yang masih dapat digunapakai adalah 2.000 milligram sehari.Sumber terbaik vitamin C berasal dari buah segar, sayuran dan jus. Setengah cawan (125 ml) jus limau mengandung sekitar 50 mg vitamin C. Selain limau anda juga boleh mendapatkan sumber vitamin C juga dari buah kiwi, strawberi, cabai, dan sayuran seperti brokoli dan kubis.
Gejala kekurangan vitamin C dapat dilihat dengan gejala kehilangan nafsu makan, ketegangan otot, kulit kering, rambut bercabang, gusi berdarah, anemia, jangkitan, melambatkan penyembuhan.
Sedangkan kelebihan vitamin ini dapat dilihat dengan gejala cirit-birit dan meningkatnya asid perut. Bila kelebihan terjadi dalam waktu yang lama boleh menimbulkan rasa sakit sewaktu membuang air kecil kerana vitamin C keluar dalam bentuk kristal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan