Selasa, 24 Jun 2014

Fungsi dan Menafaat Vitamin A

Vitamin A



Merupakan salah jenis vitamin yang larut dalam lemak.,walaupun istilah ini sering merujuk kepada vitamin A yang majmuk, retinol, tetapi Kumpulan ini terdiri daripada beberapa sebatian lain, iaitu retinol palmitate, retinil dan retinil acetate. Formula kimia bagi Vitamin A adalah C20H30O.


Fungsi dan Menafaat Vitamin A


Berikut ini beberapa menafaat vitamin A bagi tubuh manusia. 

Kesehatan Mata
Vitamin A memiliki peranan penting dalam kesihatan indera penglihatan manusia. Vitamin ini membantu menyalurkan objek yang diterima oleh retina mata ke otak sebagai sebuah gambar. Sebatian yang berperanan dalam hal ini adalah retinol.

Antioksidan
Salah satu bentuk Vitamin A yang dikenali dengan Beta Karoten, merupakan sebatian dengan aktiviti-aktiviti antioksidan yang mampu menangkal radikal bebas  ,baik radikal berasal dari pengoksidaan badan atau pencemaran dari luar.

Sistem Imiun
Vitamin A juga berfungsi sebagai sistem imiun luaran yang melindungi tubuh dari radikal bebas, virus, bakteria, kulat dan patogen. Pengambilan vitamin A yang mencukupi bererti meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Mencegah Kanser
Vitamin A ini dapat melawan kanser dengan pertumbuhan DNA dalam sel-sel kanser.

Penyembuhan Luka
Vitamin A dapat membantu menjaga sel-sel di dalam tubuh kita dalam membantu mempercepat proses penyembuhan luka.

Pertumbuhan
Vitamin A juga sangat diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan embrio pada janin, dan menentukan gen pada proses pembentukan organ-organ perkembangan embrio.


Pengambilan Vitamin A

  • Dos harian: 750 mcg
  • Gejala kekurangan vitamin A: Penglihatan berkurang, kulit kering.
  • Kelebihan vitamin A: Kerusakan hati, tulang, dan gangguan penglihatan, tanda kelebihan vitamin A adalah telapak tangan dan kelopak mata berwarna kuning.
  • Makanan sumber vitamin A: Hati, lobak merah, produk susu, ubi merah, labu, mangga, bayam, brokoli, kangkung, keju cheddar, cabai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan