Isnin, 29 September 2014

Penyakit Sopak - Vitiligo Diseases





http://sha3622.blogspot.com
APA ITU PENYAKIT SOPAK?


Penyakit sopak atau vitiligo adalah kesan daripada masalah pigmentasi kulit. Sel melanosit yang berfungsi untuk menghasilkan pigmen telah mati atau musnah. Akibatnya, tompokan putih muncul di permukaan kulit menyebabkan kulit kita kelihatan bertompok.



PUNCA PENYAKIT SOPAK

Punca sebenar sopak masih belum diketahui! Namun begitu, para pakar perubatan kulit mempunyai teori mereka sendiri. Antaranya:

  • Antibodi yang dihasilkan oleh badan kita menyerang sel melanosit itu sendiri.
  • Kemusnahan melanosit dengan semulajadi.
  • Kajian menunjukkan pendedahan terlalu lama kepada cahaya matahari dan mengakitbatkan sunburn yang seterusnya menjadi sopak.
  • Stress atau tekanan juga boleh menyebabkan sopak!

TANDA-TANDA PENGHIDAP SOPAK

  • Munculnya tompokan putih pada kulit. Tompokan ini biasanya berlaku pada kawasan terdedah kepada cahaya matahari.
  • Sopak boleh juga terjadi pada bahagian yang tersembunyi seperti celah ketiak, lubang hidung serta organ seks.
  • Sopak bersifat progresif, samada lambat atau perlahan. Kadangkala tompokan sopak boleh merebak dengan cepat dan kadangkala lambat. 
Penyakit SOPAK dalam bahasa perubatan di gelar sebagai VITILIGO.
Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya.
Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.
Ia merupakan sejenis masalah kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok. Dalam masyarakat melayu ada kalanya ia di kenali sebagai sopak.
Penyanyi terkenal iaitu Michael Jackson semasa hayatnya menderita kerana masalah vitiligo. Vitiligo menjadikan kulitnya putih sehingga beliau terpaksa melakukan rawatan berulang-ulang.
Terdapat banyak jenis vitiligo. Ada vitiligo menyerang sehingga kening dan rambut turut gugur atau menjadi putih. Ada jenis vitiligo yang menyerang tubuh badan manakala ada yang mencerahkan kulit muka.
Menurut kajian terkini masalah ini menyerang 3 peratus populasi. Ini bermakna dalam 100 orang TIGA daripadanya mengidap vitiligo (40 hingga 50 juta orang) 
Vitiligo ialah penyakit yang digelar sebagai autoimmune atau auto antibody di mana ia di sebabkan oleh antibody tubuh pesakit itu sendiri yang membunuh sel-sel warna pada kulit atau pun di sebut sebagai melanosit.
Punca kehadiran antibody ini besar kemungkinan daripada factor genetic. Dalam kes penyebaran antibody melalui factor genetic ini besar kemungkinan ibubapa atau datuk mempunyai DNA yang rosak.
Namun tak kurang juga mereka yang mendapat penyakit ini di sebabkan toksin luar yang masuk kedalam badan.
sha3622.blogspot.com
Sesetengah penyakit tidak mengancamnya namun ia merosakkan sebuah kehidupan.. Dalam rawatan vitiligo, kaedah terbaik ialah dengan menggunakan cahaya ultra ungu dan ia mengambil masa sehingga enam bulan bagi penyembuhannya. Terdapat juga pil bagi mengurangkan pembentukan antibody . Beberapa pakar turut mencadangkan kaedah bulla grafting iaitu menanam sel-sel melanosit kekawasan yang putih,dan mendapat kejayaan yang agak tinggi. Sokongan moral dan rawatan berterusan amat di perlukan bagi pengidap vitiligo.ia merupakan rawatan yang lama dan memerlukan komitment tinggi pada pengidapnya.
Balar atau Albino tidak sama dengan vitiligo. Albino terhasil kerana factor keturunan atau genetic. Dalam kes ini DNA yang mengsintesis warna pada kulit langsung tidak ada. Kerana itu mereka mempunyai kulit dan rambut yang putih. Bahkan mata mereka juga mempunyai pigmen yang sangat sedikit yang menjadikan mereka rabun.
Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?
Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan
Rawatan medikal
- Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya
- Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.
Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.
i) Fotokemoterapi psoralen sapuan: Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah kurang dari 20 peratus tubuh badan.
ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan
- Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih.
Selalunya digunakan untuk individu yang mempunyai vitiligo di lebih 50 peratus anggota badan. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan bagi tujuan ini.
Rawatan pembedahan
Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:
- Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih
- Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama
- Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas
- Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.
Rawatan tambahan (adjunktif)
- Penggunaan pelindung matahari (sunblock)
- Kosmetik
- Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.
Apakah kajian yang sedang dilakukan untuk penghidap vitiligo?
Para doktor dan saintis sedang mengkaji vitiligo ini dengan meluas dan antaranya melibatkan kajian tentang pemindahan melanosit secara autologous serta mengenal pasti gen yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.


Mencegah Sopak
Ada beberapa hal yang dapat dilakukan untuk mencegah sopak menurut ajaran Nabi Muhammad Saw., yaitu:

> Mengambil Garam
Rasulullah Saw. bersabda: "Mulailah makananmu dengan garam dan akhirilah (juga) dengan garam, maka kamu akan dijauhkan dari tujuhpuluh dua macam dari beberapa macam cobaan. Dan termasuk diantaranya kusta dan lepra"

> Tidak Mencongkel Gigi Dengan Kayu Raihan dan Rumman
ٌRasulullah Saw. Bersabda: "Janganlah kamu menyela-nyela (gigimu) dengan kayu tumbuhan raihan (tumbuhan berbau harum) atau kayu pohon delima karena keduanya akan menggerakkan urat (saraf) dari kusta. (HR. Haytsami)

> Tidak Menggigit Kuku
Sebahagian ulama mengatakan: "Memotong kuku dengan gigi adalah makruh dan akan mengakibatkan kusta" 

>Menelan Liur bekas Siwak
Tersebut dalam kitab Nihayatu az-Zain: "Disunatkan menelan ludah sewaktu meletakkan siwak (sikat gigi) di mulut dan sebelum mengosokkan berulang-ulang, karena dari hal itu (menurut satu pendapat) akan menjaga dari kusta, lepra dan penyakit-penyakit lain".  

Disebutkan dalam kitab I'anatu ath-Thalibin, salah satu obat untuk penyakit sopak adalah Air bunga mawar, yaitu dengan cara digosok-gosokkan pada bagian yang terkena sopak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan