Isnin, 22 September 2014

Khasiat Madu untuk Kesihatan - Benefits of Honey for Health







                 Bagaimana Cara Membezakan Madu Asli dan Madu Palsu




Khasiat Madu untuk Kesihatan

Aktifiti mengumpulkan madu dipercayai sudah berlaku sejak 10.000 tahun yang lalu. Bukti yang mengandungi pendapat ini adalah penemuan gambar pada dinding di sebuah gua di Valensia, Spanyol. Gambar tersebut memperlihatkan dua laki-laki menggunakan tangga yang dari sejenis rumput liar sedang mengambil sarang lebah berisi madu. Pada awalnya, manusia lebih memenafaatkan madu sebagai makanan.
Berikut Khasiat Madu
1. Madu untuk Sumber tenaga
Pada masa lalu, para atlet Romawi dan Yunani kuno meminum madu sebelum dan sesudah bertanding  untuk menguatkan stamina dan pemulih tenaga. Selama berabad-abad madu memang dikenal sebagai bahan bakar para olahragawan ini kerana madu mengandung gula yang cepat diserap oleh sistem pencernaan jadi madu adalah sumber tenaga segera. Hingga kini, dalam dunia olahraga madu diberikan sebelum pertandingan dan sebagai pengganti karbohidrat yang digunakan pada saat latihan.
2. Madu berkesan sebagai glukos
Hasil kajian yang dikeluarkan sebuah akhbar kesihatan menyebutkan kadar glycemic index (GI ukuran untuk mengukurkesan negatif makanan dalam gula darah) yang rendah pada madu memperlambat penyerapan gula dalam darah sehingga lebih menyehatkan sistem pencernaan dan menjamin ketersediaan karbohidrat sewaktu bersenam. Sementara itu, Makmal Pemakanan di Universiti Mempish menyatakan bahawa madu berkesan sebagai glukos pengganti karbohidrat sewaktu pemanasan.
3. Madu untuk Penyembuh luka
Dalam dunia perubatan masyarakat Yunani dan Romawi mempelopori penggunaan madu untuk mengubati hidung tersumbat sementara itu bangsa Mesir kuno menjadi pelopor penggunaan madu untuk mengubati luka. Mereka membuat salep dari madu untuk mengubati luka terbakar dan luka akibat tusukan benda tajam.
4. Madu Sebagai antibiotik
Setelah ribuan tahun digunakan, khasiat madu sebagai ubat luka terungkap secara ilmiah. Madu diladikan sebagai antibiotik semulajadi yang dapat mengalahkan bakteria . Madu sangat berasid sehingga tidak sesuai untuk pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Madu menghasilkan hidrogen peroksida yang merupakan anti septik luar biasa. Proses osmosis di dalam madu membasmi bakteria, kekentalan madu yang sedikit mengandungi air menghasilkan proses osmosis menyerap air dari bakteria pada luka dan luka bakar, tak ubahnya spons menyerap air. Madu mengeringkan bakteria sehingga bakteria sukar tumbuh.

5. Madu untuk Membunuh kuman
Kandungan khasiat yang luar biasa antara lain asid amino bebas dalam madu mampu membantu penyembuhan penyakit,. Madu mengandungi zat antibiotik yang berguna untuk mengalahkan kuman patogen penyebab panyakit berjangkit. Mengikuti bangsa Mesir kuno setelah  kajian-kajian yang dijalankan untuk mencari fakta ilmiah, salap madu untuk luka kini di keluarankan di Australia.
6. Madu untuk Terapi
Bangsa Mesir diketahui paling awal mengadunnya dengan bahan-bahan semula jadi. . Madu termasuk dalam 500 resepi ubat dari 900 resepi yang diketahui. Rawatan moden yang merujuk pada terapi kuno penggunaan madu dari Mesir berpuas hati dengan hasilnya..
sha3622.blogspot.com
7. Madu untuk Merawat  peradangan,
RS Universiti Wisconsin Medical School and Public Health misalnya, Menerapkan terapi madu bagi  peradangan,yang diderita pesakit kencing manis. Kajian terhadap seorang pesakit berusia 79 tahun berhasil menyembuhkan peradangan, pada jari kakinya. Si pesakit tidak jadi dipotong setelah menggunakan cara terapi madu tersebut.
8. Madu untuk Antioksidan
Di New Zealand, terapi madu berjaya menyembuhkan lecet pada punggung pesakit yang terlalu lama terbaring di katil rumah sakit. Di Emiriah Arab, terapi madu untuk luka akibat herpes bibir dan alat kelamin mempercepat penyambuhan dan mengurangkan rasa sakit. Sementara itu untuk membuktikan peranan madu sebagai antioksidan penyelidik di Universiti California membuktikan penggunaan madu mampu meningkatkan antioksidan dalam darah. Kajian pada tikus untuk mengkaji kemampuan madu meningkatkan penyerapan kalsium memberikan hasil memuaskan. Penyelidikan di Universiti Purdue itu membuat kesimpulan, penggunaan makanan tambahan kalsium bersama madu mampu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh.
9. Madu untuk Awet muda
Mengapa wanita diEngland berumur panjang?  dipercayai, madu berperanan besar dalam menjaga kesihatan sehingga membuat mereka berumur panjang. Bagi keluarga Kerajaan Inggeris, sarapan madu adalah kebiasaan . Kebiasaan tersebut sempat berubah ketika gula yang dianggap lebih berkelas mulai di produksi. Namun setelah gula semakin meluas pemakaiannya tak lagi terbatas pada kalangan atas, keluarga kerajaan kembali mengambil madu. Itulah sebabnya kesihatan mereka terjaga dengan baik.

Ada 3 jenis madu yang diketahui  tidak asli, iaitu :
1.   Pemalsuan JUMLAH, dilakukan dengan menambah kandungan madu “asli” dengan madu “palsu”, misalkan mencampurkan gula/madu buatan yang relatif lebih murah untuk kemudian diadunkan.
2.   Pemalsuan MUTU, biasanya dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang tadinya tinggi, lalu diturunkan dengan pemanasan.
3.   Pemalsuan MENYELURUH, yakni madu yang dikata “asli” padahal sebenarnya 100% buatan, jadi bukan madu yang berasal dari lebah.


Secara  mata kasar memang sulit membezakannya,diperlukan ujian kualiti untuk memastikan keaslian madu. Melalui uji kualiti, madu dapat dianggarkan dipalsukan atau ditambah sesuatu apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik / turun, kadar abu menjadi naik / turun, daya hantar listrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun , warnanya terang, madu mengandungi PbCl2, PbSO4, anion dan kation.

Madu Asli


Sekarang ini banyak madu palsu dipasaran. ,hanya dengan cara mengetahui sifat dan kandungan madu sahaja, kita dapat mengetahui madu yang “asli” dan “palsu”, serta kualiti madu apakah baik atau tidak.

sha3622.blogspot.com

Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimanya 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasidan (pH) yang tetap berkisar 3,4-4,5, sedangkan pH madu palsu 2,4-3,3 atau diatas 5. Aktifiti Enzim diastase Pada madu asli Yang Berkualiti minimum 5 Dengan Nisbah Kalium (K) dan Natrium (Na) Sekitar 4,0. Pada madu Palsu rasionya 0,05-0,1. Madu asli memiliki Sifat khas memutar optik ke Kiri yang boleh diperiksa Dengan Alat polarimeter.
Itu adalah cara simpel membedakan madu asli dan palsu. Dan berikut ini ada maklumat tambahan tentang ciri-ciri madu asli dan palsu :
Madu yang berada dipasaran kebiasaannya dihasilkan dari tiga jenis lebah; apis dorsata (lebah hutan), apis mellifera (lebah unggul) dan apis cerana (lebah biasa) yang ada di atas atap rumah. Dari segi kualitas, madu hutan (madu organik) berwarna hitam pekat lebih baik daripada madu yang diternak.
Masyarakat Sekarang ini  sudah terbiasa mengambil madu yang diternak.berwarna coklat cerah. Akibatnya, madu hutan dianggap sebagai madu palsu. Kebanyakan orang sukar untuk membezakan madu asli dengan madu Palsu (gula air gula, Misalnya). 
Kandungan glukos pada madu asli agak dominan kelihatan dan kandungan sukrosa lebih menonjol pada madu palsu. Madu asli mengandung mineral seperti natrium, kalsium, magnesium, alumunium, besi, fosfor dan kalium. Vitamin dalam madu berupa thiamin (B1), riboflavin (B2), asam askorbat (C), piridoksin (B6), niasin, asam pantotenat, biotin, asamfolat dan vitamin K.
Madu asli mengandungi enzim sedangkan madu palsu tidak. Enzim tidak boleh dibuat manusia, dan hanya boleh dibuat lebah madu. Enzim-enzim terpenting dalam madu; diatase, invertase, glukosa oksidase, peroksidase dan lipase. Diastase merupakan enzim pengubah karbohidrat komplek (polisakarida) menjadi karbohidrat sederhana (mono sakarida). Invertase merupakan enzim pemecah molekul sukrosa menjadi glukosa dan fluktosa. Oksidase memikul peranan sebagai enzim pembantu pengoksidaan glukosa jadi asam peroksida. Enzim peroksidase melakukan proses pengoksidaan metabolisme. Semua bahan-bahan berguna untuk proses metabolisme tubuh.

Khasiat madu asli sudah terbukti baik untuk pengobatan, meningkatkan kekuatan tubuh maupun digunakan untuk kecantikan.
Khasiat Madu Asli pada Darah
Memulihkan kembali pembekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
Khasiat Madu Asli menambah kekuatan tubuh
Cepat memulihkan, menyegarkan dan menambah tenaga tubuh badan.
Menjaga dan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
Memperkuat kerja jantung
Menambah kekuatan sex dikarenakan madu mempunyai kandungan mineral boron.
Khasiat Madu Asli dalam Perubatan
Luka pesakit kencing manis akan cepat sembuh dengan  disapu madu asli
Minum 2 sudu teh madu asli sebelum tidur akan menghindarkan penyakit insomnia
Meminum madu asli yang kaya propolis membantu penyembuhan penyakit kanser.
Madu Asli memiliki kemampuan lur biasa untuk mengatasi penyakit Ginjal. Dll
Khasiat Madu Asli untuk Kecantikan.
Madu asli baik untuk menjaga kelembutan dan kelenturan kulit.
Madu asli baik untuk meremajakan dan mencerahkan kulit wajah.
Gunakan 1 sudu teh madu untuk creambath rambut akan membuat rambut segar dan berkilau.
Madu asli juga terbukti untuk menjaga tubuh tetap awet muda.

Dalam AlQuran  Telah disebut pula di dalam surah Lebah , ayat 68-69

وَأَوۡحَىٰ رَبُّكَ إِلَى ٱلنَّحۡلِ أَنِ ٱتَّخِذِى مِنَ ٱلۡجِبَالِ بُيُوتً۬ا وَمِنَ ٱلشَّجَرِ وَمِمَّا يَعۡرِشُونَ (٦٨)

ثُمَّ كُلِى مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٲتِ فَٱسۡلُكِى سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلاً۬‌ۚ يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan/dibangunkan oleh manusia. (68)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (69)

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan